web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekas Juruteknik Hias Rumah Dengan 800 Helai Jalur Gemilang

Setiap tahun, Jaafar Othman akan cuba hias setiap sudut yang ada dengan Jalur Gemilang dan hiasan seumpamanya.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Aug 2022 4:18PM

Warga Perak, Jaafar Othman, 61, menghias replika bangunan Sultan Abdul Samad menjelang sambutan hari kebangsaan ketika tinjauan Bernama di rumahnya di Taman Kerian baru-baru ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seperti kebiasaan Jaafar Othman sejak 15 tahun lepas, tahun ini bekas juruteknik Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu sekali lagi mengambil inisiatif menghias rumahnya dengan hiasan berunsur patriotik dan cintakan negara sempena Hari Kebangsaan, menggunakan modal sendiri.

Kali ini Jaafar, 61, yang tinggal di Taman Kerian, Parit Buntar menggunakan 800 helai Jalur Gemilang dan bahan-bahan terpakai seperti tayar, span, kotak dan rim kenderaan bagi menghias rumahnya itu.

“Saya akan cuba hias setiap sudut yang ada dengan Jalur Gemilang dan hiasan seumpamanya. Ia telah sebati dan menjadi rutin pada setiap bulan Ogos,” kata ayah kepada tiga orang anak itu kepada Bernama.

Menurut Jaafar sejak 15 tahun lepas, beliau tidak pernah terlepas daripada aktiviti menghias rumahnya dengan hiasan yang membawa mesej patriotik setiap kali sambutan Bulan Kebangsaan termasuklah ketika dunia dilanda wabak COVID-19.

Warga Perak, Jaafar Othman, 61, bergambar di skuter miliknya yang dihiasi dengan Jalur Gemilang menjelang sambutan hari kebangsaan - Gambar Bernama
Warga Perak, Jaafar Othman, 61, bergambar di skuter miliknya yang dihiasi dengan Jalur Gemilang menjelang sambutan hari kebangsaan - Gambar Bernama

“Dua tahun lepas, saya tetap hias rumah dengan Jalur Gemilang kerana saya merasakan semangat menyambut kemerdekaan perlu diteruskan. (Masa itu) Orang ramai tetap singgah ke rumah untuk bergambar di kawasan rumah namun masih mengekalkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Pengunjung dari negeri berjiran seperti Pulau Pinang dan Kedah sering datang ke rumah untuk melihat sendiri hasil hiasan Jalur Gemilang yang dihiasi sejak awal bulan ini. Saya amat gembira melihat keterujaan pengunjung yang hadir,” tambahnya.

Ditanya mengenai kelunturan semangat patriotisme di kalangan generasi muda, beliau berkata golongan itu perlu terus diberi pendedahan termasuk menggalakan mereka membaca lebih banyak bahan bacaan berkaitan sejarah negara.

“Selama saya melakukan rumah berhias ini, banyak anak muda yang datang singgah...Ada yang berminat dengan konsep rumah berhias ini.

“Selaku orang yang sudah berpengalaman, saya berkongsi serba sedikit mengenai idea yang perlu diketengahkan dan sering memberi kata-kata semangat agar mereka dapat menjadi pengganti orang-orang lama seperti saya,” tambahnya. - Bernama

Isu Pada

Datuk Hadi: Ledakan Meriam Gemparkan Komunis!

27 Aug 2022

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas