Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bercuti Ke Kota Bandung, Destinasi Popular Sesuai Untuk Semua

Melancong memang perlukan duit, jadi boleh pilih destinasi yang tidak membebankan kewangan seperti kota Bandung. Dengan duit belanja RM1,000, banyak yang boleh anda terokai.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2022 4:00PM

Floating Market Lembang adalah salah satu tarikan menarik yang boleh dilawati jika bercuti di Bandung. - Gambar oleh Rahayu MN

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Persetankan kata-kata individu yang menganggap ‘orang yang biasa-biasa’ itu tidak mampu mengembara untuk melihat dunia. Mungkin dia terlupa atau tidak tahu tentang pepatah yang berbunyi, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Di mana ada jalan, di situ ada kemahuan.

Biar apa pun taraf pendapatan anda, melancong atau mengembara ke seluruh pelusuk dunia itu tidak mustahil. Rancang perbelanjaan dengan bijak. Jika mengambil masa bertahun pun tidak mengapa, asalkan anda tidak mencuri hak orang lain.

Lembang terletak sekitar 30-40 minit pemanduan dari Bandung.
Lembang terletak sekitar 30-40 minit pemanduan dari Bandung.

Salah satu destinasi yang boleh anda lawati dengan bajet yang kurang daripada RM1,000 seorang (selesa dan tidak termasuk tiket penerbangan) ialah Kota Kembang atau kota Bandung yang memang cukup popular di kalangan rakyat Malaysia.

Kota yang terletak kira-kira 140 kilometer (km) sebelah tenggara Jakarta ini merupakan kota ketiga terbesar di Indonesia dan merupakan persinggahan hujung minggu warga Jakarta. Jika tidak mahu bersesak, pilihlah hari-hari bekerja untuk ke sini.

Suasana Lembang yang sejuk dan nyaman membuatkan para pengunjung merasa seperti bercuti di Eropah.
Suasana Lembang yang sejuk dan nyaman membuatkan para pengunjung merasa seperti bercuti di Eropah.

Dengan bajet yang ‘ketat’, tidak perlulah anda terikut-ikut dengan kebiasaan mereka yang mahu membeli-belah di kota yang terkenal dengan factory outlet ini. Sebaliknya, jejakilah tempat-tempat menarik yang cukup berbaloi untuk dilawati.

Berikut adalah dua tarikan pelancongan yang berbaloi dan seronok untuk dilawati. Kedua-dua tarikan ini terletak di daerah Lembang yang jaraknya tidak terlalu jauh dari kota. Sekitar 30 hingga 40 minit pemanduan, bergantung kepada keadaan trafik.

Floating Market Lembang

Jika anda suka makan dan gemar mencuba resepi yang lain daripada cita rasa Malaysia, Floating Market Lembang ini mesti dilawati.

Floating Market Lembang merupakan pusat jualan makanan yang menghimpunkan pelbagai makanan khas Jawa Barat. Setiap makanan dijual dari atas perahu bagaikan pasar terapung tradisional seperti yang ada di Bangkok dan Hatyai, Thailand.

Floating Market Lembang merupakan pusat jualan makanan yang menghimpunkan pelbagai makanan khas Jawa Barat.
Floating Market Lembang merupakan pusat jualan makanan yang menghimpunkan pelbagai makanan khas Jawa Barat.

Berada di Floating Market ini membuatkan kita rambang mata. Terlalu banyak makanan Indonesia yang menyelerakan. Perut yang kenyang pun akan terasa lapar apabila melihat satu demi satu hidangan yang tersedia di setiap perahu. 

Antara makanan yang boleh dibeli ialah bakso bakar, tahu susu Lembang, gado-gado, lontong kari sapi, es pisang ijo, pisang goreng keju, rojak, kentang goreng, sate kelinci (arnab), soto bandung, otak-otak, wedang ronde, ayam penyet, martabak mini dan banyak lagi. 

Antara makanan yang boleh dibeli ialah bakso bakar, tahu susu Lembang, gado-gado, lontong kari sapi dan banyak lagi.
Antara makanan yang boleh dibeli ialah bakso bakar, tahu susu Lembang, gado-gado, lontong kari sapi dan banyak lagi.

Untuk membeli makanan anda perlu menukar duit dengan syiling yang disediakan oleh pihak pengurusan. Ada syiling Rp5,000, 10,000, RM20,000, dan Rp50,000. Lebihan syiling tidak akan dikembalikan, jadi anda buatlah tukaran secara bijak.

Selain menjamu selera, terdapat juga tarikan-tarikan lain untuk mereka yang membawa anak-anak bercuti. Ada taman miniatur kereta api, pancing magnet, kereta api mini, taman arnab, gelongsor warna-warni dan banyak lagi. 

Terdapat juga tarikan-tarikan lain untuk mereka yang membawa anak-anak bercuti. - Gambar ihsan Floating Market Lembang
Terdapat juga tarikan-tarikan lain untuk mereka yang membawa anak-anak bercuti. - Gambar ihsan Floating Market Lembang

Harga tiket masuk ke Floating Market Lembang cukup murah iaitu Rp 30,000 sahaja (RM9.00). Namun, ada tiket lain yang harus dibayar untuk menikmati tarikan lain seperti gelongsor warna-warni berharga Rp 30,000 (RM9.00). 

Farmhouse Susu Lembang

Farmhouse Susu Lembang ini baru sahaja dibuka pada penghujung 2015 tempoh hari dan ia menampilkan sebuah perkampungan bernuansa Eropah, sesuai dengan cuaca Bandung yang redup dan dingin. 

Farmhouse Susu Lembang ini baru sahaja dibuka pada penghujung 2015 tempoh hari dan ia menampilkan sebuah perkampungan bernuansa Eropah.
Farmhouse Susu Lembang ini baru sahaja dibuka pada penghujung 2015 tempoh hari dan ia menampilkan sebuah perkampungan bernuansa Eropah.

Sama ada anda berkunjung bersama keluarga, teman-teman atau hanya bersama insan tersayang, Farmhouse Susu Lembang menjanjikan pengalaman mengasyikkan. 

Satu perkara yang tidak boleh dinafikan apabila berada di sini ialah banyak spot menarik untuk mengambil gambar.

Di sini banyak spot menarik untuk mengambil gambar.
Di sini banyak spot menarik untuk mengambil gambar.

Jadi, jika anda suka berkongsi di media sosial, memang banyak masa diperlukan untuk mengelilingi perkampungan yang terdiri daripada restoran dan kafe, petting zoo, galeri, taman dan juga kebun buah-buahan. 

Di Rumah Hobbit ini, bolehlah pengunjung berimaginasi kononnya berada di hadapan rumah Frodo dan Bilbo Baggins, watak filem 'The Lord Of The Rings'.
Di Rumah Hobbit ini, bolehlah pengunjung berimaginasi kononnya berada di hadapan rumah Frodo dan Bilbo Baggins, watak filem 'The Lord Of The Rings'.

Salah satu tarikan yang boleh diintai ialah rumah Hobbit yang comel. Bolehlah berimaginasi kononnya anda berada di hadapan rumah Frodo dan Bilbo Baggins, watak filem The Lord Of The Rings

Untuk memotret gambar yang lebih realistik, anda boleh menyewa baju ala gadis Eropah. Dengan harga Rp75,000 (RM22.60) pengunjung boleh menggayakan pakaian ini sehingga dua jam. Selain itu, anda juga boleh juga menyewa pakaian 'Koboi' dan juga 'Red Indian' pada harga yang sama. 

Untuk memotret gambar yang lebih realistik, anda boleh menyewa baju ala gadis Eropah.
Untuk memotret gambar yang lebih realistik, anda boleh menyewa baju ala gadis Eropah.

Tiket masuk ke Farmhouse Susu Lembang ini berharga Rp 25,000 (RM7.50) untuk dewasa dan kanak-kanak. Caj parkir untuk kereta Rp10,000, manakala motosikal pula berharga Rp5.000.  

Tiket-tiket yang sudah dibeli ini boleh ditukar dengan sebatang sosej ataupun secawan susu segar berperisa mocha, strawberi vanila, atau pisang. 

Bagi yang berminat untuk berkunjung ke sini, Farmhouse Susu Lembang dibuka pada pada setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam.

 

Menginap di hotel tiga bintang pun tiada salahnya!

Untuk berjimat, tidak perlu berbelanja besar untuk bermalam di hotel. Jika bercuti dengan rakan-rakan, lagi berbaloi kerana masing-masing boleh ‘tong-tong’ atau berkongsi. Ada banyak hotel bajet yang mempunyai servis yang baik serta menjanjikan keselesaan.

Salah satu hotel yang boleh anda pilih ialah Hotel Neo Dipatiukur, Bandung.

Hotel Neo Dipatiukur, Bandung menjanjikan keselesaan pada harga berpatutan. - Gambar ihsan Hotel Neo
Hotel Neo Dipatiukur, Bandung menjanjikan keselesaan pada harga berpatutan. - Gambar ihsan Hotel Neo

Hotel bertaraf tiga bintang terletak di Jalan Dipatiukur yang terkenal dengan deretan kedai-kedai makanan murah. Salah satu daripadanya ialah Nasi Goreng Mafia yang menyediakan pelbagai jenis nasi goreng mengikut tingkat kepedasan yang anda mahukan. 

Menawarkan 84 buah bilik superior dan empat buah bilik deluxe yang cukup luas, hotel ini memang sangat ideal untuk mereka yang tidak boleh berenggang dengan gajet dan WiFi. Sebabnya, kemudahan WiFinya laju dan percuma!

Hotel ini menawarkan 84 buah bilik superior dan empat buah bilik deluxe yang cukup luas.  - Gambar ihsan Hotel Neo
Hotel ini menawarkan 84 buah bilik superior dan empat buah bilik deluxe yang cukup luas. - Gambar ihsan Hotel Neo

Dengan semua kemudahan ini, harga bilik yang ditawarkan cukup berbaloi iaitu di antara Rp400,000++ (RM120.00) ke hingga Rp500,000++ (RM150.00). Siap dengan hidangan sarapan pagi di untuk dua orang lagi.

Satu lagi bonus menginap di hotel ini ialah ia terletak kurang 200 meter dari hentian bas shuttle Cititrans, Dipatiukur.

Sebuah lagi hotel menarik adalah hotel unik yang bernama Creative Rest(Art) Hotel atau CARTEL yang terletak di kawasan atas bukit, di Dago.

Hotel ini merupakan cetusan dari jenama pakaian 'Damn! I Love Indonesia' yang terkenal dengan hasil seni karya anak tempatan negara tersebut.

Ia mempunyai lokasi yang strategik kerana terletak di kawasan Dago yang terkenal dengan pelbagai kafe menarik di kawasan pergunungan dan tidak terlalu jauh dari kawasan perdagangan Bandung juga.

Kala melangkah masuk sahaja ke perkarangan hotel, para tamu akan rasa seperti masuk ke dalam sebuah studio seni moden atau galeri seni. Dengan aneka warna-warni serta ajnas bentuk dan rupa, semuanya tampak pelik namun sangat menarik. Malah senireka bangunannya dari luar sahaja sudah pasti mendapat perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya dari jauh.

Yang menjadikannya lebih eksklusif adalah, hotel ini mempunyai 20 buah bilik sahaja namun setiap bilik mempunyai senireka dalaman serta tema tersendiri hasil garapan pelukis-pelukis hebat Indonesia.

Kebanyakan hasil seni mereka yang kontemporari diabadikan dalam setiap pelusuk hotel dari bilik, lobi sehinggalah ke restoran dan ruang-ruang khas lain.

Setiap bilik menampilkan tema yang berbeza mengikut karya seni pelukis yang mereka setiap bilik.

Terdapat bilik yang memaparkan tema watak komik dan animasi terkenal seperti Gundala dan watak-watak lain dari siri komik Indonesia, Bumi Langit dan macam-macam lagi.

Ia juga mempunyai sebuah restoran di tingkat teratas iaitu tingkat tiga yang dikenali dengan nama Padamu Negeri.

Restoran ini menawarkan pemandangan sebahagian kota Bandung yang indah selain aneka masakan Indonesia yang sangat lazat.

Semestinya, senireka dalaman restorannya juga tidak kurang hebat.

Jika ada duit lebih, bolehlah teruskan perjalanan dari Bandung ke Jakarta untuk sehari dua. 

Tunggu apa lagi? Cepat-cepatlah menabung. Melancong bukan hanya untuk orang kaya-kaya! - Getaran, 21 Ogos 2022

Isu Pada

Fenomena Casablanca Nuha Bahrin, Naufal Azrin

20 Aug 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 9 bulan yang lalu

Bell Ngasri Tak ‘Auta’, Penuhi Tuntutan Belanja Makan Di Seluruh Cawangan Restoran Pak Mat Western

2

Politik 9 bulan yang lalu

PRN Serentak Di 6 Negeri Langkah Tepat, Manfaat Banyak Pihak

3

TARA 10 bulan yang lalu

Kawan-Kawan Selalu ‘Flex’ Kemewahan Sehingga Anda Terkesan? Ini 5 Tip Untuk Atasi

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Teruskan Usaha Teroka Ilmu Tanpa Pinggirkan Khazanah Ilmu Kemanusiaan - PM Anwar

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi