Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Rizman Ruzaini Membina Empayar Fesyen

Selama 17 tahun menempa nama dalam bidang fesyen dan sering menjadi buruan selebriti gred A, pereka fesyen duo popular negara, Rizman Ruzaini terus kekal relevan malah memacu laju membina empayar fesyen ke tahap yang lebih tinggi.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2022 9:30AM

Ziana Zain adalah bintang terawal yang bersetuju untuk bekerjasama dengan Rizman Ruzaini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 atau lebih dikenali sebagai Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) bakal berlangsung pada 17 Ogos depan. Tiada wajah lain yang lebih layak untuk Tara abadikan di sampul hadapan melainkan ‘The Dynamic Duo’, Rizman Ruzaini.

Rizman Ruzaini dua nama yang bergabung menjadi satu jenama fesyen yang unggul di Malaysia. Siapa sahaja yang tidak kenal dengan dua pereka fesyen tersohor ini? Hampir kesemua selebriti gred A pernah menyarungkan busana mereka.

Bermula dengan diva Ziana Zain, diikuti penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, kemudian disambar Ning Baizura untuk menyiapkan busana perkahwinannya, sentuhan magis Rizman Ruzaini sentiasa menjadi dambaan bintang ternama.

“Di saat ramai pelatih amali dalam bidang fesyen membuat latihan amali di butik-butik pengantin, kami berdua menyimpang arus dengan memilih untuk melakukan latihan amali bersama majalah fesyen.

“Dari situlah kami berpeluang bertemu dan mendapat senarai nombor selebriti untuk kami lamar menggayakan rekaan kami.

“Ziana Zain adalah bintang terawal yang kami lamar dan tak sangka beliau sudi untuk bekerjasama. Ketika itu kami tiada mesin jahit pun. Kami terpaksa menjahit bajunya menggunakan mesin jahit yang disediakan di fakulti,” kongsi mereka mengimbas kembali perjalanan awal sebagai pereka fesyen.

Selama 17 tahun bergelumang dengan industri fesyen, namun graf momentum kerjaya Rizman Ruzaini dilihat tidak pernah menurun, malah semakin menaik dengan agresif.

Selepas lebih 10 tahun memberi tumpuan kepada rekaan adi busana dan perkahwinan, Rizman Ruzaini akhirnya membuat keputusan untuk mengeluarkan koleksi Ready-To-Wear (RTW) mereka sendiri. Malah, Rizman Ruzaini turut mempunyai label produk kecantikannya sendiri yang diberi nama RR Beauty.

“Ramai rakan-rakan pereka yang selalu bertanya kenapa sebelum ini, kami tidak pernah mengeluarkan koleksi RTW? Tetapi ketika itu mungkin kami masih takut-takut dan belum yakin. Tambahan pula, ketika itu kami masih bekerjasama dengan jenama beli belah dalam talian terkemuka. Jadi terasa lebih mudah bila mereka yang uruskan.

“Namun, pandemik COVID-19 telah merubah segalanya. Di awal pandemik, kami berdua terduduk dek kekangan yang ketat. Industri fesyen terutamanya perkahwinan lumpuh. Jadi kami mula berfikir apa yang harus dilakukan. Maka, muncullah idea untuk memulakan bisnes menerusi kaedah e-dagang,” kongsi mereka.

Rizman Ruzaini antara yang pertama tampil secara duo di persada fesyen tanah air.
Rizman Ruzaini antara yang pertama tampil secara duo di persada fesyen tanah air.

Lokasi butik Rizman Ruzaini juga telah berubah dari Cheras ke tingkat sembilan Menara UBN bersebelahan hotel terkemuka, Shangri La Kuala Lumpur.

Sungguh penulis kagum tatkala menjejakkan kaki ke sini. Butik mereka sangat luas serta mempunyai pelbagai bahagian yang menempatkan 70 orang kakitangan.

“Saya sangat suka dengan pejabat baru kami. Sebab  jika dilihat ke luar tingkap, anda akan nampak pelbagai bangunan gah. Kami juga menyimpan impian satu hari nanti untuk memiliki bangunan sendiri. Mungkin lima tahun akan datang.

“Kini kami bukan sahaja bergelar pereka fesyen, tetapi juga usahawan. Jadi, kami perlukan ramai tenaga kerja dalam kumpulan. Kami juga kena merancang susunan kerja dengan lebih awal,” kata Rizman kepada penulis sambil menunjukkan pemandangan di luar tingkap.

Trend Setter

Sebelum munculnya Rizman Ruzaini di persada fesyen tanah air, tiada pereka fesyen tempatan yang berani tampil secara duo. Mereka berdua telah memecah tembok stereotaip  bahawa pereka fesyen perlu bergerak solo.

Selepas berjaya mencipta nama sebagai pereka fesyen duo paling popular negara, semakin ramai pereka baru yang muncul dengan meniru konsep gabungan mereka itu.

Namun, bagi Rizman Ruzaini mereka sekali-kali tidak rasa cubaan untuk tampil dengan konsep yang samaitu sesuatu yang negatif, bahkan mereka amat berbangga apabila kejayaan mereka dijadikan inspirasi pereka muda di luar sana.

“Benar, sewaktu kami mahu mulakan jenama Rizman Ruzaini, ketika itu di Malaysia tiada satu pun pereka yang tampil secara duo. Jika ada pun mungkin jenama Kapas Couture.  Namun, salah seorang dari mereka lebih tertumpu ke arah gaya hidup.

“Tetapi di peringkat antarabangsa, sudah ada seperti Dolce&Gabbana. Jadi saya cakap kepada Ruzaini, nak tak kita buat macam Dolce&Gabbana.

“Alhamdulillah percaturan kami menjadi dan Ia sesuatu yang membanggakan apabila orang di luar sana menjadikan ia suatu inspirasi,” katanya.

Rizman Ruzaini juga merupakan pereka fesyen tempatan pertama yang berani untuk mencipta logo monogram.
Rizman Ruzaini juga merupakan pereka fesyen tempatan pertama yang berani untuk mencipta logo monogram.

Mungkin sebelum ini ramai yang takut-takut untuk tampil secara duo kerana memikirkan bolehkah dua kepala memberikan idea tanpa ada pertembungan. Namun, ia telah dibuktikan Rizman Ruzaini bahawa perkara itu mampu dilakukan.

Jika ada sesetengah pereka fesyen mungkin rasa tertekan jika idea mereka ditiru atau sebagainya, Rizman Ruzaini pula berasakan yang sebaliknya.

“Kami tidak pernah rasa tertekan, malah berasa bangga dengan keadaan itu kerana jika anda mahu menjadi raja dalam industri fesyen, anda perlu lakukan sesuatu yang akan buat ramai orang ikut,” ujar Rizman.

Rizman Ruzaini juga merupakan pereka fesyen tempatan pertama yang berani untuk mencipta logo monogram seperti kebanyakan jenama antarabangsa, antaranya Louis Vuitton, Chanel, Gucci dan sebagainya.

Dan hari ini, ternyata corak monogram mereka menjadi kegemaran ramai dan menjadi kebanggaan buat si pemakai yang mengenakan setiap helaian yang terpampang logo monogram RR.

“Saya masih ingat Rizman pernah cakap pada saya, dia kata, ‘Wan kita perlu ada satu logo monogram kerana percayalah satu hari nanti logo inilah yang akan membantu kita pada masa akan datang’. Alhamdulillah, ternyata apa yang dikatakannya adalah benar.

“Bagi saya monogram sangat penting kerana inilah yang membezakan di antara custom-made dan ready-to-wear.

“Waktu Rizman kemukakan idea monogram ini di peringkat awal, saya tak dapat faham dengan jelas. Tetapi Rizman memang lebih faham dengan konsep monogram ini, lagipun dia memang sukakan monogram jenama antarabangsa.

“Biarpun ketika itu saya masih ragu-ragu, tetapi Rizman tetap mahu teruskan kerana itulah perangainya. Dia akan buat sesuatu sampai dapat.

“Maka selepas ulang tahun ke 10 penubuhan Rizman Ruzaini, terciptalah logo monogram sehingga sekarang.

“Tak perlu letak nama Rizman Ruzaini, cukup sekadar monogram orang sudah tahu bahawa itu adalah simbol kepada jenama kami. Dan kini semakin ramai pereka tempatan yang mula mencipta logo mereka sendiri.

“Logo ini juga antara yang menyelamatkan bisnes kami sewaktu era pandemik. Letak sahaja produk dengan logo ini pasti orang akan beli,” kongsi Ruzaini.

Rizman Ruzaini juga mahukan RR menjadi satu jenama yang mampu menyatukan masyarakat dari pelbagai golongan dan latar belakang.
Rizman Ruzaini juga mahukan RR menjadi satu jenama yang mampu menyatukan masyarakat dari pelbagai golongan dan latar belakang.

Dari RR ke RRRR

Jika anda mengikuti perkembangan Rizman dan Ruzaini, pasti anda tahu mereka berdua masing-masing mempunyai seorang cahaya mata kecil comel iaitu Rizqa dan Rahil yang semakin membesar. Dan, menjadi impian mereka agar satu hari nanti jenama Rizman Ruzaini terus menjadi legasi yang dipacu oleh darah daging mereka pula.

“Salah satu matlamat kami adalah untuk tubuhkan syarikat yang bernama Rizman Ruzaini Rizqa Rahil (RRRR). Tetapi tidak bermaksud anak-anak kami perlu menjadi pereka fesyen seperti kami.

“Mereka mungkin terlibat dengan perniagaan, tetapi masih merangkumi bidang fesyen. Kerana dalam perancangan masa depan kami, kami punya  impian untuk mempunyai kafe butik dan hotel sendiri.

“Banyak cabang lain yang kami mahu terokai. Salah satu pelan kami adalah mahu membuka sebuah kafe di kota London,” jelas Ruzani lagi.

Rizman Ruzaini juga mahukan RR menjadi satu jenama yang mampu menyatukan masyarakat dari pelbagai golongan dan latar belakang.

“Perkara ini kami mula nampak sewaktu melakukan pencarian model tudung baru-baru ini. Ramai yang datang punya latar dan cerita yang berbeza. Ada yang sedang bertarung dengan sakit kanser, ada yang bergelut dengan masalah depresi.

“Dari situ, kami berasakan jenama RR mampu serlahkan sisi terbaik dalam diri setiap golongan masyarakat ini.

“Jadi kami mula terfikir kenapa tidak untuk jadikan jenama RR sebagai perkara yang menyatukan orang tetapi dalam konteks fesyen.

“Tidak lama lagi kami akan keluarkan satu koleksi yang sangat besar yang diberi nama ‘RR Fashion For All’.

“Koleksi ini akan melibatkan pelbagai bangsa di Malaysia serta pelbagai jenis bentuk fizikal dan warna kulit. Kami mahu ubah stigma tentang sifat ego seorang pereka fesyen yang hanya mahukan golongan tertentu yang menyarung rekaan mereka.

“Kerana by the end of the day, it’s not about who you want to be tetapi apa sumbangan anda kepada negara dari segi peningkatan ekonomi?

“Apa sumbangan anda kepada industri fesyen dalam memberikan sesuatu yang baru?,”cerita mereka penuh bersemangat.

Mahu Bina Sekolah Fesyen

Hari ini ramai pereka fesyen tumbuh bak cendawan selepas hujan. Namun, tidak semua pereka yang mempunyai ilmu dalam bidang pemasaran untuk melonjakkan lagi idea kreatif mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Justeru, Rizman Ruzaini berharap agar satu hari nanti mereka dapat menubuhkan sebuah akademi fesyen supaya dapat membantu anak muda di luar sana menjadi pereka fesyen yang disegani dan berilmu dalam bidang perniagaan fesyen.

“Apa yang kami tahu, inisiatif ini akan membantu ramai anak muda yang sejak dari bangku sekolah menanam impian untuk menjadi pereka fesyen sehingga dapat hasilkan koleksi sendiri.

“Seperti yang kami beritahu tadi, inilah salah satu sumbangan yang mahu kami berikan sebagai pereka fesyen kepada masyarakat di luar sana.

“Ilmu juga adalah satu amal jariah selain wang ringgit kerana ilmu yang anda dapat akan diturunkan kepada generasi seterusnya,” kongsi mereka lagi.

Sebagai antara pereka fesyen yang paling berjaya di Malaysia, pastinya tips dan nasihat dari dua figura hebat ini bakal menjadi azimat berguna buat mereka yang mahu menjadi pereka fesyen seperti mereka.

"Setiap individu yang punya cita-cita untuk menjadi pereka fesyen perlu ada matlamat, mahu jadi pereka fesyen seperti apa.

“Dari situ anda boleh mula membuat perancangan tentang kerjaya anda. Matlamat ini umpama satu destinasi.

“Anda kena pejam mata dan bayangkan dalam masa tiga tahun akan datang di mana posisi anda ketika itu, pereka fesyen seperti apa yang anda ingin jadi, butik anda terletak di mana, kereta apa yang anda ingin pandu ketika itu, pertunjukan fesyen apa yang anda mahu lakukan ketika itu.

“Bila anda dah nampak semua visi itu, dari situlah anda mula merancang apa yang anda perlu lakukan. Tetapi harus diingatkan tidak mudah untuk menjadi pereka fesyen yang berjaya.

“Sesiapa sahaja boleh jadi pereka fesyen tetapi pengalaman yang akan membawa anda ke tahap yang lebih tinggi,” kata mereka menutup wawancara. - Getaran, 13 Ogos 2022

DI SEBALIK TABIR PEMBIKINAN WAJAH TARA – GETARAN

Wajah TARA: Rizman Ruzaini

Pemangku Editor Gaya Hidup & Hiburan: Ellyna Ali

Teks & Penyelaras: Helmi Anuar

Suntingan Teks: Faizal Salim

Gambar: Rizman Ruzani

Rekaletak : Abdul Hanif Zahari

Isu Pada

Rizman Ruzaini Membina Empayar

13 Aug 2022

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 bulan yang lalu

Tiada Lagi Koleksi Raya Dari Rizman Ruzaini Selepas Ini, Mahu Tumpu Pasaran Antarabangsa 

2

TARA 3 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

3

TARA 3 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

4

TARA 3 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi