Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Keistimewaan Muharam, Bulan Penting Dalam Kalendar Islam

Muharam bermaksud ‘diharamkan atau dilarang’. Iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun, larangan itu telah digugurkan selepas pembukaan Kota Makkah.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2022 10:05AM

Perbanyakkan ibadah dan mohon keampunan kepada Allah, semoga amalan kita diterima Yang Maha Esa. - Gambar oleh Sairien Nafis

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

1 Muharam merupakan tarikh yang amat penting kepada umat Islam kerana ia merupakan hari permulaan kepada takwim tahun Islam.

Di Malaysia, hari yang bermakna ini juga disebut sebagai Maal Hijrah dan diraikan di seluruh negara.

Namun, adakah anda tahu tentang sejarah bulan Muharam? Kenapa bulan ini begitu penting di dalam kalendar Islam?

Muharam adalah bulan pertama dalam tahun Hijrah. Sebelum peristiwa Hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah, kiraan bulan dibuat mengikut tahun masihi. 

Peristiwa Hijrah ini adalah satu peristiwa yang penting kepada perjalanan dakwah Rasulullah SAW. Muharam bermaksud ‘diharamkan atau dilarang’. Iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun, larangan itu telah digugurkan selepas pembukaan Kota Makkah.

Memasak bubur asyura dan diagih-agihkan kepada orang ramai juga merupakan tradisi yang baik, yang dilakukan umat Islam di Malaysia pada 10 Muharram. - Gambar fail Bernama
Memasak bubur asyura dan diagih-agihkan kepada orang ramai juga merupakan tradisi yang baik, yang dilakukan umat Islam di Malaysia pada 10 Muharram. - Gambar fail Bernama

Pada bulan Muharam ini juga banyak sejarah Islam yang terlakar, terutama pada 10 Muharam atau lebih dikenali dengan hari ‘Asyura’. Berikut adalah tiga peristiwa penting yang berlaku pada 10 Muharam iaitu: 

1) Nabi Musa AS diselamatkan daripada dikejar tentera Firaun. 

Peristiwa ini berlaku pada 10 Muharam.

Ia juga termaktub di dalam kitab Injil. Oleh sebab itulah orang-orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharam sebagai tanda syukur kerana Nabi Musa dan Bani Israil telah diselamatkan dari Firaun.

 

2) Allah menerima taubat Nabi Adam AS

Nabi Adam AS melanggar larangan Allah dengan makan buah Khuldi ketika berada di dalam syurga. Sebagai balasan, Nabi Adam AS diturunkan ke bumi bersama Siti Hawa.

Menyesal dengan perbuatan itu, Nabi Adam AS telah berdoa dan doanya itu termaktub di dalam Al-Quran - “Wahai Rabb kami, sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri. Dan apabila Engkau tidak mengampuni kami, tentunya kami termasuk dari orang-orang yang rugi.”

Allah menerima taubat Nabi Adam AS pada 10 Muharam.

 

3) Allah selamatkan Nabi Yunus AS dari perut ikan

Allah telah menghukum Nabi Yunus AS dengan memerintah Ikan Nun menelannya. Selama 40 hari Nabi Yunus terperangkap di dalam perut ikan tersebut.

Doa taubat Nabi Yunus terakam di dalam Al Quran ketika berada di dalam perut ikan Nun “Tiada Tuhan melainkan Engkau ( Ya Allah )! Maha Suci Engkau (daripada teraniaya, tolonglah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang zalim”

Doa Nabi Yunus A.S akhirnya diperkenankan Allah SWT dan pada tanggal 10 Muharam, Ikan Nun telah memuntahkan baginda.  

Selain ketiga-tiga peristiwa tersebut, pada 10 Muharam juga merupakan hari pertama Allah menciptakan alam, menurunkan rahmat, menurunkan hujan, menciptakan ‘Arasy’, menciptakan Luh Mahfuz dan menciptakan alam.

Berikut beberapa amalan yang disunnahkan di bulan Muharam seperti yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Amalan ini dilakukan kerana bulan Muharam merupakan bulan yang dimuliakan Allah. Jika dilakukan, anda akan mengumpul pahala, jika tidak dilakukan, tidak pula mengundang dosa.

1. Berpuasa

Puasa memiliki keutamaan yang sangat istimewa di sisi Allah. Namun di bulan Muharam ini, terdapat beberapa pendapat mengenai cara yang boleh dipilih kaum Muslim untuk berpuasa. Sunnah berpuasa di bulan Muharam selama sebulan penuh. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah.

"Puasa yang paling utama setelah puasa di bulan Ramadhan adalah puasa di bulan Allah yang kalian sebut dengan Mahram." (Al-Baihaqi)

Hari pertama di bulan Muharam adalah awal tahun. Oleh itu, dianjurkan untuk berpuasa di hari pertama bulan Muharam dan juga berpuasa sehari sebelumnya (akhir tahun). Hal ini menunjukkan bahawa seorang Mukmin mengawali sesuatu dan mengakhirinya dengan kebaikan.

Bersedekah dituntut di dalam Islam dan mendapat pahala yang berlipat ganda. - Gambar hiasan
Bersedekah dituntut di dalam Islam dan mendapat pahala yang berlipat ganda. - Gambar hiasan

2. Bersedekah 

Selain berpuasa, kita juga disunatkan untuk memperbanyak sedekah dan menyenangkan atau memuliakan keluarga. Dalam sebuah hadis dari Abi Sa'id al-Khudri, Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa menyenangkan keluarganya di hari Asyura, maka Allah akan memberikan kesenangan kepadanya (meluaskan rezeki) di tahun-tahun berikutnya." (HR. Al-Baihaqi dan Ath-Thabarani)

Dalam hadis lain dari Abdullah bin Amru bin Al-Ash, Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa berpuasa di hari Asyura, maka seakan-akan berpuasa selama setahun, dan barangsiapa bersedekah di hari ini, maka seakan-akan bershadaqah selama satu tahun."

Antara amalan yang memperoleh ganjaran besar adalah membaca Al-Quran. Ia bakal menjadi penyelamat kepada pembacanya pada hari akhirat. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Antara amalan yang memperoleh ganjaran besar adalah membaca Al-Quran. Ia bakal menjadi penyelamat kepada pembacanya pada hari akhirat. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

3. Bertaubat kepada Allah dan memperbanyakkan amal ibadat

Di hari Asyura, dianjurkan untuk memperbaharui taubat serta kembali kepada Allah. Memang benar kita boleh bertaubat pada bila-bila masa, namun di hari Asyura, seperti yang telah disebutkan dalam sebuah hadis, terdapat hari di mana Allah memberikan pengampunan kepada sebuah kaum di bulan Muharam.

Aswad bin Yazid berkata, "Aku bertanya kepada Abin bin Amr tentang puasa Asyura. Dia barkata: Pada bulan Muharam, ada hari ketika Adam diberi keampunan. Bila engkau mampu, berpuasalah pada hari itu." Hal yang sama dikuatkan oleh Abu Ishaq, yang mengatakan bahawa jika suatu kaum berbuat dosa, lalu mereka bertaubat pada hari itu, maka taubat mereka diterima. – Getaran, 31 Julai 2022

Rujukan : www.ukm.my

Isu Pada

'Time Bomb' Isaac Voo

30 Jul 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Dr. Soo Wincci Teruskan Tradisi Berpuasa Untuk Tahun Ke-12 

2

Refleksi 2 tahun yang lalu

Cara Terbaik Sambut Bulan Muharam

3

TARA 2 tahun yang lalu

Buasir Pada Bulan Puasa

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini