web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dr. Soo Wincci Teruskan Tradisi Berpuasa Untuk Tahun Ke-12 

Bekas Ratu Cantik Malaysia yang juga selebriti terkenal, Dr Soo Wincci meneruskan tradisi berpuasa di bulan Ramadan untuk tahun ke 12 dan turut mengambil peluang memberikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2022 12:10PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setiap kali tiba bulan Ramadan, selebriti berbangsa Cina iaitu Dr Soo Wincci pasti tidak akan terlepas untuk turut sama berpuasa.

Tahun ini merupakan tahun yang ke 12 bekas Ratu Cantik Dunia Malaysia 2008 ini berpuasa di bulan Ramadan.

Bagi anda yang mengikuti perkembangan Dr Soo Wincci di akaun media sosialnya, pasti anda tahu bahawa biarpun berada di bumi Sepanyol kerana menyambung pelajaran, beliau tetap meneruskan tradisi berpuasa setiap kali Ramadan menjelma. 

Kini berada di Kuala Lumpur, bekas peserta Masterchef Selebriti Malaysia ini turut mengambil peluang untuk meraikan Ramadan di bumi Malaysia. 

Melalui kemaskini beliau di Instagram, Dr Soo Wincci dilihat rajin memuatnaik perjalanan puasanya. Malah dia turut memuatnaik jadual waktu berbuka.

Selain berpuasa, beliau turut dilihat melakukan kerja-kerja kebajikan bersama badan kebajikan Islamic Relief Malaysia bagi mengagih bantuan makanan kepada mereka yang memerlukan.

Di ruangan komen, kelihatan ramai netizen yang memuji usaha murni beliau dan menjadikannya sebagai inspirasi untuk mereka. 

Tahniah diucapkan kepada Dr Soo Wincci kerana berjaya meneruskan tradisi berpuasa untuk tahun ke 12. Juga sekalung tahniah kerana nama Dr Soo Wincci kini tercatat di dalam Malaysia’s Book Of Record sebagai ratu cantik pertama yang bergelar Profesor Madya. Sangat memberi inspirasi!. - Getaran, 4 April 2022.

Foto : Instagram

Berita Berkaitan

1

Rencana 5 bulan yang lalu

Ramadan: Waktu Menyemai Disiplin Jiwa, Pembebasan Hati

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Sepanyol Juara Euro 2024

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Besarnya Tahi Bintang!

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa