web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dampak Gaya Filem 90-an Yang Terpateri Di Jiwa, Bahagian 2

Sambungan tulisan Jiman Casablancas tentang gaya dalam filem 90-an dalam dan luar negara dan dampaknya.

TARA Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2021 10:55AM

Gambar: IMDb.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ianya bukanlah satu rahsia bahawa trend fesyen 90-an bagaikan tidak pernah hilang dan seringkali menjadi rujukan pereka fesyen terkemuka dunia dan juga fashion influencers global terkenal.

Masing-masing bagaikan tidak mahu kalah atau ketinggalan untuk menggayakan stail minimalis ala Calvin Klein dan Helmut Lang, atau stail grunge dari pentas runway Perry Ellis by Marc Jacobs (yang juga menjadi punca Marc Jacobs dipecat dari fashion house tersebut).

Sebagai seorang peminat tegar pop culture dan a self-proclaimed MTV generation kid, aku sudah pasti membesar dengan pelbagai pengaruh ini dan ia, dare I say it, bagaikan sudah menjadi sebati dengan jati diri aku.

Aku ingat lagi perasaan selepas menonton filem Empire Records. Aku hanya mahukan dua perkara di dalam hidup. Yang pertama aku ingin bekerja di dalam kedai rekod yang menjual vinyl band yang punyai nama-nama panjang dan obscure seperti Toad The Wet Sprockets dan kedua, aku ingin punyai rakan-rakan idealis yang terdiri dari mereka yang stylish, angsty dan (street) smart dan hanya mahu berbicara tentang muzik, fesyen, cinta dan kehidupan. It’s the ultimate Generation X dream.

Gambar: Rotten Tomatoes
Gambar: Rotten Tomatoes

Filem tersebut dikeluarkan untuk tayangan pada satu masa yang sangat menarik dalam sejarah budaya pop iaitu permulaan pasca Cobain di pertengahan tahun 90-an di mana pengaruh muzik dan fesyen grunge masih hangat di udara.

Kurt Cobain sesungguhnya dinobatkan sebagai ikon bagi movement anti-fashion ini dan inspirasi tersebut seringkali diangkat sebagai reference di dalam rekaan pereka fesyen disruptive zaman ini iaitu Demna Gvasalia sebagai pengarah kreatif bagi jenama Vetements dan Balenciaga.

Di antara watak lelaki paling fashionable dari filem 90-an hadir pada penghujung era tersebut bila peminat filem dunia diperkenalkan dengan Tyler Durden (dilakonkan oleh Brad Pitt pada zaman dia masih lagi bercinta dengan Gwyneth Paltrow) dari filem bertaraf cult classic iaitu Fight Club (1999).

Elemen-elemen punk, rock n roll, rave, gangster 70-an dan inspirasi Oriental dicampur aduk untuk mencipta gaya maskulin Tyler yang melonjakkan lagi nama beliau yang sudah pun pada ketika itu bertaraf superstar.

Tangkapan layar filem 'Fight Club'
Tangkapan layar filem 'Fight Club'

Remember the first and second rule of Fight Club? Di dalam filem ini, Brad Pitt sebagai Tyler Durden mematahkan semua peraturan fesyen dan kita dihidangkan dengan gaya macho mix and match yang terletak elok di atas badannya.

Jika kau mahukan satu mantra fesyen sebagai panduan hidup, kau hanya perlukan kata-kata ini yang dipetik dari filem Fight Club. “All the ways you wish you could be, that’s me. I look like you wanna look, I f*ck like you wanna f*ck, I am smart, capable and most importantly, I am free in all the ways that you are not.” – Tyler Durden.

Dalam industri filem tempatan pula, di antara fashion moment kegemaran aku bukannya datang dari era 90-an tetapi dari era 80-an yang dapat dilihat daripada filem-filem berkisarkan kisah hidup bebas remaja seperti Gila Gila RemajaAzura dan Ali Setan

Tangkapan layar filem 'Gila-gila Remaja'. Gambar: Twitter MUBI Malaysia
Tangkapan layar filem 'Gila-gila Remaja'. Gambar: Twitter MUBI Malaysia

Imej jaket kulit merah (seperti Michael Jackson dalam video 'Thriller' dan Michael J. Fox dalam filem Back To The Future), vest denim, kasut sneakers high-top dan kaca mata Ray-ban sangat relevan dengan era tersebut yang sememangnya berat dipengaruhi dengan budaya breakdance dan new wave.

Tahun 90-an dalam filem Malaysia pula melahirkan saat-saat yang diingati hingga kini contohnya seperti Azhar Sulaiman dengan ikatan bandana merah di kepala di dalam Abang ’92.

Gambar: Twitter Rewan Ishak
Gambar: Twitter Rewan Ishak

Pada ketika itu, aku dan rakan-rakan seringkali mengaitkan Azhar Sulaiman sebagai Jason Priestly Malaysia kerana kedua-duanya mempunyai gaya pakaian dan stail rambut ala James Dean yang sama - side burns included.

Amy Search pula dengan imej rock kapak big hair dan berseluar ketat ala Poison dan Bon Jovi dalam Fenomena mencetus fenomena baru industri filem negara semasa kerajaan Malaysia kecoh mempersoalkan isu artis lelaki berambut panjang.

Namun momen kegemaran aku dari era 90an adalah aksi Sofea Jane berkemban ke sungai, berjalan dengan penuh ghairah sambil memakai cermin mata hitam saiz besar di dalam filem provokatif Perempuan Isteri dan… arahan U-Wei Hj Shaari.

Gambar: IMDb.com
Gambar: IMDb.com

Kau mungkin akan berkata, maaf, kemban bukan fesyen. Tetapi dari segi rujukan bagaimana wardrobe decision boleh digunakan untuk meninggalkan kesan dan mengembangkan personaliti sesuatu karakter, imej Sofea Jane di dalam filem tersebut memberikan impak yang sangat besar dan tidak boleh dipertikaikan.

Sangat besar sehingga ia menjadi inspirasi salah satu look bagi koleksi Nusa Bencana Tarik Jeans pada tahun 2017. Ditatagaya hebat dan terus menjadi fashion. Itu pada pendapat akulah. Kalau kau tak setuju aku bukan peduli pun.

Gambar: Arkib Tarik Jeans
Gambar: Arkib Tarik Jeans

So, yes, the 90s. Jika kau adalah seorang cinephile dan fashion enthusiast, mungkin kau boleh namakan satu persatu filem-filem lain samada dari Malaysia mahupun luar negara yang berjaya mempengaruhi trend semasa dan juga pereka-pereka fesyen generasi masa kini.

Tidak dapat dinafikan, era 90-an boleh dikatakan sebagai the best of times and the worst of times. Dari fesyen selekeh filem-filem slacker seperti Mallrats dan Clerks, sehinggalah kehebatan gaya dominatrix dari filem The Matrix yang sehingga ini menghantui imaginasi pereka fesyen avant garde – semuanya ada di era 90-an.

Tetapi yang pastinya, untuk membincangkan tentang The Matrix, ia adalah satu topik penting yang memerlukan satu artikel yang berlainan. - Getaran, 3 April 2021

Baca bahagian pertama 'Dampak Gaya Filem 90-an Yang Terpateri Di Jiwa' di sini

Isu Pada

Mungkin Ini Kisah Paling Sedih – Naim Daniel

03 Apr 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini