Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Izara Aishah Vs ‘Instafamous’: Memang Semakin Merepek Meraban

Ikuti temu bual eksklusif kami bersama Izara Aishah, berbicara tentang perihal trend pelakon segera dan penerimaan produksi tempatan.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2021 9:00AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Fenomena pelakon segera bukanlah suatu isu yang baharu. Tambah pula, dunia sekarang yang semakin berkembang pesat gara-gara jaringan pantas Internet. Terima kasih kepada media sosial yang mendunia, sekarang sesiapa sahaja boleh menjadi terkenal dalam sekelip mata. 

Justeru, tengara ini melahirkan satu istilah baharu yang dinamakan personaliti Instafamous yakni individu-individu marhaen yang terkenal dengan bilangan pengikut (followers) yang ramai, khususnya di laman media sosial Instagram.

Baik sang juita mahupun perjaka, tiada alasan konkrit mengapa mereka menjadi terkenal. Biarpun itu, faktor yang paling menonjol mungkin kerana rupa paras yang menawan. Populariti yang mendadak ini membuatkan ada di antara mereka terjun ke bidang lakonan. 

Izara Aishah bersama suami, Adib Khalid dan anak, Irisa Alaia
Izara Aishah bersama suami, Adib Khalid dan anak, Irisa Alaia

Namun, yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang. Seperti embun di hujung rumput, mereka hilang dari bayangan, “Sesetengah mereka, tidak berminat pun berlakon. Pada zaman saya mula-mula berlakon, kamu harus ke uji bakat terlebih dahulu.”

“Minat mahu berlakon dan menjadi pelakon. Kami belajar seni persembahan di universiti sebelum melangkah ke industri. Usaha dan minat yang kami lakukan dahulu, tidak seperti sekarang,” luah Izara Aishah berkenaan fenomena pelakon segera dari kalangan Instafamous ini.

“Jangan jadi ‘pelakon’ yang hanya pandai lihat telefon bimbit sepanjang masa” – Izara Aishah

Naib Juara Dewi Remaja 2009/10 ini turut berkata siapa-siapa yang mahu menjadi pelakon, harus serius dalam lakonan. Jaga disiplin, lakukan secara komited. Instafamous ini harus benar-benar minat berlakon dan bukan hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam.

“Main-main. Kadang-kadang, tiba-tiba tenggelam dan sudah tidak mahu berlakon. Itu main-main. Kami yang memang berada di dalam bidang lakonan ini sedikit terasa sebab kami bersungguh-sungguh bekerja.

“Namun di set penggambaran, kami nampak ada segelintir antara mereka ini tidak bersungguh-sungguh dalam berlakon. Jangan jadi ‘pelakon’ yang hanya pandai lihat telefon bimbit sepanjang masa dan baca skrip sepintas lalu. Seterusnya, tidak faham apa-apa pun dari skrip itu.

“Bukan Instafamous sahaja. Siapa-siapa yang mahu berlakon, pastikan mahu menjadi pelakon yang belajar watak dan menjiwai watak. Kemudian, saya nasihatkan janganlah meletak harga yang sangat rendah sehingga merosakkan pasaran industri,” ucap Izara membara. 

Izara Aishah di Majlis 2 Legasi Siti Nurhaliza & Siti Aafiyah di Skypark Cyberjaya
Izara Aishah di Majlis 2 Legasi Siti Nurhaliza & Siti Aafiyah di Skypark Cyberjaya

Menantu Dato’ Sri Siti Nurhaliza itu turut menambah, “Sebenarnya Instafamous ini semua masih ramai yang tiada viewers (penonton). Maksud Izara, jika produksi mengambil Instafamous dengan jumlah pengikut yang ramai, belum tentu viewers mereka akan menontonnya.”

“Sebaliknya, cuba letak pelakon yang berkaliber, misalnya Sharifah Amani. Letak dia berlakon untuk layar TV, lihat berapa ramai yang akan menonton filem atau drama itu. Ia sangat berbeza. Pihak produksi tidak perlu melihat bilangan pengikut sahaja. It doesn’t work that way,” jelasnya.

“Malulah perfileman Melayu kita. Orang Melayu kita sendiri pun dah banyak kutuk kita punya karya.” – Izara Aishah

Bercakap soal produksi, dewasa ini trend pengambilan pelakon berdasarkan bilangan pengikut mereka di Instagram semakin menjadi-jadi. Pihak produksi seakan-akan tidak peduli akan kualiti dan terlalu mengejar populariti, sehinggakan ada pelakon-pelakon layak yang terpinggir sepi.

“Sesetengah produksi terlalu ‘berfantasi’. Mereka ada cerita-cerita mengarut. Selepas itu mereka ambil Instafamous yang tiada pengalaman langsung berlakon. Yang tak faham jalan cerita. Jadilah lebih teruk. I dont think that is right.

“Malulah perfileman Melayu kita. Orang Melayu kita sendiri pun dah banyak kutuk kita punya karya. Sepatutnya orang Melayu sokong industri kita, tapi memang betul pun apa yang mereka semua berkata. Memang sudah semakin merepek dan meraban. That is true,”  bingkas Izara.

Tambah Izara, “Saya tidak berkata tidak bersetuju dengan keputusan pihak produksi untuk mengambil Instafamous untuk berlakon, tetapi buatlah dengan cara yang betul. Uji bakat terlebih dahulu. Beri masa untuk lakonan mereka lebih mantap.

“Yang ada minat, yang ada disiplin. Beri peluang sama rata. Adil. Teruskan. Jangan pilih hanya kerana bilangan pengikut di Instagram. Katakanlah, jika pengikut ramai pun, dia cantik macam mana pun, tetapi tiada pengalaman. Itu yang masalah.

“Memang sudah semakin merepek dan meraban” – Izara Aishah

“Andai kata mahu mengambil pelakon yang baharu. Saya rasa pihak produksi harus melatih mereka terlebih dahulu. Misalnya, kelas lakonan. Beri mereka sedikit pengalaman lakonan itu bagaimana. Sesudah itu, barulah berlakon.

“Saya rasa pihak produksi harus mengambil serius. Jalan cerita juga jangan bikin sembarangan. Buat filem yang berkualiti. Supaya penonton, khasnya orang Melayu memandang tinggi filem dan produksi kita,” tuntasnya. – Getaran, 28 Mac 2021

Isu Pada

Sharifah Sakinah Kalis Peluru

27 Mar 2021

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 minggu yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

2

Filem & TV 1 minggu yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

3

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

4

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

Sorotan

1

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

2

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

3

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

4

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

5

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

6

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

7

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya