Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sharifah Sakinah Kalis Peluru

Pemilik nama Sharifah Sakinah sememangnya juara menangkis kecaman. Biarpun bertubi-tubi dihujani peluru celaan, dia terus berdiri seolah-olah kalis peluru. TARA menyingkap rahsia ‘perisainya’.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2021 9:10AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penghias muka hadapan TARA kali ini bukanlah penerima anugerah mana-mana anugerah seni, bukan juga primadona filem Melayu, namun pemilik nama ini adalah juara menangkis kecaman warganet.

Jika diimbas, personaliti yang mesra disapa sebagai Sakinah ini tidak pernah sunyi daripada menjadi sasaran mereka yang mencemburui, begitu juga yang membenci.  

Lemparlah tuduhan seberat mana pun, kejilah sepuas-puas hati, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar sedikit pun tidak melatah, jauh sekali melenting mengikut emosi.

Dia tahu mengendali situasi. Dia bijak memasang perisai diri. Biarpun bertubi-tubi dihujani peluru kecaman, Sakinah terus berdiri, tumbang tidak sekali. 

Usai sesi fotografi baru-baru ini, soalan pertama yang diajukan kepada Sakinah adalah tentang ini. Tentang bagaimana dia menerima kecaman, kutukan atau nasihat warganet yang sentiasa tidak berpuas hati. 

“Biarlah mereka mahu berkata apa, asalkan saya tidak mengusik mereka. Saya punya pendirian dan kepercayaan sendiri, mereka juga pasti ada kepercayaan mereka sendiri.”

"Kecaman, kutukan yang dilemparkan terhadap saya di media sosial mungkin tampak keterlaluan atau menyakitkan pada orang lain, tapi tidak bagi saya. Sejujurnya, saya tidak baca setiap komen tertulis. Biarlah mereka mahu berkata apa, asalkan saya tidak mengusik mereka.

"Saya punya pendirian dan kepercayaan sendiri, mereka juga pasti ada kepercayaan mereka sendiri. Mungkin ‘ustazah’ atau ‘ustaz’ online ini rasa dia perlu menegur saya secara terang-terangan. Kalau tidak ditegur mereka akan turut berdosa. Jadi saya kena hormati kepercayaan mereka.

"Apa-apa yang mereka (warganet) katakan, saya yakan sahaja. Saya tidak mahu bertekak, jauh sekali hendak memanjangkan sesuatu isu. Kalau saya perlu minta maaf, saya akan lakukannya.

"Mungkin inilah formula yang membuatkan saya tidak terkesan atau melenting dengan setiap komen yang dilemparkan. Inilah harga yang harus dibayar apabila kita menggunakan media sosial. Melalui media sosial, setiap orang punya punya hak untuk bersuara. Jadi terpulanglah untuk kita mengendalikan situasi."

Ternyata benar bagai yang dikata, Sakinah seorang yang gemar membuat hal sendiri, bergaduh tentang perkara-perkara yang tidak perlu dan tidak berfaedah memang jauh sekali. 

"Lebih baik saya fokus dengan perkara-perkara yang perlu saya lakukan. Tak kisahlah orang nak melihat saya seperti mana pun. Saya tidak mampu puaskan hati semua orang. Banyak orang banyak ragamnya. Saya hanya mahu menjadi diri sendiri," ujar Sakinah memberi reaksi.

 

Mengalah tidak sekali

“Memang saya bergelut dengan masalah kesihatan, sampai ada yang kata saya gila. Tapi saya tidak endahkan. Sebaliknya, saya bangkit melawan penyakit ini. Kena percaya diri, pasti ada jalannya.”

Kecekalan hati wanita berusia 32 tahun ini sebenarnya layak dipuji. Sementelah dirinya juga bergelut dengan masalah kesihatan diri.

Bagi yang mengikuti perkembangan Sakinah, pasti tahu dia punya masalah Gangguan Hiperaktif dan Kurang Tumpuan (ADHD) serta disleksia ringan.

Jika orang lain yang menghadapi situasi ini, mungkin lain yang akan terjadi. Buktinya, ada selebriti mengaku mahu mengundur diri selepas dikecam tak henti-henti.

"Meninggalkan dunia lakonan gara-gara kecaman? Itu tidak mungkin terjadi kepada saya, sebabnya saya sangat mencintai lakonan. It’s my passion. Tak perlu berputus asa. Look at the bright side. Gunakan kelebihan diri kita untuk diri sendiri.

"Memang saya bergelut dengan masalah kesihatan, sampai ada yang kata saya gila. Tapi saya tidak endahkan. Sebaliknya, saya bangkit melawan penyakit ini. Kena percaya diri, pasti ada jalannya," ujar Sakinah percaya diri.

Biarpun begitu, pendedahannya baru-baru ini agak mengejutkan ramai peminat. Tiba-tiba Sakinah mahu membawa diri ke luar negara. Mengapa sampai begitu sekali? Bagaimana dengan kerjaya lakonannya di sini?

"Semenjak saya mendapat tahu yang saya mempunyai penyakit ini, sudah banyak sesi kaunseling, rawatan dan ubat-ubatan yang saya ambil. Memang benar saya bergelut untuk menjadi normal seperti orang lain. Saya nekad mahu ke luar negara kerana saya yakin, sesuatu perlu dilakukan.

"Walaupun saya cuba menjadi sangat-sangat positif, saya tidak nafikan masih ada kebimbangan. Itu yang membuatkan saya sedih dan boleh menitiskan air mata.

"Ketakutan saya ialah, dengan penyakit ini adakah saya mampu menjadi seorang ibu yang baik kepada Anais (satu-satunya anak bersama mantan suami)? Adakah saya boleh menjadi seorang anak yang baik kepada orang tua? Itu persoalan yang sering bermain di dalam fikiran ini.

“Ikut perancangan, selepas berkahwin saya akan ikut suami ke Sweden dan bermula saat itu saya akan menjalani rutin hidup yang baru. Saya perlu keluar dari zon selesa. Dengan itu, saya boleh latih otak saya supaya kekal fokus.

"Mengapa mahu ke luar negara? Jawapannya mudah sahaja, tahap kesedaran ADHD di Malaysia tidak sama seperti di luar negara.

"Masyarakat kita kurang faham. Macam saya katakan awal-awal tadi, orang selalu ingat saya ini gila. Padahal saya tidak, cuma saya tidak normal seperti orang lain. 

"Memandangkan saya akan berkahwin dalam waktu terdekat ini, saya gunakanlah kesempatan ini untuk mencari rawatan terbaik di luar negara. Tentang lakonan, saya tidak bimbang, kerana yakin pasti akan ada peluang selepas selesai menjalani rawatan," jelas Sakinah tanpa berselindung.

Dalam masa yang sama, dia juga memberitahu bahawa dia sebenarnya tidak mahu terlalu bergantung kepada ubat-ubatan. 

“Ikut perancangan, selepas berkahwin saya akan ikut suami ke Sweden dan bermula saat itu saya akan menjalani rutin hidup yang baru. Saya perlu keluar dari zon selesa. Dengan itu, saya boleh latih otak saya supaya kekal fokus.

"Maklumlah, apabila berada di negara asing, tidak ramai orang yang boleh diharapkan. Jadi banyak benda saya perlu lakukan sendiri. Saya perlu belajar untuk uruskan kehidupan.

"Kalau boleh, saya juga tidak mahu terlalu bergantung kepada ubat-ubatan. Mudah-mudahan, apa yang saya rancang ini mendapat hasil yang diharapkan," tambah Sakinah.

 

28 Mei Pilihan Tarikh Nikah

Sepanjang perbualan kami pada hari itu, Sakinah dilihat tidak jemu berkongsi cerita tentang tunangannya, Michael Hansen. Ternyata dia cukup teruja untuk bergelar isteri kepada jejaka asal Sweden ini. Jelas Sakinah, dia sudah tidak mampu untuk terus berjauhan dengan pilihan hatinya itu.

"Baik saya mahupun Michael sudah tidak mahu lagi menangguhkan perkahwinan. Kami mahu buat secepat mungkin. Pandemik COVID-19 memang agak menyukarkan keadaan kerana dia terpaksa pulang ke Sweden dan saya pula di sini.

"Bagaimanapun, kami sudah punya pilihan tarikh nikah. Memandangkan kami berkongsi tarikh kelahiran yang sama iaitu 28 Mei, jadi seboleh-bolehnya kami mahu berkahwin pada tarikh ini.

"Majlis juga akan diadakan secara sederhana sahaja. Baik nikah mahupun resepsi. Hanya ahli keluarga dan teman-teman rapat sahaja yang akan diundang," ujar Sakinah teruja. 

Selain itu, satu majlis resepsi turut dirancang di Sweden kerana Michael mahu meraikan perkahwinan mereka bersama keluarga dan teman-teman yang tidak dapat hadir ke Malaysia kerana sekatan perjalanan.

“Selepas buat majlis di sini, kami rancang buat majlis di Sweden juga untuk keluarga dan teman-teman dia di sana. Kami sangat berharap semua urusan perkahwinan ini akan berjalan lancar dan dimudahkan.

Setakat ini, saya dimaklumkan tiada masalah untuk ke luar negara atas urusan perkahwinan, dengan syarat ada semua dokumen yang diperlukan. Jika ada juga halangan yang tak terduga, kami cuma berharap perkahwinan ini dapat disempurnakan dalam tahun ini juga. Saya benar-benar tak mahu tangguhkannya lagi.”

“Saya tidak betah dengan percintaan atau perhubungan jarak jauh. Jadi eloklah dicepatkan. Bimbang nanti perasaan cinta itu semakin terhakis dan masing-masing menjadi orang tidak dikenali.”

"Saya tidak betah dengan percintaan atau perhubungan jarak jauh. Jadi eloklah dipercepatkan. Masa mula-mula jumpa, baik saya mahu pun dia tidak pernah mengharapkan perhubungan ini akan membibitkan perasaan cinta sebabnya ketika itu saya baru sahaja berpisah dengan suami, sementara dia pula perlu pulang ke negara asal. Satu lagi sebab kenapa kami tidak menyegerakan perkahwinan ini ialah, kami takut perasaan cinta itu semakin terhakis dan masing-masing menjadi orang tidak dikenali,” ujar Sakinah.

Berbalik kepada perancangannya untuk mengikuti suami, Sakinah menegaskan dia tidak akan sama sekali melupakan Malaysia kerana cahaya mata kesayangannya masih di sini. Bahkan, dia belum bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal kepada dunia lakonan. 

"Walau apa pun, saya perlu pulang ke sini sekali-sekala bagi mengubat kerinduan kepada Anais. Maklumlah, saya tidak boleh bawa dia bersama kerana tak mahu Anais berjauhan dengan ayah kandungnya. Lagipun dia tengah membesar, jadi biarlah proses pembesarannya tidak terganggu.

"Saya rela berkorban. Selain itu, saya juga belum bersedia untuk tinggalkan dunia lakonan. Lakonan adalah kecintaan saya dan untuk melepaskan gian, saya perlu pulang ke sini," ujar Sakinah tegas.

Sebelum menutup bicara, Sakinah sempat mengajak peminat untuk mengikuti kelas senaman online yang dikendalikannya di aplikasi Zoom. Menerusi kelas senaman ini, Sakinah membantu mereka yang ingin mendapatkan berat badan ideal dan menyingkirkan lemak dengan cara yang lebih efektif.    

Moga apa yang dicita-citakan Sakinah tercapai dan kami di Getaran mendoakan agar dia terus kuat berjuang melawan penyakit ADHD serta disleksia ringan. Selain itu kami juga ingin menjadi di antara orang pertama yang mengucapkan ‘Selamat Pengantin Baharu’ – moga dipermudah setiap urusan! - Getaran, 27 Mac 2021

 

DI SEBALIK TABIR PEMBIKINAN WAJAH TARA - GETARAN

Wajah TARA : Sharifah Sakinah

Editor getaran: M. Zulkifli Abd Jalil

Penyelaras : Shah Shamshiri

Teks : Rahayu MN

Penyunting : Ili Farhana

Penata Gaya : Vee Mukhtaram

Pembantu Penata Gaya: Nik Erwan Roseli 

Busana : Ong Shunmugam dari ShoesShoesShoes

Solekan: Jib Salim

Dandanan: Jib Salim

Jurugambar : Syeda Imran

Suntingan dan Video Belakang Tabir : Sadiq Asyraf

Rekaletak: Hanif Zahari

Lokasi : Redcomm Films Petaling Jaya (Terima Kasih Cik Lina Tan)

Isu Pada

Sharifah Sakinah Kalis Peluru

27 Mar 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 4 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu