web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perkahwinan Tidak Bahagia, Bantu Cari Jalan Keluar

Penulis undangan kami berkongsi lagi secebis kisah benar untuk renungan para pembaca.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2022 5:16PM

Gambar Hiasan Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Boleh tak saya nak lari, ustaz?” Soalan yang buatkan saya terdiam lama. Nak berikan jawapan yang macam mana pun saya keliru. 

Jawapan untuk setuju atau tidak, kedua-duanya memberikan kesan yang besar untuk dia.

Dia dah berkahwin dengan suami selama 4 tahun. Kawan yang kenalkan dia dengan suami dulu. Sebelum berkahwin, suami elok bekerja sebagai juruteknik di sebuah universiti swasta. 

Namun sejurus lepas berkahwin terus berhenti. Tak bekerja sampai sekarang. Semua belanja duit puan inilah yang kena sediakan. 

Bukan setakat belanja rumah sendiri. Selama 4 tahun ini, setiap minggu mesti balik rumah mak suami. Dan setiap kali balik itulah dia kena belikan barang dapur rumah mak mertua. 

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

Dipaksa dalam tak rela. Atas arahan suami, dia usahakan. Sedangkan untuk dia sendiri tak ada lebihan sangat. 

“Ustaz bayangkan minggu ni mesti balik lagi. Nak kena beli barang untuk rumah mak mertua lagi,” kata puan ini.

Ya Tuhan. 

Saya tanya, “Kata tak cukup selalu, mana dapat duit?”

Dia mengaku dah beberapa kali buat pinjaman Ah Long. Sebab kalau tak bagi duit beli barang rumah mak mertua, suami mesti marah, tengking dan pernah kena pukul pun.

Yang lebih dia sedih, lepas dia kahwin baru dia tahu suami ini sebenarnya tak sembahyang langsung. Puasa pun tak pernah. Ramadan sepanjang 4 tahun berkahwin ini, suami memang tak puasa. 

Sama juga bila tak sediakan makanan, kena marah dan kena ugut pukul. Mula dulu ingatkan akan berubah, tapi dah 4 tahun, keadaan makin teruk. 

Mesti ada yang bertanya kenapa tak balik ke rumah mak ayah dia sendiri. Minta sokongan keluarga. Ya, saya pun bertanya hal yang sama. 

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

Puan ini berusia hujung 20-an. Masih muda. Mak dengan ayah dah bercerai masa dia berumur 2 tahun. Sejak itu tak pernah jumpa dengan mak lagi. Dia tinggal dengan ayah berdua sahaja. 

Ayah berkahwin lain. Dan mak tiri ini memang sungguh jadi mak tiri yang kejam macam dalam TV tu. Depan ayah baik, belakang ayah dera emosi anak. 

Fuhh, real! 

Ayah puan ini sekarang dah tak ada. Meninggal lepas dia setahun berkahwin. Jadi dia tak ada sokongan keluarga sendiri.

“Tempat yang saya boleh tenang cuma dekat tempat kerja sahaja. Saya takut balik rumah. Saya takut tunggu setiap hujung minggu,” kata puan ini.

Bayangkan rumah yang sepatutnya tempat mendapatkan kerehatan dan ketenangan menjadi tempat dia diseksa hati dan perasaan. 

Buat masa ini saya cuma minta dia jangan terfikir untuk buat tindakan yang bukan-bukan. Saya pesan dia kena dapatkan bantuan untuk diri dia. 

1. Cari sokongan untuk membantu bertahan dan kekal kuat

Puan ini tak dapatkan semua itu daripada keluarga dia dan suami. Maka dia kena cari sumber lain, contohnya kawan-kawan. 

Andai kita menjadi kawan kepada mereka seperti ini, tugas kita untuk bagi kekuatan pada mereka. Kekuatan yang membina, bukan menambah haru. 

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

2. Cari kaunselor rumah tangga atau bantuan psikologi

Di hospital ada unit Psikologi dan Kaunseling. Mereka ini boleh bantu urusan begini. Caranya pergi ke Klinik Kesihatan atau ke hospital. 

Mereka akan bagi prosedur yang betul untuk kalian dapatkan sokongan rawatan psikoterapi. 

3. Puan ini ada beritahu dia nak tuntut fasakh. Saya minta dia rujuk ke jabatan agama

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

Kawan-kawan yang baik, ada yang menghantar pesanan langsung, tanya kenapa saya selalu menulis tentang rumah tangga, memenangkan isteri dalam banyak hal. Kisah beginilah jawapan saya. 

Kalau rumah tangga kalian baik, ada isteri solehah, bersyukurlah. Tak payah nak kutuk perli rumah tangga orang lain. 

Banyak lagi rumah tangga dekat luar sana yang berkecamuk, dihenyak masalah dan bebanan akibat daripada sikap tak bertanggungjawab lelaki yang bernama suami. 

Mereka perlukan kekuatan, sokongan dan panduan daripada kita. Maka kami ambil tanggungjawab ini untuk membantu. Sekadar yang kami mampu. 

Begitulah. Moga kita dibantu. - Getaran, 4 Jun 2022

Isu Pada

Merungkai Magis Pulau Mauritius

04 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

YSIJ Hulur 1,000 Bakul Makanan, Baiki Rumah Mangsa Banjir Di Batu Pahat

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

UK Beri Amaran Kebuluran Di Gaza, Hantar Kapal Tentera Laut Bawa Bantuan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tekanan Antarabangsa Meningkat Paksa Israel Buka Laluan Ke Gaza

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tahan Suami Isteri Disyaki Dera 2 Kanak-Kanak Lelaki

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh