Berita Terkini

1 hari yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 4 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Merungkai Magis Pulau Mauritius

Pulau Mauritius merupakan sebuah destinasi pelancongan yang popular namun jarang dilawati penduduk Asia Tenggara. Ketahui tarikan yang ada di negara kecil nan indah ini.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2022 9:21AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sungguhpun Asia Tenggara terkenal dengan pulau-pulau serta pantai-pantainya, ada banyak juga negara di luar rantau kita yang mempunyai pantai-pantai hebat. 

Salah satu destinasi popular dalam kalangan pencinta wisata (khasnya warga Eropah) adalah Mauritius. 

Terletak sekitar 2,000 kilometer dari kawasan tenggara benua Afrika, permata Lautan Hindi ini merupakan sebuah pusat pelbagai budaya dan bangsa, berkat sejarahnya yang sangat kaya serta berwarna-warni. 

Biarpun satu masa dahulu pulau ini tidak berpenghuni sama sekali, ia kini menjadi tempat tinggal penduduk yang terdiri daripada rakyat yang merantau dari tanah India, Afrika, China dan juga Eropah. 

Lebih menarik lagi, semua penduduk Mauritius fasih bertutur dalam bahasa Inggeris dan Perancis kerana kedua-dua kuasa besar ini pernah menjajah pulau tersebut dan kedua-dua bahasa itu masih kekal digunakan sampai sekarang. 

Untuk mengenali penduduk serta makanannya, anda boleh bermula di Port Louis, ibu negara pulau tersebut. 

Kawasan dermaga Port Louis
Kawasan dermaga Port Louis

Tersemat di pantai barat laut, Port Louis memang sebuah kota yang menawarkan pelbagai pemandangan serta suasana yang menarik.

Ini paling ketara terlihat di pasar utama mereka. Pasar Port Louis menjual aneka barangan termasuklah makanan tempatan, barangan makanan mentah, kraf tangan dan juga cenderahati. 

Pintu utama Central Market Port Louis
Pintu utama Central Market Port Louis

Seperti mana-mana pasar di dunia, bersiap-sedialah untuk tawar-menawar kalau ingin membeli barangan tertentu. 

Central Market di Port Louis
Central Market di Port Louis

Pasar ini juga merupakan tempat yang sesuai untuk mencuba makanan jalanan tempatan. Oleh sebab sejumlah besar penduduk negara ini berasal dari India, kebanyakan makanan mereka sangat mirip dengan makanan di India. 

Dan oleh sebab majoriti penduduk beragama Hindu jadi makanan mereka banyak berasaskan sayur-sayuran dan tidak menggunakan daging. Ini juga memudahkan komuniti serta pelancong beragama Islam untuk sama-sama menikmati sajian tempatan. 

 

Umbrella Walk 

Selesai meneroka pasar, sempatkan melawat kawasan dermaga Port Louis di mana tersusun kedai-kedai serta butik yang menjadi tumpuan golongan muda-mudi Mauritius.

Ia juga merupakan lokasi ‘Umbrella Walk’ di mana puluhan payung digantung sebagai hiasan sepanjang bahagian dalam dermaga. 

Umbrella Walk ternama di Port Louis
Umbrella Walk ternama di Port Louis

Payung-payung ini memang terkenal dan sering ditukar pada waktu tertentu. Kadangkala berwarna-warni, kadangkala satu warna sahaja dan kadang-kadang juga diubah mengikut tema. 

Untuk mendapatkan pemandangan luas Port Louis dari kawasan yang lebih tinggi, cuba ke Tugu Adelaide yang juga dikenali sebagai Citadel of Port Louis. 

Ia terletak di kawasan atas bukit yang menawarkan pemandangan pelabuhan serta ibu kota. Ia dulu dibina antara tahun 1834 hingga 1840 untuk menjaga bandar daripada rusuhan rakyat sewaktu pemansuhan sistem penghambaan. 

Pemandangan Port Louis dari Tugu Adelaide (Citadel of Port Louis)
Pemandangan Port Louis dari Tugu Adelaide (Citadel of Port Louis)

Kini ia menjadi lokasi tersohor untuk konsert serta persembahan antarabangsa yang gah. 

Satu lagi tempat yang tidak kurang menariknya adalah Taman Botani Pamplemousses. Ia menawarkan pemandangan penuh kehijauan berkat keindahan alam semula jadi sekeliling. 

Antara pepohon di  Taman Botani Pamplemousses
Antara pepohon di Taman Botani Pamplemousses

Masih dalam kawasan Port Louis, ia menempatkan pelbagai tumbuh-tumbuhan dan antaranya adalah teratai gergasi yang memberikan latar belakang indah untuk mengambil gambar. 

Sekiranya ingin mendalami sejarah Mauritius pula, singgahlah ke muzium interaktif gula yang dikenali sebagai L’Aventure du Sucre (The Sugar Adventure dalam Bahasa Inggeris) yang juga tidak jauh dari taman botani Pamplemousses.

Ia benar-benar satu lawatan yang menarik kerana ramai pengunjung dari luar tidak tahu bahawa gula adalah salah satu sebab kenapa Mauritius menjadi sebuah masyarakat berbilang kaum sampai hari ini. 

 

Tanah Tujuh Warna 

Satu lagi tarikan pelancong yang wajib dikunjungi adalah padang pasir Tanah Tujuh Warna di Chamarel. 

Mampu mencapai ketebalan sehingga 15 meter, tanah kawasan itu mengandungi sisa-sisa aktiviti geoklimatik masa lalu. Kandungan besi serta aluminium oksida yang berlawanan dalam kandungan tanah itu menghasilkan jalur-jalur indah yang berwarna-warni. 

Padang pasir ‘Tanah Tujuh Warna’ di Chamarel
Padang pasir ‘Tanah Tujuh Warna’ di Chamarel

Ini menjadikan padang pasir Tanah Tujuh Warna ini suatu keajaiban alam semula jadi yang sangat unik kerana ia hanya boleh ditemui di Mauritius dan mesti dilihat sendiri untuk mempercayainya. 

Dari Chamarel, teruskan perjalanan pula ke Casela World of Adventures yang berada di kawasan barat Pulau juga. Ia adalah salah satu daripada beberapa sahaja tempat di dunia di mana para pelawat boleh berinteraksi secara dekat dengan singa dan mengikuti kembara safari. 

Burung merak di kawasan Casela World of Adventures
Burung merak di kawasan Casela World of Adventures

Terdapat juga tempat di mana pelawat boleh memberi makanan kepada binatang lain seperti zirafah, kambing dan banyak lagi. 

Semestinya, kunjungan ke Mauritius tidak akan lengkap tanpa menjejakkan kaki ke dalam lautan biru pulau tersebut. Jadi pastikan yang penginapan anda berada di tepi pantai. 

Selain daripada menyelam dan bersnorkel seperti biasa, ada satu lagi aktiviti unik yang harus dicuba iaitu berenang bersama lumba-lumba! 

Terdapat banyak syarikat pelancongan yang menyediakan pakej ini di mana anda berpeluang berenang dan melihat ikan lumba-lumba secara dekat di hadapan mata anda di dalam laut! 

Aktiviti ini dijamin selamat dan anda dapat menyaksikan sendiri kumpulan-kumpulan ikan lumba-lumba liar yang mendekati kawasan tepi pantai di waktu pagi. 

Para pengunjung pasti teruja kala melihat ikan lelumba berenang di bawah kaki sendiri. 

Bagi yang ingin berjemur dan bersantai, bolehlah menaiki bot Catamaran ke pulau popular Ile Aux Cerfs yang sangat bersih dan menenangkan. 

Jelas terbukti, Mauritius mempunyai magisnya tersendiri pasti ramai yang ingin mengalami sendiri suasana yang diceritakan di atas. 

Jadi kalau ingin merasai panggilan pulau indah yang jauh sedikit dari tempat biasa di Asia Tenggara, singgahlah ke Mauritius, anda pasti akan terpanggil untuk kembali semula.

 

DI SEBALIK TABIR WAJAH TARA – GETARAN

Wajah TARA : Tanah Tujuh Warna, Chamarel , Mauritius

Editor Gaya Hidup & Hiburan : Shah Shamshiri

Teks & Penyelaras : Shah Shamshiri

Suntingan Teks : Ili Farhana

Jurugambar : Shah Shamshiri

Rekaletak : Abdul Hanif Zahari 

(Sekalung penghargaan buat Badan Pelancongan Pulau Mauritius)

Isu Pada

Merungkai Magis Pulau Mauritius

04 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 6 bulan yang lalu

Antara Pulau Perhentian Dan Pulau Redang, Mana Paling 'Best'?

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Pembangunan Mersing Perlu Kerjasama Kerajaan Johor, Persekutuan - MB

3

TARA 11 bulan yang lalu

Rebut Peluang Beraya Sambil Bercuti Bersama Keluarga, Sudahkah Anda Memilih Destinasi Yang Sesuai? 

4

TARA 11 bulan yang lalu

Percutian Ke Pantai, Kaca Mata Hitam Item Fesyen Mesti Bawa

Sorotan

1

Jom Balik Raya Bersama Mahasiswa:MAIWP Peruntuk Lebih RM1.6 Juta Bantu 10,000 Penuntut IPT

2

Bekalan Air Masih Terkawal Di Kebanyakan Negeri – SPAN

3

Cadang Anjur Kembara RIUH Ke Lebih Banyak Lokasi – Fahmi

4

Hampir 20,000 Buah Mangga Malaysia Dilupuskan Di Riau

5

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

6

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya