Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Halus Seni Miniatur Umie Umairah

Kek bento Korea menjadi inspirasi minat terhadap lukisan bertekstur.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2022 12:34PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bermula sebagai hobi, siapa sangka Umie Umairah atau lebih dikenali sebagai Mairah mampu menjana pendapatan setiap bulan menerusi penghasilan lukisan dan kraf tangannya.

Menariknya, rasa cinta terhadap seni kreatif yang terbit sejak bangku sekolah ini telah membawa Mairah untuk menceburi dunia keusahawanan secara spontan.

“Pada mulanya semua lukisan dan mainan miniatur ini dibuat secara ‘suka-suka’ atau hobi sahaja. Sejujurnya, inilah salah satu cara saya menenangkan fikiran. Ia boleh dikatakan sebagai eskapism atau ‘creative outlet’ untuk melepaskan geram, kesedihan atau apa-apa perasaan yang terbuku. 

“Disebabkan saya suka mencuba sesuatu yang baharu, saya sanggup belajar teknik pelbagai variasi lukisan. Saya juga gemar menggabungkan beberapa medium seni untuk menghasilkan sesuatu yang lain daripada karya-karya yang sebelumnya. 

“Minat terhadap lukisan bertekstur pula bermula apabila saya melihat kek bento Korea di media sosial. 

“Dengan menggunakan cat akrilik secara berlapisan ia mampu menghasilkan tekstur sama seperti aising kek tersebut. Saya banyak mengambil inspirasi dan belajar daripada karya-karya Liyana Kidal,” katanya.

Untuk pengetahuan semua, Mairah juga membuat mainan miniatur bertemakan makanan sejak 8 tahun lalu.

Kini, Maira semakin sibuk memenuhi tempahan setelah menerima respons yang positif daripada ramai orang di media sosial.

Apa yang pasti, kedua-dua lukisan bertekstur dan kraf tangan miniaturnya dihasilkan dengan kualiti yang cukup mantap. Kesemua idea-ideanya sungguh menarik sehingga boleh 'menangkap' mata dan hati sesiapa yang memandangnya.

“Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa saya hanya melukis makanan sahaja. Ini kerana ia mengingatkan saya kepada arwah ayah saya yang banyak menyokong dan mengajar saya tentang seni. 

“Dia juga suka memasak. Jadi ini adalah cara saya memberi penghormatan serta mengingatnya,” ujar Mairah. 

Berkongsi lanjut, Mairah turut menjelaskan bahawa seni dapat meningkatkan keyakinan diri serta mendidik kita untuk mengenali diri dengan lebih mendalam. Tambahan pula, seni boleh menjadi bahasa universal yang boleh menghubungkan kita dengan orang lain.

“Jelasnya, seni adalah cara terapeutik yang dapat membantu mereka yang berdepan apa-apa masalah, termasuk membina keyakinan. 

“Melalui proses menghasilkan lukisan dan kraf seni ini, ia dapat membantu meredakan tekanan yang dalam diri saya. 

“Komuniti seni lokal juga sangat baik hati dan prihatin. Saya mendapat banyak bantuan dan menimba ilmu daripada ramai artis berpengalaman. 

“Dulu saya pernah mengalami masalah kesihatan mental yang membuatkan saya hilang minat dalam semua benda yang saya suka. Ketika itu, saya lupa bagaimana seni lukis dapat melahirkan perasaan gembira dan kepuasan dalam diri saya. 

“Senilah yang membakar semula semangat saya untuk terus melangkah. Meskipun satu lukisan saya memakan masa lebih seminggu untuk dihasilkan, saya langsung tidak rasa terbeban atau jemu,” jelasnya.

Berputus asa bukanlah istilah yang tersemat dalam kamus diri Mairah dalam menerokai pasang surut dunia keusahawanan. Berkongsi perancangan masa depan, Mairah berhasrat untuk membuka studio dan mengadakan bengkel seni khusus untuk pelanggannya.

“Buat masa sekarang, saya uruskan sendiri perusahaan ini di rumah saya. Jadi, selepas ini kalau boleh saya mahu ada studio yang lebih selesa untuk buat kerja dan dapat meneruskan perniagaan ini secara sepenuh masa,” mengakhiri temu ramah. - Getaran, 15 Mei 2022

Semua gambar: Umie Umairah

Isu Pada

Pyu, Tok Dalang Cilik

14 May 2022

Berita Berkaitan

1

Budaya 1 tahun yang lalu

WCO Art & Culture Gallery Pamer Budaya Tempatan Melalui Miniatur Dan Diorama

2

TARA 2 tahun yang lalu

Nehsan Selvaraj Harumkan Nama Malaysia Di Dubai

3

TARA 2 tahun yang lalu

Gahnya Dunia Miniatur Mazlina

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi