Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu-lagu Serantau Masa Kini

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2021 9:08AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan GETARAN, Shah Shamshiri berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu.  Mari kita singkap lima lagu pertama pilihannya minggu ini.

 

'Karma' – Kaka Azraff dan Jaz 

Lagu-lagu runut bunyi sememangnya sangat popular di dalam muzik arus perdana Malaysia. Saban tahun lagu-lagu yang diangkat sebagai lagu tema drama-drama bersiri tempatan sering mendapat putaran tertinggi di corong-corong radio. Dan biarpun dunia digital dikatakan telah mengubah lanskap cara pencinta muzik mendengar lagu-lagu pilihan mereka, di Malaysia lagu-lagu terkenal di radiolah yang biasanya akan mendapat perhatian dan berkemungkinan besar mencuri ruang di anugerah-anugerah tersohor. Itulah yang boleh dikatakan tentang karya terbaru komposer prolifik Farouk Roman ini. Karyanya memang tidak pernah mengecewakan. Dipilih menjadi runut bunyi asal drama ‘Takdir Yang Tertulis,' lagu berjudul ‘Karma’ ini mekar dengan nuansa pengaruh lagu-lagu pop Indonesia. Dibuat lebih menarik lagi kerana lagu 'Karma' didendangkan oleh dua penyanyi berbakat dari dua negara serumpun iaitu Jaz seorang penyanyi R&B dari Brunei yang membina nama di Indonesia bersama dengan wajah TARA pertama kami, Kaka Azraff salah seorang pejuang irama R&B Malaysia yang juga anak saudara kepada Ratu Rock Malaysia, Ella. Ia menjadi lebih istimewa dengan lirik puitis nukilan penyanyi R&B Melayu baru berbakat besar Aisha Retno (yang kebetulan merupakan anak kepada seorang penyanyi Indonesia era 80-an). Dengan korus yang agak senang diingati berserta bait-bait indah, lagu cinta ini masih mengekalkan formula sama seperti karya-karya Farouk Roman sebelumnya. Kami yakin pencinta lagu balada Melayu moden dan peminat lagu-lagu Indonesia yang mirip hasil kerja Melly Goeslaw khasnya pasti akan menyukai karya ini. 

 

'Galeri' – Nur Fatima featuring Kayda

Lagu ini sebenarnya telah lama disiapkan namun gara-gara pandemik yang menimpa dunia, penyanyi utamanya Nur Fatima terpaksa menangguhkan pelancarannya kerana beliau yang kini menetap di Canberra, Australia terpaksa pulang ke sana bersama suaminya. Masih segar selepas menyertai rancangan realiti Gegar Vaganza pada penghujung 2019, Nur merakam ‘Galeri’ setelah digarap sesuai citarasa muzik masa kini.  Digubah dan ditulis oleh nama-nama besar industri muzik tempatan seperti Omar K, Altimet, Firdaus Rahmat dan Mas Dewangga, lagu ini berentak catchy dan mudah diingati berkat melodi serta lirik yang mengasyikkan. Ditambah dengan alunan rap dari Kayda, anak perempuan sulung Ratu Jazz Malaysia, Sheila Majid, membuatkan ia lebih luar biasa. Menurut Nur, ia mengisahkan tentang seseorang yang telah berpisah daripada pasangannya dan sedang dalam proses untuk move on, akan tetapi percampuran emosi yang dihadapinya menyukarkan proses tersebut apabila menatap gambar-gambar mereka ketika bersama di media sosial ibarat sebuah galeri, membangkitkan memori silam. Jika anda penggemar suara merdu Nur Fatima dan irama rancak berserta bait hip hop Kayda, ini wajib ada dalam senarai main anda.

 

'Dark Times' – Projek E.A.R. Bersama Butch Vig

Sesuatu yang segar dan membanggakan. "Trek ini hebat – anda semua telah menulis lagu yang luar biasa," itu adalah kata-kata dari produser legenda Butch Vig, yang visinya telah membantu membentuk 'Nevermind' album kumpulan Nirvana menjadi revolusi. Dia merujuk kepada 'Dark Times,' single baru dari Supergroup Asia Tenggara, Project E.A.R.  Lagu berbahasa Inggeris ini adalah ciptaan terbaru yang mengagumkan oleh 'master' rock dan hip-hop dari seluruh Asia Tenggara. Ia menjelaskan keadaan fizikal dan emosi yang dirasai oleh seluruh dunia ketika dikenakan perintah berkurung disebabkan oleh COVID-19 sepanjang tahun 2020 dan tragedi yang lebih peribadi bagi kumpulan ini. Pada bulan November 2020, salah seorang anggotanya, Jamir Garcia telah meninggal dunia. Kini, lagu ini disaluti mitos yang lebih bermakna. Gabungan rock dan hip hop dalam lagu ini memang sesuatu yang dinantikan dan mengingatkan kita pada karya antarabangsa nyanyian kumpulan terkenal seperti Linkin Park, Manafest dan Papa Roach. Untuk mereka yang menggemari dua genre ini, pastikan anda memasukkanya dalam senarai lagu pilihan.

 

'CIAO' – Joe Flizzow Bersama Jay Park dan MK

Dunia mungkin terhampar gara-gara COVID-19 namun perkembangan muzik Malaysia nampaknya bergerak positif dengan terhasilnya karya ini. Ia membuktikan bahawa muzik masih mampu dihasilkan walaupun ada kekangan. CIAO adalah nukilan terbaru yang menggabungkan lirik Joe Flizzow dan MK bersama dengan irama penerbit hip hop berbakat ALYPH. Lagu ini merupakan single pengenalan kepada album penuh Joe yang berjudul JOHAN yang bakal muncul tidak lama lagi. Lengkap dengan semua unsur hip hop yang perlu ada dalam setiap lagu rap berkualiti, CIAO mencuri perhatian lebih ramai pendengar dengan penampilan MK, bintang hip hop sensasi dari Sabah serta penyanyi rap asal Korea Selatan, Jay Park. Garapan tiga personaliti besar dalam sebuah lagu ini menjadikannya benar-benar luar biasa. Kata CIAO yang membawa maksud 'helo' dan 'selamat tinggal' dalam Bahasa Itali digunakan dalam lagu ini untuk mengucapkan selamat tinggal kepada bencana di tahun 2020 dan mengalu-alukan permulaan baru 2021. Ia turut meraikan semangat ‘hustle’ atau bekerja keras yang menggerakkan kehidupan seharian kita. Sebuah karya yang sangat sesuai didengar untuk awal tahun ini!

 

'Tudung Periuk' – Dayang Nurfaizah

Lagu ini sudah menjadi bahan bualan sejak sedutan projek ini dibocorkan oleh penyanyinya sendiri di laman-laman media sosial beberapa hari sebelum dilancarkan. Lagu 'Tudung Periuk' yang dinyanyikan semula ini sememangnya sebuah lagu yang sangat popular, dan keputusan ratu R&B Melayu negara Dayang Nurfaizah untuk merakam semula lagu ini sememangnya suatu pilihan yang bijak. Merupakan lagu pengenalan buat album penuhnya yang bertajuk Belagu, yang bakal muncul dua minggu lagi, 'Tudung Periuk' diberi sentuhan ajaib berkat iringan muzik yang direkod secara langsung di bawah seliaan pemuzik tersohor Aubrey Suwito. Ia dirakam dengan sebaik mungkin biarpun Dayang sendiri mengatakan di media sosialnya bahawa karya ini mungkin ada sedikit kekurangan kerana ia diabadikan secara live seperti album konsert yang lain. Namun begitu, sebagai salah seorang penyanyi balada yang paling lama bertahan dalam industri muzik tempatan, lagu ini kedengaran sempurna berkat vokal unik Dayang yang sememangnya disukai oleh peminat-peminatnya. Pembukaan lagunya sahaja sudah mendayu-dayu memanggil pendengar untuk memberi perhatian kepada apa yang bakal didendangkan. Satu karya yang indah dan semestinya membuat semua tertunggu-tunggu album penuh Belagu yang akan dilancarkan dalam masa terdekat. Selamat Mendengar! - Getaran, 30 Januari 2021

Isu Pada

Kaka Azraff

29 Jan 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Muzik 1 minggu yang lalu

'Cinta Tak Mungkin' Hadiah Raya Siti Nurhaliza

3

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

Sorotan

1

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

2

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

3

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

4

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

5

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

6

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

7

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa