Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan lima tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2022 7:26PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

'The Staircase' (HBO Go)

Berdasarkan kisah benar, siri pendek lapan episod ini menyingkap kehidupan penulis novel, Michael Peterson (lakonan Colin Firth), keluarga besarnya dan kematian isterinya, Kathleen Peterson (lakonan Toni Collette) yang dikatakan terjatuh dari tangga rumah.

Namun selepas beberapa siasatan, banyak bukti timbul dan mendedahkan bahawa kematian isterinya mungkin bukan disebabkan kemalangan tetapi sesuatu yang lebih mencurigakan. Siri ini boleh ditonton di HBO Go. - Shah Shamshiri

 

Mekah I’m Coming (Netflix)

Filem dari negara jiran ini memang layak ditonton sepanjang Syawal ini. Walaupun ia bukanlah buah tangan terbaharu daripada produser tersohor, Hanung Bramantyo dan pengarah Jeihan Angga,  Mekah I'm Coming sesungguhnya cukup rencah dan rasa.   

Menonton bersama keluarga cukup menyeronokan kerana sesekali pasti satu rumah berderai dengan gelak-tawa.

Mengangkat genre drama komedi, Mekah I’m Coming dibintangi oleh Rizky Nazar dan Michelle Ziudith sebagai teraju utama, dan dibantu oleh Dwi Sasono, Ria Irawan, Totos Rasiti, Rasyid Karim, Jennifer Coopen dan debut, Ephy Pae.

Berlatar di sebuah desa kecil di daerah Jawa Tengah, filem ini mengisahkan tentang jejaka, Eddy (Rizky Nazar) yang harus berjuang mempertahankan cintanya kepada Eni (Michelle Ziudith) kerana tidak mendapat restu keluarga Eni.

Eni merupakan gadis pingitan kampung kerana kedua orang tuanya merupakan pengusaha telur masin yang terkenal dengan kemewahan. Bapanya Haji Soleh sangat membenci Eddy dan mahu menjodohkan Eni dengan jejaka keturunan keluarga kaya bernama Pitoyo (Dwi Sasono), calon jemaah haji.

Kerana terdesak, Eddy membuat cerita yang kononnya dia juga akan berangkat ke tanah Mekah untuk mengerjakan haji.

Bagi memastikan dia berjaya menjejak Mekah, Eddy berusaha mencari ejen haji.  Biarpun usaha kerasnya berjaya, namun segalanya hanya indah khabar dari rupa. - Rahayu MN

 

Tootsies & The Fake (Netflix)

Tootsies & The Fake merupakan sebuah filem komedi Thai arahan Kittiphak Thongauam dan dibintangi oleh Thanawat Sutat Na Ayutthaya, Araya A. Hargate dan Taksaorn Paksukcharern.

Filem ini menceritakan tentang Golf (Thongkanthom) yang secara tidak sengaja membuatkan seorang bintang filem bernama Cathy (Araya A. Hargate) terjatuh, lalu tidak sedarkan diri.

Hanya dalam tempoh seminggu, Cathy dijadualkan untuk berlakon. Dek takut akan disaman oleh pihak produksi, akhirnya Golf dan rakan-rakannya merancang untuk mencari pengganti.

Rancangan mereka hampir berjaya apabila menemui seorang penjual makanan jalanan yang bernama Nam (Taksaorn Paksukcharern) yang sangat mirip dengan Cathy.

Sayangnya, Nam memiliki perwatakan yang sangat berbeza dengan Cathy yang sopan dan bersifat lemah lembut. Nam lebih bersifat kasar dan cemerkap.

Mampukah rancangan mereka berjaya mengaburi mata pihak produksi? Apakah Nam berjaya berubah menjadi Cathy? Sama-sama kita saksikan di Netflix!

 

In Time (Netflix)

Sebuah filem sains fiksyen yang berkisahkan tentang masyarakat yang hidup berlandaskan detik masa dan waktu sebagai mata wang untuk meneruskan kehidupan. Ini termasuk membayar makanan, gaji dan jangka hayat nyawa seseorang itu.

Will Salas (lakonan Justin Timberlake) merupakan salah seorang ahli masyarakat kelas bawahan dan berazam untuk memecah masuk kawasan kelas atasan yang bernama New Greenwich. Misinya mahu mencari jawapan bagaimana kawasan tersebut kaya dengan masa yang ada untuk meneruskan kehidupan.

Tambahan pula, kawasan tersebut mampu mengawal dan memonopoli harga nilai masa yang menyebabkan golongan bawahan menjadi susah, miskin serta meningkatkan kadar kematian akibat masa yang ada pada badan mereka telah tamat.

Pelbagai cabaran yang ditempuhinya bagi mencari masa yang banyak untuk diberikan kepada orang ramai. Diarahkan dan dihasilkan Andrew Niccol dan ditayangkan pada 2011, filem In Time boleh ditonton menerusi saluran rangkaian Netflix. - Izwan Ramlan

 

Honeymoon With My Mother (Netflix)

Filem dari Sepanyol ini mengisahkan tentang seorang anak lelaki bernama Jose Luis yang terpaksa membawa ibunya, Mari Carmen ke percutian bulan madunya di Mauritius setelah kekasihnya, Katrina melarikan diri dengan lelaki lain sewaktu mereka hampir melafazkan kata-kata,“I do…

Jose Lius mahu membatalkannya percutian bulan madunya yang telah pun ditempah dan dibayar penuh, namun dia tidak dapat berbuat demikian.  Ejen pelancongan memberikan idea kepada Mari Carmen supaya pergi bercuti bulan madu dengan anaknya itu.

Awalnya, Jose Luis menolak cadangan ibunya untuk bercuti bulan madu bersama tetapi setelah diyakinkan ibunya, dia akhirnya setuju.  Masalahnya, mereka perlu berlagak sebagai suami isteri jika ingin memperoleh segala manfaat sebagai pasangan bulan madu di pusat peranginan tersebut. 

Namun, percutian itu sebenarnya membuka mata Jose Luis terhadap perkara-perkara yang dia tidak pernah tahu tentang ibunya termasuklah ibunya tidak pernah menikmati percutian bulan madu bersama bapanya setelah mereka berkahwin. 

Filem ini bukanlah sebuah filem yang hebat tetapi juga tidaklah buruk mana. Ia sekadar sebuah filem yang seronok untuk kita tonton dan pada masa yang sama mengingatkan kita supaya bahawa adakalanya kita masih tidak mengenal ibu kita sedalam-dalamnya sedangkan dia banyak berkorban untuk membahagiakan kita. 

Carmen Matchi yang melakonkan watak Mari Carmen berjaya menghidupkan wataknya dengan begitu baik sekali, manakala Quim Gutierrez sebagai Jose Luis serasi dengan wataknya sebagai anak yang pemarah. 

Babak dan dialog cukup berkesan dalam filem Honeymoon With My Mother yang ditayangkan di Netflix ini adalah apabila Jose Luis memberitahu bahawa dia kini hidup di dalam neraka dan pada saat membuka pintu di kawasan beranda villa, terbentang pemandangan laut yang cantik membiru di hadapannya. - Ellyna Ali - Getaran, 7 Mei 2022

Isu Pada

Sharifah Amani – Anak-Anak Kita, Masa Hadapan Kita

07 May 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Dr Mahathir Dahagakan Perhatian - Fahmi

3

TARA 3 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Ahli Parlimen Dilarang Buat Penstriman Langsung Di Parlimen

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu