Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pesona Surih-Surih Sejarah Portugal

Portugal merupakan nama sebuah negara yang sering didengari oleh rakyat Malaysia kerana pengaruh rakyat dan budayanya yang masih tersisa di sini. Namun apa yang menarik di sana? TARA berkongsi sedikit perihal negara unik ini.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2021 9:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rakyat Malaysia pasti sering mendengar nama negara ini disebut-sebut dalam mata pelajaran Sejarah.

Di bahagian permulaan sejarah Tanah Melayu, termaktub bahawa penduduk negara ini merupakan salah satu kuasa barat pertama yang menjelajah ke Asia Tenggara. Malah mereka jugalah yang cuba menjajah rantau ini.

Biarpun tidak berjaya sepenuhnya dengan rancangan mereka itu, namun orang Portugis sempat meninggalkan tanda dan sisa-sisa budaya mereka di Malaysia sehinggalah sekarang.

Pengembaraan di Portugal wajar dimulakan di ibu negara mereka iaitu Lisbon. Ia merupakan salah satu kota tertua di Eropah dan merupakan yang tertua di Eropah Barat.

Stesen Keretapi Utama Lisbon
Stesen Keretapi Utama Lisbon

Seperti kebanyakan bandaraya Eropah, Lisbon kaya dengan bangunan-bangunan peninggalan sejarah yang masih mempunyai unsur-unsur seni bina dahulu kala.

Namun suasananya lebih menenangkan berbanding bandaraya-bandaraya Eropah lain.

Ia tidaklah sesesak Paris, London ataupun Madrid dan kedudukannya berdekatan lautan Atlantik serta sungai Tagus yang gah menjadikannya sebuah bandar raya yang unik dengan gaya tersendiri.

Praca do Comercio di sebelah Sungai Tagus
Praca do Comercio di sebelah Sungai Tagus

Di tengah-tengah kota Lisbon pengunjung boleh melawat beberapa bangunan dan tempat yang terkenal.

Di antaranya adalah sebuah lif antik yang dikenali sebagai lif Santa Justa. Ia dibina di tengah-tengah kota sebagai sebuah pengangkutan awam dan dilancarkan pada tahun 1901.

Lif Santa Justa
Lif Santa Justa

Tujuan utamanya adalah untuk menghubungkan dua kawasan utama Lisbon iaitu Baixa dan juga daerah mewah Bairro Alto dengan menyeberangi sebuah jambatan yang tersedia di bahagian atas bangunan sekeliling sebaik sahaja melangkah keluar dari lif. 

Dari kawasan lif itu juga pengunjung boleh berjalan terus ke sebuah lagi tempat tumpuan iaitu ke dataran tersohor Lisbon yang dikenali sebagai Praca do Comercio. Dataran ini terkenal kerana pernah menjadi saksi begitu banyak acara bersejarah Portugal dan sekarang dikelilingi aneka kedai serta restoran-restoran terkini.

Pelancong dan penduduk tempatan biasanya duduk berehat di sini menjamu selera sambil menikmati pemandangan serta kehangatan bayu Sungai Tagus yang terletak di hadapan.

Gerbang Rua Augusta
Gerbang Rua Augusta

Di sini juga terletaknya Arco da Rua Agusta, sebuah gerbang indah yang menjadi pintu masuk utama ke Dataran Comercio.

Ramai pengunjung yang naik ke atas dan berpeluang mengambil gambar serta menikmati kecantikan kota Lisbon. Pemandangan dari atas gerbang tersebut memang terkenal dan sering diabadikan dalam gambar-gambar serta poskad antarabangsa.

Pemandangan kota Lisbon dari puncak Gerbang Rua Augusta
Pemandangan kota Lisbon dari puncak Gerbang Rua Augusta

Sewaktu berada di situ, jangan lepaskan peluang melawat gedung-gedung bersejarah yang lain seperti biara tersohor mereka iaitu Biara Jeronimos, menara Belem (sebuah tugu pertahanan di tepi Sungai Tagus), tugu peringatan Descobrimentos dan juga istana lama Sao Jorge.

Istana Sao Jorge yang mempunyai pengaruh Moorish itu mempunyai satu ciri khas di mana di tengah-tengahnya terdapat sebuah periskop besar yang membolehkan penghuni di dalam istana melihat ke luar dengan jauh tanpa perlu berada di luar kawasan istana.

Ia pernah digunakan untuk memantau pergerakan musuh sekiranya menghampiri kawasan istana.

Istana Sao Jorge
Istana Sao Jorge

Setelah selesai melawat bangunan-bangunan menarik di pusat kota para pelawat boleh menuju ke luar kawasan Lisbon sedikit dan menghala ke arah Alentejo.

Berbeza dengan Lisbon, Alentejo kaya dengan pemandangan alam semula jadi yang indah. Di situ, pengunjung disarankan untuk bermalam di sebuah resort desa yang dikenali sebagai Herdade das Barradas da Serra yang dikelilingi pepohon hijau dan juga ladang-ladang gandum. 

Kambing biri-biri serta kuda-kuda juga berkeliaran di ladang-ladang peribadi. Dan tidak jauh dari kawasan ladang para pelawat boleh ke kawasan muara sungai untuk menaiki pelayaran melihat lumba-lumba!

Kawasan berdekatan yang dikenali sebagai Setubal itu merupakan habitat terkenal lumba-lumba dan memang sering menjadi tumpuan pelancong tempatan serta luar negara.

Lumba-lumba di Setubal
Lumba-lumba di Setubal

Selain Aletenjo ada satu lagi kota berdekatan Lisbon yang dikenali sebagai Sintra. Ia merupakan sebuah kota yang terletak di kawasan berbukit-bukau dan sangat terkenal dengan hasil seni bina agung dari kurun ke-19.

Ini telah menjadikannya sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO yang tersohor gara-gara tersergamnya banyak istana dan mahligai lama. Dan di antara tiga istana yang sering menjadi tumpuan di situ adalah Castelo dos Mouros, Pena National Palace serta Sintra National Palace. 

Salah sebuah istana utama di Sintra
Salah sebuah istana utama di Sintra

Castelo dos Mouros merupakan istana yang pernah dikuasai dan dimiliki oleh Orang Islam yang pernah menduduki kawasan tersebut. Sehingga hari ini, ia masih dipelihara untuk dikunjungi para pelancong. Malah istana-istana ini masih mempunyai hasil-hasil seni halus dari zaman dahulu yang dipulihara untuk tujuan kajian serta sejarah.

Salah sebuah istana di Sintra
Salah sebuah istana di Sintra

Ternyata kerajaan Portugis memang gah di zaman kegemilangannya, maka tidak hairanlah kenapa mereka yang mula-mula mengembara seantero dunia untuk mencari jajahan-jajahan baharu.

Negara mereka benar-benar berbeza dari bandar-bandar Eropah Barat lain yang sudah sering menjadi tumpuan pelancong seperti London, Paris dan Amsterdam. 

Jadi kami secara peribadi mengesyorkan kepada semua untuk melawat Portugal sekiranya berpeluang kerana kami yakin tiada siapa yang akan menyesal andai ke Portugal! - Getaran, 21 Mac 2021

Semua gambar: Shah Shamshiri

Isu Pada

Transisi Tiz Zaqyah

20 Mar 2021

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 1 bulan yang lalu

Anwar Pelawa Firma Perniagaan Jerman, Eropah Melabur Di Malaysia

2

Semasa 5 bulan yang lalu

2.3 Juta Kenderaan Dijangka Guna Lebuh Raya Utama Sepanjang Cuti Deepavali - LLM

3

TARA 6 bulan yang lalu

7 Destinasi Eropah Terbaik Untuk Percutian Musim Luruh

4

Sukan 6 bulan yang lalu

Maghribi, Portugal, Sepanyol Calon Tunggal Anjur Piala Dunia 2030

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu