Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Permainan Mad Mecha Temui Peminat Dunia Metamesta Penghujung Tahun Ini

Permainan robot yang menampilkan ciri-ciri kebudayaan Asia, Mad Mecha, dijangka menemui peminat-peminat dunia metamesta penghujung tahun ini.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2022 3:57PM

Ketua Pegawai Operasi Monsta, Kee Yong Pin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Permainan robot yang menampilkan ciri-ciri kebudayaan Asia, Mad Mecha, dijangka menemui peminat-peminat dunia metamesta penghujung tahun ini.

Ketua Pegawai Operasi Monsta, Kee Yong Pin berkata Mad Mecha merupakan permainan pertama yang dimajukan sepenuhnya oleh syarikat tempatan itu, yang sebelum ini lebih dikenali dengan rancangan animasinya seperti BoBoiBoy, PapaPipi dan Mechamato.

Pada masa ini Mad Mecha masih dalam proses pembinaan di atas sebidang tanah yang dimiliki dalam dunia metamesta, The Sandbox.

"Untuk fasa pertama, kita buat hebahan kepada orang ramai termasuk masyarakat antarabangsa, terutama untuk mereka yang kenal dunia metamesta ni, bahawa kita ada produk Mad Mecha dalam dunia maya ini.

"Kemudian kita mula buka perlahan-lahan kepada orang ramai dan dari situ kita akan mula menjual item yang berkaitan dengan Mad Mecha seperti avatar robot dan lain-lain lagi.

"Ini macam pra-jualan sebelum pelancaran rasmi, kalau tiada apa-apa halangan, permainan ini akan dilancarkan sepenuhnya pada hujung tahun tetapi terpulang pada kemajuan dalam The Sandbox sebab ia merupakan pemilik alam meta ini," katanya dalam temubual secara maya bersama Bernama.

Bercerita mengenai permainan itu, Kee berkata Mad Mecha merupakan permainan video yang membawa pemain ke dunia berteknologi tinggi yang dihuni oleh robot buangan bernama 'Mad Mecha' dan pemain-pemain perlu mencari jalan untuk melepasi beberapa halangan yang terkandung dalam permainan itu bagi membebaskan Mad Mecha.

Menariknya permainan ini, selain bermain, pemain juga dapat menikmati keindahan elemen kebudayaan Asia yang terdapat dalam rekaan bangunan di bandar-bandar dalam permainan itu seperti Mad Mecha City yang menampilkan elemen kebudayaan dari Asia Tenggara dan Asia Timur.

Beliau berkata ’Mad Mecha’ yang dicipta di dalam dunia metamesta, The Sandbox akan menampilkan aset digital rekaan eksklusif dari Monsta untuk dikumpulkan termasuk barisan avatar robot yang unik yang kemudiannya boleh dipilih di dalam permainan video ini dengan kebolehan pertempuran istimewa masing-masing.

Mecha menawarkan pengalaman baharu dan unik kepada peminat dunia metamesta kerana walaupun ia dilakukan dalam dunia maya, namun transaksi yang terlibat dalam pembelian avatar dan sebagainya adalah benar-benar berlaku.

Transaksi dalam dunia metamesta menggunakan mata wang kripto, dan kerana itu sasaran pasaran untuk Mad Mecha adalah golongan dewasa yang tahu selok belok dunia maya ini.

Mengulas mengenai dunia metamesta The Sandbox, Kee berkata di dalam dunia The Sandbox terdapat beratus ribu pemilik hartanah dan bukan setakat permainan, tetapi masyarakat di situ juga boleh menonton konsert secara langsung dari platform itu serta melakukan pelbagai urusan.

"Secara amnya, dunia metamesta ni adalah satu dunia maya, yang mana dalam alam tersebut semua orang akan berinteraksi memakai identiti maya atau avatar. Ianya menyediakan peluang bermain, beli aset digital, beli baju untuk avatar dan bersosial dengan orang dari serata dunia," katanya.

Terdahulu, Monsta mengumumkan jalinan kerjasama antara syarikat dan The Sandbox dalam dunia metamesta, yang membolehkan pihaknya membawakan permainan maya eksklusif yang dinamakan ‘Mad Mecha’ ke dalam dunia metamesta, The Sandbox.

Selain Monsta, terdapat lebih daripada 165 jenama terkemuka seperti The Walking Dead, Snoop Dogg, deadmau5, Richie Hawtin, The Smurfs, Care Bears, Atari, ZEPETO dan CryptoKitties menyertai dunia metamesta The Sandbox. - Bernama

Isu Pada

NFT, Seni Atau ‘Scam’? Bersama Ghazi Maslan

12 Mar 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Animasi Tempatan Mechamoto Movie Tembusi Layar Perak Jepun

2

Filem & TV 5 bulan yang lalu

Treler BoBoiBoy Galaxy SORI Raih 2 Juta Tontonan Dalam Masa 24 Jam

3

Gaya 8 bulan yang lalu

REDLINE Fitness Games Powered By NISSAN Menguji Stamina, Janji Pengalaman Mendebarkan

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Iklan Raya Monsta 'Temani Raya' Raih 20 Juta Tontonan Dalam 24 Jam

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City