Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Rahsia Seni Halus Busur Panah

Minggu ini, kami mengupas rahsia di balik seni halus pembuatan busur panah tradisional bersama Mohd Zulfahimi Mohd Wazir dari MZ Archery.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Feb 2022 9:01AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Busur panah merupakan alat pelancar anak panah yang dahulunya digunakan sebagai senjata untuk bertempur atau sebagai alat untuk memburu. 

Peralatan ini dipercayai telah dicipta sejak zaman prasejarah lagi dan merupakan antara senjata terawal yang digunakan oleh manusia. 

Kini, busur panah dihasilkan dan digunakan penggemar atau sesiapa sahaja yang berminat mencuba sukan memanah sebagai satu bentuk aktiviti beriadah.

Penulis sering bertanya pada diri sendiri, 'Masih adakah orang yang berkemahiran membuat busur tradisional ini?' sedangkan di media massa, sering kali kita lihat atlet sukan memanah menggunakan busur moden jenis recurve dan kompaun yang disertakan bersama alat sokongan yang biasanya digunakan semasa temasya sukan besar-besar. 

Getaran minggu ini berpeluang mendekati Mohd Zulfahimi Mohd Wazir, 27, seorang individu yang mempunyai kepakaran dalam menghasilkan busur panah tradisional selama beberapa tahun.

Mesra dipanggil Zul, penulis melihat sendiri ketelitian tangannya dalam proses pembikinan busur tradisional ini. Sebelum memulakan langkah mengukur dan pelbagai proses yang lain, Zul menunjukkan proses pemotongan sebuah kayu jenis 'mould' yang berbentuk sesiku dan lengkungannya yang seakan-akan menyerupai sebuah bumerang.

Bahagian ini sangat penting dan memerlukan kemahiran yang tinggi kerana ia adalah acuan utama bagi membentuk bahagian hujung busur yang dipanggil ‘siyah’. 

Jenis kayu yang sama juga dipotong untuk menghasilkan pemegang busur di bahagian tengah. Kebiasaannya, gentian kaca digunakan sebagai bahan untuk membuat bahagian badan atas dan bawah busur.

Bagi Zul, bahagian ini merupakan proses yang paling mencabar kerana ia perlu diukur dan dibelah dua mengikut ukuran dan saiz yang kehendaki oleh pemanah.

Belahan tersebut memerlukan ketelitian yang tinggi kerana ia mempengaruhi kestabilan dan ketahanan busur apabila digunakan. Belahan yang tidak sekata dibuang serta-merta.

Di samping itu, Zul mengambil masa sekurang-kurangnya empat hari bagi menghasilkan satu unit busur panah berjenis gentian kaca.

Namun dia menyatakan terdapat busur panah yang memakan masa sehingga berbulan-bulan untuk dihasikan kerana ia menggunakan seratus peratus bahan asli. 

Contoh busur tanduk (Horn Bow). Gambar: tokopedia.com
Contoh busur tanduk (Horn Bow). Gambar: tokopedia.com

Antaranya ialah busur tanduk (Horn Bow) yang menggunakan tanduk lembu atau kambing untuk dijadikan siyah dan pemegang busur.

Badannya pula menggunakan batang buluh dan menggunakan gam jenis hide glue (gam yang diperbuat daripada pelampung ikan).

Bermula dengan hobi memanah, Zul kini sudah berada dalam dunia pembuatan busur tradisional selama lima tahun. Dia menyatakan bahawa kepakarannya dalam bidang ini bermula dengan apa yang dipelajari di YouTube sahaja. 

“Cara membuat busur panah ini tidaklah susah biarpun makan masa yang agak lama, akan tetapi perkara yang menjadi cabaran dalam mempelajarinya adalah ketekunan dan latihan.

“Itulah kunci utama memahirkan diri untuk membuat sebuah busur tradisional ini,” katanya.

Penulis sempat bertanya mengapa memilih untuk membuat busur panah tradisional sebagai salah satu kerjayanya.

“Minat saya yang mendalam terhadap dunia memanah menyebabkan saya memilih untuk membuat busur. Tambahan pula sebagai seorang Muslim, selain daripada membantu dalam menghidupkan sunah memanah yang dituntut ini, orang yang memanah dikatakan termasuk dalam golongan fisabilillah, iaitu mereka yang melakukan sesuatu kerana Tuhan, seperti pasukan memanah yang berperang bersama Rasulullah SAW dahulu, insyaAllah” ujarnya.

Biarpun seni ini tidak sepopular seni halus yang lain, namun jelas ia masih mempunyai tarikan serta pengikut setianya tersendiri. 

Maka, perlulah kita sama-sama perkasakan seni pembuatan busur panah tradisional ini agar tidak hilang ditelan zaman. 

Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan busur panah tradisional, anda boleh melawati laman Facebook MZ Archery untuk bertanya atau menempah hasil tangan busur panah yang dibuat oleh Zul sendiri. 

 

 

DI SEBALIK TABIR PEMBIKINAN WAJAH TARA – GETARAN

Wajah TARA : Mohd Zulfahimi B. Mohd Wazir

Pengarang Urusan: M. Zulkifli Abd Jalil

Editor Gaya Hidup & Hiburan : Shah Shamshiri

Teks & Gambar : Izwan Ramlan menggunakan Vivo V23e 5G

Suntingan Teks : Ili Farhana

Juruvideo dan suntingan video : Mustaffa Kamal Ramli

Rekaletak : Abdul Hanif Zahari

Lokasi : MZ Archery

Isu Pada

Rahsia Seni Halus Busur Panah

12 Feb 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 bulan yang lalu

Khairul Anuar Tekad Bangkit Semula Di Hangzhou

2

Karier 9 bulan yang lalu

Yusof Pertahan Industri Bot Tradisional

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Mohd Juwaidi Selangkah Ke Final Piala Dunia Memanah Di Antalya

4

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Kisah Anak-Anak Tahfiz, Tertib Dan Tartil Dituntun Cahaya Ilahi

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini