Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pedas Punk Perisa Tom Yam Ala No Good

Pedas dan menyengat, namun sedap dipandang mata. No Good mengadun muzik punk dan nilai estetika dengan sempurna. Mari jenguk apa resipi sebenarnya mereka.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2021 8:45AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Hok ni koya biso, hok tu koya debe. Beringat sikit boh Malaysia ni Rakyat pege”

~Yang ni perasan terer, yang tu perasan samseng. Ingat sikit bang Malaysia ni rakyat pegang (petikan lirik lagu ‘Koya Biso’)

Sajian lagu-lagu punk yang cukup perencah daripada kugiran No Good bukan sahaja menambat selera peminat muzik punk tempatan malahan menarik minat segmen pasaran yang berbeza.

Selain mempesona para peminat muzik indie yang sering ke gig, kugiran ini juga berjaya memukau para pendengar dari pelbagai latar belakang dan sosio-ekonomi.

Tidak terbatas kepada pelajar kolej dan penduduk bandar, lagu-lagu No Good turut menjadi siulan abang-abang kilang, anak-anak kecil dan juga pak cik kedai kopi.

Ini adalah satu anomali. Apakah agaknya rahsia mereka?

Penulis berkesempatan menemubual ahli-ahli kugiran No Good baru-baru ini. Bagaimana agaknya kugiran punk yang muncul dengan EP 'Demo Kawe' ini melonjak naik dalam masa yang singkat?

Punk Kelantan?

Genre punk rock bukanlah sesuatu yang baharu. Genre punk rock yang dinyanyikan dalam loghat Kelantan? (Selitkan bunyi efek letupan bom ala filem arahan Michael Bay di sini.)

"Aku hanya ingin menzahirkan diri sejati aku dan tak mahu berpura-pura dengan No Good. Bahasa Kelantan ialah bahasa ibunda bagi aku dan tiada vernakular lain yang dapat ungkapkan perasaan aku selain dari Bahasa Kelantan." 

"Begitu juga kenapa irama punk dipilih. Secara terasnya, No Good hanyalah padanan budaya Kelantan dan punk," terang Smek, vokalis No Good. 

Terangguk-angguk kepala penulis bila mendengar bagaimana tertubuhnya No Good. Penulis dapat rasakan kejujuran tutur kata Smek.

"No Good terwujud dari kemurungan dan keresahan aku menghadapi dunia setelah berhenti berkhidmat di sebuah agensi pendanaan dan dalam fasa menganggur pada pertengahan 2019."

"Aku sedar yang sekiranya berlarutan, kemurungan dan keresahan itu boleh membawa padah pada diri sendiri. Jadi aku memutuskan untuk menulis beberapa riff dan berniat menyanyi dalam bahasa Kelantan." 

"Keputusan ini lebih kukuh selepas aku melepak dengan kawan-kawan dan pulang ke Kelantan untuk menyambut Raya Haji. Pada masa itu juga, aku dan Ali Johan sering ke gig di Moutou dan Rumah Api."

"Walaupun kebanyakan gig menampilkan band dari Eropah atau Amerika Syarikat, minat kami lebih menjurus kepada band-band Asia Tenggara dan tempatan." 

"Setelah mengumpul beberapa riff ringkas aku bertanya kepada Ali Johan jika dia berminat untuk menubuhkan No Good. Dan bagi aku tiada calon yang lebih sempurna untuk melengkapkan kugiran ini selain daripada Mat Yie. No brainer."

"Mat Yie yang mengatur sesi jamming pertama lantas kami memperkembangkan riff-riff yang aku ada," jelas Smek dengan panjang lebar.

Sepakat Membawa Berkat

Persahabatan mereka bertiga yang terjalin erat sejak zaman kolej sekitar tahun 2000 pastinya merangsang sinergi dan keserasian dari aspek muzikal. Mereka juga masing-masing pernah menganggotai kugiran pelbagai genre sebelum wujudnya No Good.

Dari math rock, mathcore, post-rock, post-punk, powerpop, screamo, skramz/emo-violence hinggalah tech grind, bakat muzikal mereka seolah tiada sempadan.

Kugiran-kugiran yang pernah dianggotai pemuda-pemuda berkarisma ini tidak asing kepada golongan pencinta dan pemerhati scene indie. Tidak mungkin mereka yang gigih menyokong scene indie boleh lupa nama kugiran-kugiran berkaliber seperti Lucy in the Loo, Custom Daisy, Dirgahayu, Sgt. Weener Arms, Utarid dan Killeur Calculateur. 

Bagaimana pembabitan dengan kugiran lain beraneka genre memainkan peranan dalam menjadikan No Good sebuah kugiran yang mantap?

Kata Mat Yie selaku pemain bass, "Dengan kugiran lain, proses keluruhannya lebih terperinci dan luas. Kami lebih tertumpu kepada penyusunan lagu di mana prosesnya mengambil masa."

"Dengan No Good, prosesnya adalah pendekatan yang lebih langsung. Less is more dan ia lebih mudah dicerna sebegitu. Menjadi ahli kugiran lain dengan genre yang berbeza memberi kami perspektif baru dan kami permudahkan apa yang kami pernah buat dengan kugiran kami yang lain."

"Saya rasa ia menyegarkan semangat kami untuk mencipta dan menyempurnakan karya seni No Good dan juga semua kugiran yang kami anggotai," tambah Ali Johan, pemain dram.

 

 

Punk Bermesej?

Bila penulis renungkan, ada saja kugiran-kugiran lain yang mencuba resepi sukses ala No Good, namun mereka kurang menyerlah dan mendapat sambutan suam-suam kuku sahaja. Apa yang membezakan No Good dengan kugiran tempatan yang lain?

Dari sudut muzik dan fesyen, punk adalah manifestasi kritikan kepada hegemoni politik, ekonomi dan budaya. Adakah mesej yang cuba disampaikan oleh No Good menjadi tautan emosi kepada pendengar?

Smek menjelaskan, "No Good tiada mesej khusus untuk pendengar-pendengar. Mungkin dalam lagu yang berunsur 'politik' secara tidak langsung mengajak si pendengar merenung isu dan menilai kembali kedudukan kuasa rakyat. Tapi hakikatnya lagu-lagu ini hanyalah muzik dan kata-kata."

"Ada lagu yang berunsur kerakyatan, ada lagu yang sekadar bercerita -- jadi memang tiada mesej spesifik. Muzik tak merubah apa-apa polisi dan akta yang membawa manfaat politik sebenar. Sama ada lagu kami bermesej atau tidak, ia terpulang pada pendengar untuk membuat tafsiran mereka sendiri pada muzik kami. Itu hak mereka."

Keseluruhan EP 'Demo Kawe' hanya berdurasi 10 minit. Namun 10 minit ini memberi impak besar dan mendapat sambutan di luar jangkaan kugiran itu sendiri.

Bagaimana pula agaknya impak mengeluarkan album penuh? Sama-samalah kita nantikan kemunculan album No Good yang masih dalam proses rakaman.

Walaupun rakaman album tertangguh akibat kemelut pandemik, mereka bersandar harapan untuk mengeluarkan album tersebut pada pertengahan tahun 2021 ini.

Mereka juga sedang bekerjasama dengan Firdaus Malek dalam penyusunan jurnal foto ‘Tubik Derak Tour 2020’.

Estetika No Good

Mari kita bicara tentang estetika cover EP dan video muzik lagu berjudul 'Che Using' pula.

"Estetika di sebalik EP No Good terjadi secara organik. Teman kami, Djin Kai menawarkan khidmat untuk mengambil foto cover kami. Pada asalnya kami hanya mahukan sesi foto yang ringkas tetapi beliau bertegas untuk menunjukkan identiti kugiran dari pandangan pihak ketiga."

"Lalu kami duduk bersama dan cuba brainstorm konsep yang cocok dengan naratif No Good. Maka terhasillah foto kami di celah semak-samun bersama seekor ayam jalak. Tujuan sebenar latar belakang itu adalah untuk menunjukkan suasana di kawasan kampung, yang juga suasana lumrah buat kami di kampung halaman."

"Untuk rekaan cover pula kami cuba cipta semula estetik menu restoran tom yam yang sedikit premium. Jenis restoran yang mak bapak akan bawa belanja makan kalau capai gred bagus masa peperiksaan."

"Jadi untuk padanan terbaik dengan karya gambar Djin Kai, kami bertanya kepada teman baik kami, Zulamran Hilmi sekiranya beliau sudi menyempurnakan wawasan estetika No Good yang masih di awang-awangan pada masa itu."

"Beliau seorang maestro pereka visual, jadi tidak menjadi masalah untuk beliau mencapai apa yang kami bayangkan dalam minda. Sebenarnya, kami bertiga tak pernah ada cover yang memaparkan muka kami sendiri! Jadi ini juga pengalaman baru bagi kami," ujar Smek.

Smek menambah, "Muzik video 'Che Using' merupakan hasil buah fikiran Nizam Omar dan teman-temannya yang menganggotai Krew Filem Sek Kito (KFSK). Pada asalnya, kami meminta Firdaus Malek dan Saiful Azwan untuk mengambil foto sebelum kami keluarkan lagu di Bandcamp."

"Tidak lama kemudian, mereka datang dengan usulan lengkap berkiblatkan video muzik ‘Sabotage’ oleh Beastie Boys karya Spike Jonze. Kami ada mendapat satu dua usulan lagi tapi selepas meeting pertama, KFSK amat menyeluruh dalam perkongsian visi mereka."

"Kami tidak berfikir panjang dan terus memberi kepercayaan kepada mereka untuk menghidupkan lagu 'Che Using' secara visual. Estetik retro yang ditampilkan menerusi video muzik 'Che Using' mungkin adalah tabik hormat kepada beberapa pengarah yang diminati Nizam Omar dan KFSK."

Itu semua secara tidak langsung melahirkan branding yang teguh.

Ramuan-ramuan dalam resipi kejayaan No Good tampak mudah dihimpun. Tetapi dari pemerhatian penulis, adunan ramuan-ramuan tersebut tidak menjanjikan pes punk tom yam yang enak tanpa gabungan ramuan rahsia setiap anggota No Good iaitu bakat yang padu, karisma yang tinggi, taste level dan keberanian mengambil risiko.

Brand kepunyaan No Good menyerlah walaupun secara tidak sengaja, mudah diterima dan dianggap relevan oleh pelbagai lapisan masyarakat sekali gus mengangkat martabat muzik alternatif Malaysia ke tahap baharu.

Semoga No Good kekal sukses dan tidak berhenti mencorak persada seni. - Getaran, 13 Mac 2021

Semua gambar: Ihsan No Good

Isu Pada

Nuansa Baharu Hip Hop

13 Mar 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Ada Keperluan Mendesak Untuk Sumber Air Alternatif Di Langkawi 

3

Muzik 2 minggu yang lalu

'Cinta Tak Mungkin' Hadiah Raya Siti Nurhaliza

4

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini