web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


#ClownCore Ada Apa Dengan Fesyen Badut?

Kebangkitan fesyen atasan, estetika badut yang mendominasi pentas dan trend fesyen dunia.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2022 9:07AM

Gambar: Instagram @sashavelour

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

It's clown wear, but make it fashion! 

Jika anda mengikuti trend fesyen di TikTok, anda mungkin perasan satu tanda pagar #ClownCore.

Seperti namanya, estetika fesyen ini mengambil inspirasi daripada pakaian kebiasaan yang dipakai oleh badut seperti solekan ceria dan polka dot yang disulam dengan unsur maximalist. 

Mereka mengenakan aksesori seperti kanak-kanak dan berdandan dalam rambut berwarna-warni. Ada juga yang hanya memilih untuk berpenampilan ringkas dalam hitam dan putih.

Sesuai estetika, TikTok memiliki rangkaian video dan akaun pengguna yang mengajarkan cara untuk mengenakan fesyen badut #ClownCore ini seperti Sara Camposarcone. 

Di luar ruang lingkup TikTok, sebenarnya fesyen badut ini sudah lama melewati landasan fesyen. Dari Dior hingga Nanushka, rumah-rumah fesyen mengatur estetika badut dalam koleksi mereka.

Givenchy mengabdikan unsur-unsur fesyen badut seperti cetakan, tekstur dan warna-warna ceria, sementara Dior mengangkat cetakan Harlequin untuk keluarannya pada 2021.

Benarlah, dunia fesyen sekarang sedang mengalami 80’s renaissance dengan Chanel mentafsirkan semula era vintaj ini dengan celana licin sutera yang selalu dipakai oleh sang badut. 

Era 1980-an selalu menonjolkan rona-rona terang, berani dan bersaiz besar (oversized) yang selari dengan pemakaian badut. 

Secara khusus, Alexander McQueen mendapat inspirasi daripada solekan dan pakaian badut untuk kempen-kempen busananya sejak 2001.

Nanushka (kiri), Alexander McQueen (kanan) Gambar: Vogue Runway
Nanushka (kiri), Alexander McQueen (kanan) Gambar: Vogue Runway

Saint Sintra pula bermain dengan unsur yang diinspirasikan dari sarkas untuk koleksi musim luruh/dingin 2022.

Paling terkenal, penyandang juara 'Rupaul’s Drag Race' musim kesembilan, Sasha Velour  dengan estetika badut kelas kayangan yang menjadi identiti fesyennya sampai hari ini. 

Penyanyi terkenal, Melanie Martinez  pun selalu menggunakan unsur badut dalam penampilan fesyen dan muzik videonya. 

Namun, dalam kebanyakan hal, pereka-pereka fesyen lebih cenderung untuk menampilkan sisi gelap pada badut, antara nuansa punk dan gothic yang lebih menakutkan. 

After all, it’s fashion, honey.

Melanie Martinez (kiri), Sasha Velour (kanan) Gambar: Instagram
Melanie Martinez (kiri), Sasha Velour (kanan) Gambar: Instagram

Sementara fesyen badut ini semakin popular, pereka fesyen yang telah lama menjelmakan estetika ini sebagai identiti mereka, wajar diberikan pujian.

Sebagai contoh, Hester Sunshine dari 'Project Runway'. Hester membesar pada era 90-an di mana jaket kulit dan jean rabak lebih dominan berbanding cetakan warna-warna pelangi. 

Saat kita melangkah masuk tahun ketiga pandemik ini, tiada lagi keraguan tentang #ClownCore - baik di pentas peragaan, mahupun platform TikTok - yang lebih mendominasi tahun 2022.

Walaupun fesyen badut ini boleh merangkumi unsur-unsur yang lebih gelap, kehadirannya dalam fesyen dan kecantikan sedikit sebanyak memberi pengaruh pada dopamine dressing.

Bagi yang kurang jelas, dopamine dressing ialah jangkaan trend fesyen untuk tahun 2022. Ia bertujuan bagi meningkatkan mood ceria anda melalui pakaian sehari-hari.

Dior (kiri), Givenchy (kanan) Gambar: Vogue Runway
Dior (kiri), Givenchy (kanan) Gambar: Vogue Runway

Humor dan sifat optimistik disemai melalui palet warna yang memukau dan mencolok mata, terus-terusan bergema melalui fesyen badut ini.

Semua orang boleh mewarnakan rambut, semua orang boleh membeli jean rabak di butik atau kedai bundle, namun tidak semua mampu membawa fesyen badut sebagai estetika fesyennya.

Tidak semua orang mampu. Salah sarung, anda mungkin menjadi ‘badut’ yang sebenar! 

Apa pun, #ClownCore ialah gerakan fesyen atasan yang girang dan riang. Sesuatu yang seakan-akan ‘hilang’ dalam kehidupan kita.

Pada akhirnya, apa gunanya berfesyen jika anda tidak membuat seseorang terpana melihatnya? – Getaran, 5 Februari 2022

Isu Pada

Di Sebalik Kepetahan Haziq

05 Feb 2022

Berita Berkaitan

1

Gaya 6 hari yang lalu

Pos Malaysia, Perhilitan Perkenal Setem Khas Burung Bayan Malaysia

2

Gaya 2 minggu yang lalu

Rumah Kecil, Banyak Fungsi, Kenapa Rakyat Malaysia Kini Cari Perabot Fleksibel

3

Gaya 1 bulan yang lalu

Ulang Tahun Ke-30 IKEA Malaysia: Membina Ruang, Mengukir Kenangan Bersama Rakyat Malaysia

4

Gaya 1 bulan yang lalu

ICE-WATCH Malaysia Perkenal Bewatch Chrono, Jam Tangan Maskulin Untuk Gaya Hidup Moden

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh