Berita Terkini

21 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Drift Kart - Pemanduan Unik, Bukan Sekadar Kelajuan

Penulis kami berpeluang memandu drift kart, sejenis kenderaan bermotor empat roda terbuka yang dipandu secara perseorangan dan memiliki kelajuan serta teknik pemanduan yang tersendiri.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 30 Jan 2022 4:09PM

Gambar: Instagram @blastacars_malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pasti ramai mengenali kenderaan yang dipanggil go-kart, iaitu sebuah varian kenderaan bermotor empat roda terbuka dan kerap dilihat di litar perlumbaan jalan berpermukaan tar.

Namun terdapat sebuah lagi varian kenderaan yang seakan-akannya, yang dipanggil drift kart. 

Ia adalah sejenis kenderaan yang dipandu secara perseorangan dan memiliki kelajuan serta teknik pemanduan yang tersendiri. 

Kenderaan ini telah dibuat sejak 1987 di New Zealand oleh Peter Zyp dan mempunyai sedikit persamaan dari segi reka bentuk jentera dengan go-kart namun terdapat pelbagai perbezaan lain semasa memandunya.

Gambar: Instagram @blastacars_malaysia
Gambar: Instagram @blastacars_malaysia

Baru-baru ini, Getaran berpeluang merasa sendiri pengalaman bermain drift kart di sebuah pusat yang terletak di tingkat 5, Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur.

Tempat itu diberi nama Blastacars Drift Karts dan sudah dibuka sejak 2017.

Premis ini dahulunya adalah kawasan tempat letak kereta yang telah ditransformasikan menjadi sebuah litar tertutup. Ia menampilkan ruang dalaman terbuka beserta kafe.

Berbeza dengan litar go-kart yang menggunakan jalan tar, kawasan litar drift kart diperbuat daripada simen.

Gambar: Izwan Ramlan
Gambar: Izwan Ramlan

Sebelum memulakan pemanduan, terdapat beberapa langkah yang perlu dipatuhi.

Menariknya, pengguna perlu mendaftar dengan menggunakan sistem imbasan kod (QR kod) yang disediakan dan mengisi maklumat butiran diri serta persetujuan terhadap syarat dan peraturan.

Pendaftaran tersebut juga bertujuan untuk memaparkan prestasi pemanduan pelumba pada kaca televisyen dan satu salinan digital akan dihantar melalui emel kepada pelumba sejurus tamat perlumbaan.

Kemudian taklimat menerusi video pada kaca televisyen hadapan kaunter pendaftaran akan dimainkan untuk tontonan pelumba bagi memastikan mereka mengetahui dan memahami apa itu drift kart. 

Gambar: Izwan Ramlan
Gambar: Izwan Ramlan

Selepas itu, pelumba akan dibawa ke bahagian hentian pit untuk memakai topi keledar yang disediakan. Memakai topi keledar adalah perkara wajib kerana merupakan salah satu daripada langkah keselamatan. 

Pihak Blastacars Drift Karts juga akan memberikan taklimat cara pemanduan dan perkara-perkara penting secara praktikal sebelum duduk di dalam kenderaan tersebut dan memulakan perlumbaan. 

Secara dasarnya, cara menggerakan drift kart tidaklah terlalu rumit, ia hanya mempunyai pedal minyak di bahagian kanan dan brek di bahagian kiri kaki selain alat kemudi untuk berlumba namun cara pengawalannya yang bakal mencabar pelumba.

Gambar: Izwan Ramlan
Gambar: Izwan Ramlan

Terdapat tiga kategori kuasa enjin yang dipasangkan pada belakang kenderaan iaitu enjin berkuasa 270cc, 390cc dan 420c yang boleh dipandu. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada kesesuaian dan kemahiran seseorang pemandu itu.

Buat pelanggan yang kali pertama hadir, pihak Blastacars Drift Karts akan meletakkan anda pada kenderaan yang mempunyai kuasa enjin 270cc.

Bagi kuasa enjin 390cc pula sesuai buat individu yang sudah mempunyai pengalaman memandu drift karts dan seterusnya enjin berkuasa 420cc kebiasaannya khusus dipandu oleh individu yang berkemahiran tinggi dan mempunyai lesen ‘Drifting’ yang sah.

Gambar: Instagram @blastacars_malaysia
Gambar: Instagram @blastacars_malaysia

Mempunyai keluasan litar sepanjang 200 meter, pemanduan jentera drift kart ini lebih memfokuskan pada kawalan ketika membelok sehingga ke garisan penamat untuk mendapat catatan masa yang terpantas, berbanding go-kart yang mementingkan kendalian kemudi ketika memecut laju untuk mendapat catatan masa yang terpantas. 

Tambahan lagi, kunci utama dalam perlumbaan drift kart ialah kemahiran kendalian ketika menekan pedal minyak bukan pada kawalan kemudi.

Ini kerana ia memainkan peranan penting ketika melakukan drift kerana jika anda tidak dapat mengimbangi kawalan tekanan pada bahagian minyak di kanan kaki dengan baik, kenderaan ini akan berpusing 360 darjah di setiap selekoh yang ada.

Gambar: Instagram @blastacars_malaysia
Gambar: Instagram @blastacars_malaysia

Satu sesi perlumbaan di litar berukuran 200 meter ini ialah 10 minit. Jika anda adalah pendatang baharu, disarankan untuk mengambil tiga sesi perlumbaan. Ia bertujuan untuk anda melakukan percubaan dan pemahaman cara pemanduan pada sesi pertama.

Sesi kedua pula untuk mendapatkan momentum dan membiasakan diri kemudian sesi ketiga untuk perlumbaan sebenar. 

Mungkin anda berasa 10 minit untuk satu sesi adalah tempoh yang sekejap, tetapi berbeza dengan drift kart. Ia sesuatu yang di luar jangkaan kerana pada awalnya, penulis merasakan memandu kenderaan jenis ini sesuatu perkara yang mudah namun ia tidak seperti yang disangkakan. 

Ini kerana penulis berasa tempoh tersebut adalah jangka masa yang agak lama dan memakan tenaga yang banyak sehinggakan otot tangan kanan dan kiri penulis merasa tegang selepas tamat perlumbaan. 

Selain itu, anda memerlukan kekuatan tangan ketika memutarkan alat kemudi kerana ia agak ketat dan keras. Situasi ini akan kerap berlaku ketika anda ingin melakukan selekohan dan membalas pusingan kemudi semasa ‘drifting’.

Gambar: Instagram @blastacars_malaysia
Gambar: Instagram @blastacars_malaysia

Blastacars Drift Karts dibuka pada setiap hari bermula 11 pagi hingga panggilan terakhir pada jam 11 malam. Berteraskan prosedur operasi standard dan pelan sistem keselamatan drift kart dari New Zealand, ia mampu menjalankan perlumbaan dengan kapasiti maksimum lapan pelumba dan kenderaan di atas litar untuk setiap sesi. 

Had umur yang dibenarkan pula ialah tujuh tahun ke atas sahaja namun ia bergantung pada saiz tubuh seseorang itu.

Anda boleh menikmati tawaran yang disediakan iaitu dengan pembayaran tiga sesi (satu sesi 10 minit) , di mana anda akan mendapat satu sesi tambahan (10 minit) secara percuma.

Dengan setiap bayaran masuk untuk lima orang, pengguna akan diberi tambahan seorang lagi masuk secara percuma. 

Gambar: Izwan Ramlan
Gambar: Izwan Ramlan

Jadi, rancanglah masa bersama keluarga atau rakan-rakan anda untuk mengadakan aktiviti perlumbaan drift kart di sini.

Pasti anda akan mengalami pengalaman yang menarik dan mengasyikkan. Segala pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh didapati di laman web rasmi Blastacars Malaysia. - Getaran, 30 Januari 2022

Isu Pada

Elizabeth Tan Menghitung Hari

29 Jan 2022

Sorotan

1

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

2

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

3

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

4

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

5

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

6

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

7

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara