Berita Terkini

22 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Suntikan Dos Penggalak, Perlu Atau Tidak?

Menjawab persoalan perlukah kita mengambil suntikan dos penggalak. Apakah komplikasinya?

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 29 Jan 2022 2:34PM

Gambar Hiasan, Bernama

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak awal tahun lalu, rakyat Malaysia setia menunggu giliran mereka di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seluruh negara bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 pertama dan kedua.

Biarpun ada sedikit keraguan pada peringkat awalnya, pengambilan vaksin dalam kalangan golongan dewasa mencatatkan peningkatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

Setakat 10 Disember 2021, 97.2% golongan dewasa (18 tahun ke atas) telah mendapatkan vaksinasi dua dos secara lengkap. Golongan 12 hingga 17 tahun pula, sudah pun mencapai 86.8%.

Namun baru-baru ini, perjuangan murni melawan virus ini seakan-akan terganggu akibat pengumuman suntikan ketiga atau suntikan penggalak (booster shot) oleh kerajaan.

Baru sahaja beberapa bulan lalu ramai antara kita bersemangat dan berkongsi foto-foto bersama sepanduk ‘Saya Sudah Divaksin’ dengan penuh rasa bangga di media-media sosial utama. 

Tahun ini, kita dikehendaki pula untuk mendapatkan suntikan dos penggalak? Pihak KKM sebelum ini memberi jaminan dos penggalak tidak diperlukan. Jadi kenapa berlaku perubahan?

Ketua dan Perunding Penyakit Berjangkit dari Universiti Perubatan Antabangsa (IMU), Profesor Dr. James Koh menjelaskan, “Kerajaan di seluruh dunia juga mengesyorkan suntikan penggalak.

Ketua dan Perunding Penyakit Berjangkit, Universiti Perubatan Antabangsa (IMU), Profesor Dr. James Koh
Ketua dan Perunding Penyakit Berjangkit, Universiti Perubatan Antabangsa (IMU), Profesor Dr. James Koh

“Perkara ini tidak sepatutnya mengejutkan kerana kebanyakan vaksin di dunia ini memang mempunyai dos-dos penggalaknya. 

“Misalnya, vaksin Hepatitis B mempunyai tiga dos suntikan, yang mana dos kedua dan ketiga dikategorikan sebagai dos penggalak.

“Vaksin COVID-19 tidaklah terkecuali. Kita mungkin tidak biasa dengan suntikan dos penggalak kerana rakyat Malaysia tidak biasa mendapatkan vaksinasi,” terang Koh.

Koh menekankan walaupun kita disarankan mendapatkan dos penggalak bagi penyakit influenza setiap tahun, namun masih ramai rakyat Malaysia tidak melakukannya. 

Perlunya kesedaran mendesak terhadap suntikan dos penggalak

Keperluan untuk dos penggalak ini disarankan kepada rakyat Malaysia kerana majoriti populasi kita mendapat suntikan vaksin Sinovac pada fasa pertama. 

Dapatan Real World Evaluation of COVID-19 Vaccines di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) menunjukkan perlindungan Sinovac menurun secara mendadak.

Penurunannya sebanyak 76% dalam masa dua bulan pertama dan 28% penurunan selepas bulan ketiga hingga kelima.

“Pada bulan ketiga, kajian mendapati tahap peneutralan antibodi mereka yang mengambil Sinovac berkurangan sehingga 50%. Bulan keenam, ia hampir tidak dapat dikesan,” kata Koh.

Bagi mereka yang mendapat Pfizer dan AstraZeneca pula, keberkesanannya mula menunjukkan penurunan pada bulan keenam. 

Oleh itu, amatlah penting untuk mendapatkan suntikan dos penggalak untuk membangkitkan semula sistem imuniti badan bagi menghasilkan antibodi.

“Suntikan dos penggalak ini bukanlah penamatnya. Akan ada lagi suntikan dos-dos penggalak yang lain dan seterusnya. 

“Kita tidak tahu berapa banyak lagi yang diperlukan, tetapi yang pasti ia bukanlah suntikan yang terakhir,” tegas Koh.

Ihsan IMU (International Medical University Malaysia)
Ihsan IMU (International Medical University Malaysia)

Kontroversi gabung dan padan vaksin

Apabila kaedah campuran dua jenis vaksin diperkenalkan, ia turut menimbulkan keraguan dalam kalangan masyarakat, terutamanya tentang isu keselamatan.

Pada November tahun lalu, Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) memberikan kebenaran untuk menggabungkan dua jenis vaksin berbeza sebagai dos penggalak.

Sungguhpun itu, Ketua Saintis Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Soumya Swaminathan memaklumkan masih tiada lagi data sahih bagi kaedah gabung dan padan vaksin ini.

Namun dia berkata, “Individu tak sepatutnya membuat keputusan sendiri, tugas ini seharusnya digalas oleh agensi-agensi kesihatan (negara masing-masing) berdasarkan data sedia ada.

“Bukti dari negara-negara yang sudah melakukan sistem gabung dan padan ini menunjukkan hasil yang baik. 

“Kajian di Singapura mendapati penurunan risiko jangkitan sebanyak 72% apabila menggabungkan Pfizer dengan Moderna,” jelasnya.

Gambar Hiasan, Sadiq Asyraf Mohd Yusof
Gambar Hiasan, Sadiq Asyraf Mohd Yusof

Kementerian Kesihatan Chile menunjukkan gabungan Sinovac dengan Pfizer untuk dos penggalak pula menghasilkan 95% kadar keberkesanan.

Ini menunjukkan satu lonjakan besar berbanding pemberian tiga dos vaksin Sinovac yang sama dengan hanya 74% keberkesanan.

Namun, Koh menyeru semua rakyat Malaysia, tanpa mengira vaksin apa yang mereka ambil sebelumnya untuk menyuntik dos penggalak ini.

“Mengambil apa sahaja jenis dos penggalak, lebih baik daripada tidak mengambilnya langsung. Mereka yang mengambil Sinovac, mungkin perlu suntik dos penggalak lebih awal,” jelasnya.

Menurut Koh, tidak ada sesiapa pun yang tidak boleh menerima dos penggalak kerana mereka telah pun layak mengambil dos pertama dan dos kedua.

Bagi mereka yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah, mereka yang menjalani pemindahan organ, pesakit barah atau HIV/AIDS, dos penggalak keempat mungkin diperlukan.

“Pada awalnya, sesetengah golongan rentan ini mungkin hanya memerlukan tiga suntikan dos sahaja bagi merangsang sistem imuniti badan mereka.

“Namun, mereka berkemungkinan besar memerlukan dos penggalak keempat,” terang Koh sambil menambah dos penggalak adalah selamat dalam mana-mana kes-kes kesihatan sedemikian.

Perubahan dan evolusi drastik COVID-19 

Tahun 2022 menyaksikan kemunculan varian-varian COVID-19 baharu yang lebih berbahaya seperti varian Delta dan Omicron.

“Masih banyak yang perlu diketahui tentang strain baharu ini. 

“Dapatan awal mencadangkan Omicron lima kali ganda lebih mudah menular berbanding virus asal. Manakala, Delta pula dua kali lebih mudah berjangkit berbanding virus asal.

“Ini bermakna, seseorang yang dijangkiti Delta boleh menjangkiti dua orang, sementara seseorang yang dijangkiti varian Omicron boleh menjangkiti lima orang yang lain,” terang Koh. 

Tambahnya, “Omicron juga tiga kali lebih tinggi berkebolehan menjangkiti semula. Maknanya kita boleh dijangkiti berulang kali.

Gambar Hiasan, AFP
Gambar Hiasan, AFP

“Namun, data yang diperolehi setakat ini menunjukkan gejala bagi mereka yang dijangkiti varian terbaharu ini, ringan dalam kalangan orang dewasa, tetapi berat dalam kalangan kanak-kanak.

“Ini berkemungkinan disebabkan kanak-kanak di bawah 12 tahun belum divaksinasi,” jelas Koh.

Di sebalik kelam, terdapat perkhabaran baik daripada BioNTech SE, syarikat pengeluar vaksin yang menjamin tiga dos vaksin Pfizer mampu memberikan perlindungan terhadap Omnicron.

Membawa kepada persoalan, mahu ambil dos penggalak atau tidak?

Sebagaimana yang dikatakan Profesor Koh, “Mahu tidak mahu, penawaran vaksin akan terus dipertingkatkan. 

“Sekiranya anda tidak mengambil dos penggalak sekarang, anda masih perlu mendapatkannya pada masa hadapan.

“Sama ada mahu mengambil dos penggalak atau tidak. Buatlah pilihan yang tepat,” akhiri Koh. - Getaran, 29 Januari 2022

Isu Pada

Elizabeth Tan Menghitung Hari

29 Jan 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 3 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

2

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

3

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

4

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

5

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

6

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

7

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara