web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kontroversi Gegar Vaganza - Siapa Yang Bersalah? Produksi, Peserta Atau Juri ?

Sudah lapan musim program hiburan kegemaran ramai Gegar Vaganza berlangsung. Namun, hanya baru-baru ini pelbagai isu menjadi topik hangat di media sosial.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jan 2022 3:36PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sudah lapan musim program hiburan Gegar Vaganza dianjurkan oleh Astro dan saban tahun kita dapat menyaksikan barisan penyanyi ‘senior’ tempatan mahupun luar negara kembali mewarnakan industri muzik. 

Tidak semua yang memiliki tuah untuk menyerlah dan berjaya seperti Siti Nordiana, mahupun Elly Mazlein. 

Semuanya bergantung kepada kerja keras yang berterusan selepas tamat program Gegar Vaganza.

Namun begitu, setiap tahun pasti ada penyanyi yang menanam impian untuk menyertai Gegar Vaganza dengan harapan dapat mengubat kerinduan peminat serta melonjakkan kembali nama mereka di arena seni suara.

Seperti yang kita saksikan sejak musim pertama, setiap peserta akan diberikan cabaran menyanyikan lagu dari pelbagai genre. Malah barisan pesertanya juga terdiri daripada penyanyi dengan latar belakang genre yang pelbagai. Contohnya, ada penyanyi dangdut, rock, tradisional, jazz dan sebagainya.

Amelina misalnya, yang memang kita kenali dengan gelaran Ratu Dangdut Malaysia, telah berjaya membawakan pelbagai jenis genre lagu sewaktu menjadi peserta pertandingan ini. 

Kemunculan Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris pada musim ketujuh menjadi perhatian banyak pihak kerana sebelum ini dia hanya terkenal melalui lagu-lagu tradisional. 

Musim ini, acap kali kedengaran pelbagai isu berbangkit mengenai program kegemaran ramai ini sehingga menjadi perdebatan di alam maya. 

Bukan sahaja penonton biasa yang berkata-kata, malah golongan profesional dalam bidang muzik juga sudah mula bersuara. 

Pengarah muzik dan komposer terkenal, Aubrey Suwito telah menyuarakan pendapatnya di Twitter mengenai program nyanyian yang dikatakan cuba memberi pelbagai genre lagu sebagai cabaran dengan alasan untuk mencari versatility dalam kalangan penyanyi yang akhirnya mencalarkan imej penyanyi itu sendiri andai gagal melunaskan tugasan dengan baik. 

Tangkapan layar Twitter @AubreySuwito
Tangkapan layar Twitter @AubreySuwito

“Namakan satu artis popular yang versatil? Mungkin mereka boleh menyanyikan beberapa jenis genre lagu. Tetapi saya tahu mereka menjauhkan diri dari genre yang kurang sesuai dengan mereka. Jadi adakah versatility itu penting?

Dan jika anda betul-betul mahu memberikan lagu apapun kepada peserta atas tujuan hiburan, para juri perlu menjadi bijak dengan memberikan komen yang bernas berdasarkan kemampuan peserta. 

Sebagai contoh, macam mana anda boleh berikan lagu penyanyi lelaki yang begitu agresif kepada penyanyi wanita dan kemudiannya mengatakan bahawa penyanyi itu tidak ‘cukup lelaki’,” komennya di Twitter.

Tangkapan layar Twitter @AubreySuwito
Tangkapan layar Twitter @AubreySuwito

Tidak berakhir di situ, Gegar Vaganza juga menjadi bualan netizen di media sosial apabila dikatakan ‘bias’ terhadap peserta yang bertanding dengan memberi lagu yang mudah kepada peserta ‘favorite’.

Kedudukan peserta selepas tamat konsert setiap minggu juga menjadi perdebatan hebat netizen di media sosial apabila peserta yang sama dilihat berada pada kedudukan yang sama saban minggu biarpun persembahan yang dilakukan tidak sehebat peserta lain. 

Minggu lalu, penyanyi terkenal Datuk Hattan dilihat menyuarakan pendapatnya mengenai kerenah juri jemputan yang dilihat lebih sudu daripada kuah apabila cuba mengajar peserta secara berlebihan di atas pentas. 

“Juri kalau nak mengajar bukan masa tengah siaran langsung. Boleh mengajar, jumpa belakang pentas. Sikit-sikit sudah. Gegar Vaganza adalah tempat untuk persembahan secara langsung. Kalau nak mengajar tempat lain, bukan di situ,” tulisnya di akaun Facebook miliknya. 

Tangkapan layar Facebook Hattan
Tangkapan layar Facebook Hattan

Seorang lagi selebriti yang bersependapat dengan Hattan ialah Adlin Aman Ramlie. Dalam sesi wawancaranya bersama DJ Nazz untuk rancangan ‘Begitu Begini’ Gegar FM, Adlin berpendapat juri untuk pertandingan Gegar Vaganza tidak perlu menjadikan komen yang diberikan kepada setiap peserta sebagai kelas vokal. 

Tangkapan layar Facebook Gegar FM
Tangkapan layar Facebook Gegar FM

“Dekat situlah nak mengajar akapela, kat situlah nak mengajar ‘pitching’. Jangan jadikan momen itu sebagai bengkel mengajar menyanyi. Saya rasa itu adalah ‘over’, salah tempat and I’m sick of it!

“Kalau nak memberikan komen yang terlalu teknikal atau mengajar, lakukan sebelum persembahan atau selepas persembahan dilakukan,” ujarnya.

Dengan berbaki tiga minggu sahaja lagi untuk kita ketahui siapa yang bakal dinobatkan juara Gegar Vaganza musim kelapan, dapatkah segala kontroversi dan kepincangan yang sedang berlaku ini diperbaiki?

Harus diingatkan, sebelum setiap peserta bersetuju untuk menjadi peserta Gegar Vaganza, kesemuanya sudah sedia maklum akan konsep program ini yang memerlukan mereka untuk menyanyi pelbagai jenis genre lagu. - Getaran, 9 Januari 2022

Gambar: Instagram Astro, Facebook dan Twitter

Isu Pada

Search : Siapa Lebih Berhak?

08 Jan 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Rupa Paras Dikutuk, Liza Hanim Tampil Pertahankan Diri

2

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Abdul Syukur Terima Biasiswa Kerana Layak’ - MAIWP

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Bukan Gimik Untuk Lariskan Album - Sissy Imann Nafi Sengaja Cetuskan Drama ‘Kecewa’

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Saya Mohon Hentikan Semua Kenyataan Yang Berbaur Tohmahan Dan Tuduhan - Zaf VE 

Sorotan

1

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

3

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

4

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

5

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

6

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok