web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lambaian Kota London

Barangkali kota Eropah yang paling banyak dikunjungi rakyat Malaysia, London sentiasa menjadi tarikan ramai. Selepas berakhirnya pandemik nanti, apa kata kita jelajahi bandar raya popular ini.

TARA Dikemaskini 5 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 Mar 2021 9:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Negaranya merupakan salah satu kuasa penjajah terbesar dunia satu ketika dahulu dan ibu kotanya, London merupakan salah satu bandaraya tertua di dunia.

Bersesuaian dengan statusnya sebagai pusat komersial negara yang menjadi salah satu kuasa ekonomi teratas Eropah, arus kemodenan yang begitu deras mengalir di negara ini terpancar jelas di balik persekitarannya yang sedikit klasik.

Bangunan pencakar langit melitupi permukaan London yang baru di samping latar belakang gedung-gedung ala Victoria berserta laluan bas-bas dua tingkat berwarna merah atau Double Decker yang memang sinonim dengan London.

Oxford Street, London
Oxford Street, London

Pengalaman menjelajah London lebih seronok di musim yang sedikit dingin kerana cuacanya jauh berbeza dari Malaysia. London di penghujung musim luruh, (saat musim sejuk mula menunjukkan kelibatnya juga tidak kurang menariknya).

Biarpun kedinginan dapat dirasai namun ia hanyalah ‘sapaan’ manja musim sejuk. Cuaca yang tidak terlalu sejuk dan sama sekali tidak panas memang cuaca paling disenangi. Tak perlu nak bersarung tangan dan berbaju berlapis-lapis. Dua lapis sahaja sudah memadai untuk mengekang angin yang kadangkala bertiup kencang.

Cara paling cepat untuk melihat kota London sepintas lalu adalah dengan menaiki keretapi bawah tanah atau London Underground yang juga dikenali sebagai ‘Tube’ dalam bahasa tempatan.

Mungkin boleh mulakan eksplorasi di kawasan Marble Arch yang merupakan sebahagian daripada kawasan utama kota gah itu. Bangunan di situ cantik dan banyak jenama kedai-kedai terkenal. 

Bas Hop-On Hop-Off Golden Tours
Bas Hop-On Hop-Off Golden Tours

Untuk memudahkan proses makan angin, para pelancong boleh menaiki bas ‘Hop-On Hop-Off' seperti di Kuala Lumpur. Bas milik Golden Tours adalah salah satu yang melewati tempat-tempat penting tumpuan pelancong.

Ia mengelilingi satu putaran khas dari beberapa lokasi dan penumpang akan dibawa melalui mercu tanda London yang tersohor, seperti Tower Bridge, Istana Buckingham, bangunan Parlimen, London Shard dan banyak lagi. 

Istana Buckingham, London
Istana Buckingham, London

Jangan lupa juga untuk membeli-belah di Oxford Street yang terkenal dengan aneka kedai pakaian daripada pelbagai jenama tempatan Inggeris dan luar yang lain. 

Tidak terlalu jauh dari situ juga adalah hotel One Aldwych. Lokasi hotel ini memang strategik kerana ia juga berdekatan dengan kawasan pusat kota dan mudah untuk menaiki pengangkutan awam. Rekaan bangunannya juga sangat indah pada waktu malam dengan aneka cahaya lampu yang dipasang. 

Hotel One Aldwych pada waktu malam
Hotel One Aldwych pada waktu malam

Pastikan singgah juga ke kawasan taman Hyde Park untuk menikmati suasana segar dan nyaman. Banyak orang kelihatan beriadah di situ melakukan aktivit bersenam, berlari dan macam-macam lagi. 

Tidak dilupakan juga adalah ke Covent Garden yang terkenal sebagai sebuah kawasan pasar yang menjual pelbagai barangan dari makanan sehinggalah cenderamata yang lain. Tidak jauh dari situ juga adalah daerah West End yang merupakan kawasan seni persembahan London.

Jika New York mempunyai daerah Broadwaynya, London mempunyai West End dan di situlah persembahan-persembahan teater muzikal terbesar dan tersohor dipentaskan. Jadi buat pencinta seni persembahan, pastikan anda mengunjungi kawasan West End. 

Satu lagi mercu tanda yang harus dilawati buat pengunjung yang baru pertama kali ke London adalah London Eye. Ia merupakan sebuah Ferris wheel atau roda Ferris yang boleh dinaiki sambil melihat pemandangan London yang indah. 

Secara amnya, suasana bersiar-siar sambil membeli-belah di London memang mengasyikkan. Warga London begitu bergaya dan bandarayanya sangat pesat.

Ini turut kelihatan kala menikmati pemandangan gah London yang dihiasi lampu dan pelbagai papan iklan digital mereka. Apatah lagi di waktu malam, London ada tarikannya yang tersendiri. 

Tower Bridge pada waktu malam
Tower Bridge pada waktu malam

Mudah untuk ke mana-mana serta tiada masalah komunikasi, London memang harus dilawati andai berpeluang. Apatah lagi, ia tidaklah semahal yang diuar-uarkan dan masih mampu dikunjungi dengan jumlah kos yang berpatutan.

Buat yang tidak pernah ke London anda pasti terpegun dengan kehebatannya dan akan kembali lagi bila berpeluang. Itu kami pasti! - Getaran, 7 Mac 2021 

Suasana London pada waktu malam
Suasana London pada waktu malam

Semua gambar: Visit London (Pejabat Pelancongan London)  

Isu Pada

Mizz Nina

06 Mar 2021

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Tate Modern Anjur Iftar Untuk Warga London

3

Semasa 2 tahun yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Sarimah Ibrahim Kini Mengorak Langkah Bersama Agensi Berpengkalan Di London

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini