Berita Terkini

21 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan lima tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur!

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2021 3:19PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Love Hard (Netflix)

Gambar: Netflix
Gambar: Netflix

Filem romantik komedi ini memang best! Lebih seronok jika ditonton dalam bilik berhawa dingin dengan secawan kopi di tangan.

Sebab apa? Dapatlah berimaginasi kononnya sedang berada di musim sejuk, sekali gus menyelami mood cerita ini yang berkisahkan pencarian cinta ketika perayaan Krismas.

Benar, plot filem ini tidaklah luar biasa, tetapi ia relevan dengan kisah masa kini. Kita berada di era di mana ramai individu bergelut untuk mencari jodoh dan lebih terbuka menggunakan aplikasi ‘dating online’ untuk mencari pasangan yang sesuai.

Namun, ramai yang terlupa, biarpun teknologi membantu, tetapi pokok pangkalnya adalah diri sendiri. Lumrah manusia, mengejar kesempurnaan, jika mencari pasangan selalunya mahu yang kaya raya, rupa paras sempurna dan kalau wanita, mahu yang romantik.

Keserasian? Tolak tepi.

Inilah yang berlaku kepada Natalie Bauer, yang akhirnya jatuh cinta dengan jejaka menerusi aplikasi ‘dating online’ sehingga mengheretnya melakukan kerja gila.

Dia sanggup terbang beribu batu untuk membuat kejutan kepada ‘teman lelakinya’ itu untuk meraikan krismas. Namun, sebaliknya berlaku. Natalie yang menerima kejutan besar! 

Filem ini sebenarnya menjentik hati. Dalam tawa, banyak mesej yang boleh dikutip dan dijadikan tauladan. Untuk yang solo, moga cepat bertemu jodoh! - Rahayu MN

 

‘Hollywood’ (Netflix)

Gambar: Netflix
Gambar: Netflix

‘Hollywood’ diarahkan oleh Ryan Murphy dan Ian Brenna, dibintangi oleh David Corenswet, Darren Criss, Laura Harrier, Joe Mantello, Dylan McDermott, Jake Picking, Jeremy Pope, Holland Taylor, Samara Weaving, Jim Parsons dan Patti Lupone.

Ia berkisahkan tentang sekumpulan pelakon muda baru yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, ingin mencuba nasib mengubah kehidupan mereka untuk menjadi bintang Hollywood di era 1950-an, sejurus selepas Perang Dunia Pertama.

Drama berat ini menerokai sisi gelap perfileman seperti isu perkauman, kasta masyarakat dan eksploitasi seks yang membarah di dalam industri perfileman Hollywood pada era tersebut. Antaranya, pelakon-pelakon berwarna tidak dibenarkan memegang watak utama, seumpamanya.

Terdapat banyak lagi masalah-masalah ketidakadilan sosial yang diberikan perhatian di dalam drama yang memenangi dua trofi Emmy Awards pada 2020 ini. Mahu tahu lagi? Saksikan ‘Hollywood’, hanya di Netflix! - Zaidi Che

 

Jimi Asmara (Mubi)

Gambar: Mubi
Gambar: Mubi

Sebuah filem muzikal arahan sulung Erma Fatima yang diterbitkan pada awal 90-an. Jimi Asmara menampilkan sesuatu yang dianggap berbeza ketika itu kerana filem ini berlatarbelakangkan Tanah Melayu pada era 1950-an.

Mengisahkan cinta dua darjat di antara seorang gadis bernama Engku Nuraini (lakonan bintang kelahiran Singapura, Maizurah Hamzah) dan seorang penyanyi bernama Jimi Asmara (lakonan Allahyarham Hani Mohsin), filem ini menampilkan lagu-lagu R. Azmi yang dinyanyikan semula oleh Ahmad Fauzee. 

Disulam dengan lagu dan drama di antara setiap babak dan diserikan dengan tata busana era lama, Jimi Asmara sememangnya satu filem yang harus ditonton untuk nilai estetikanya.

Turut menampilkan nama-nama besar lain dalam dunia lakonan Malaysia seperti Raja Azura, Jalaluddin Hassan dan ramai lagi. Boleh ditonton di Mubi. - Shah Shamshiri

 

‘Santa Clarita Diet’ (Netflix)

Gambar: IMDb
Gambar: IMDb

Apa perasaan anda, apabila isteri yang anda cintai sepenuh hati bertukar menjadi zombie?

Walaupun fizikalnya masih kelihatan normal, Joel Hammond tidak dapat lari daripada rasa terkejut dan bimbang, apabila mendapat tahu isterinya, Sheila menunjukkan simptom seorang zombie.

Keadaan menjadi semakin ribut, apabila Sheila yang dalam kekalutan cuba menyesuaikan diri dengan norma baharu itu secara tidak sengaja membunuh dua individu, semata-mata kerana sikap impulsif dimiliki.

Dia juga menukar beberapa individu lain menjadi zombie sepertinya, secara sengaja dan tidak.

Pada masa sama, pasangan Hammond itu cuba menyembunyikan keadaan tersebut daripada anak perempuan mereka yang sebenarnya sudah mula mengesyaki sesuatu.

Dalam keadaan serba kelam kabut itu, pasangan suami isteri berkenaan berjaya mengesan punca yang menyebabkan Sheila bertukar menjadi zombie.

Dapatkah keadaan bertukar menjadi normal buat mereka, dan berjayakah usaha keluarga Hammond untuk memastikan Sheila berjaya mengawal ketagihan terhadap daging manusia?

'Santa Clarita Diet' ditayangkan di saluran Netflix dan hanya sesuai untuk tontonan 18 tahun ke atas. Pastikan anak anda tidak tahu mengenai siri ini! - Sophia Ahmad

 

14 Peaks: Nothing is Impossible (Netflix)

Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa banjaran Himalaya yang merentasi Nepal, Pakistan, China, India dan Tibet memiliki 14 puncak gunung tertinggi yang dinamakan Eight Thousanders (8000ers) termasuklah Everest (8848m), K2 (8611m), Kangchenjunga (8586m), Lhotse (8516m) dan Makalu (8485).

14 Peaks: Nothing is Impossible adalah sebuah dokumentari yang memaparkan kisah Nirmal Nimsdai Puraj iaitu pendaki gunung dari Nepal yang telah berjaya menawan beberapa puncak gunung yang besar di dunia. 

Namun, dalam dokumentari ini Nirmal mempunyai matlamat untuk untuk menawan 14 puncak 8000ers ini dalam tempoh tujuh bulan. Sekali gus memecahkan rekod selama tujuh tahun yang dibuat pendaki lain sebelum ini. 

Tonton dokumentari untuk mengikuti cabaran dan kesulitan yang dihadapi Nirmal dalam usaha untuk mencapai matlamatnya itu. - Ellyna Ali - Getaran, 4 Disember 2021

Isu Pada

Adli Hafidz Bawa Tinju Ke Gelanggang Dunia

04 Dec 2021

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Dr Mahathir Dahagakan Perhatian - Fahmi

3

TARA 3 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

Filem & TV 7 bulan yang lalu

Anwar: The Untold Story Mengungguli Carta Top 10 Netflix Malaysia

Sorotan

1

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

2

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

3

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

4

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

5

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

6

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

7

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara