Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


6 Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Membeli Kasut

Alah membeli menang memakai. Itulah yang harus diingati sebelum membeli barangan, khasnya pakaian. Kali ini kami kongsi perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli kasut bagi memenuhi kepuasan sendiri.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2021 9:16AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kasut adalah sebahagian daripada pakaian asas umum manusia. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ia merujuk kepada alas kaki yang menutupi seluruh permukaan kaki yang dipakai tidak kira lelaki atau wanita. 

Mengumpul kasut juga menjadi hobi buat sesetengah individu yang gemar membeli edisi khas atau rekaan tertentu dan menjadikannya barang eksklusif.

Segmen Gaya hari ini ingin berkongsi enam perkara yang anda perlu pertimbangkan sebelum membeli kasut bagi memenuhi kepuasan ketika memilikinya.

 

Fungsi 

Pilihlah reka bentuk kasut yang anda rasa sesuai. Terdapat pelbagai reka bentuk kasut yang dikeluarkan oleh aneka jenama bagi memenuhi citarasa pengguna. Namun pembeli perlu tahu tujuan serta fungsi utama membeli kasut. 

Adakah sekadar untuk bergaya atau untuk melakukan aktiviti-aktiviti tertentu? Sebagai contoh terdapat kasut yang direka khas untuk bersukan dengan teknologinya tersendiri dan berharga lebih mahal. Jadi ia mungkin tidak diperlukan oleh seseorang yang tidak bersukan. 

Terdapat juga sesetengah edisi kasut yang hanya dikeluarkan secara eksklusif dalam kuantiti yang terhad sebagai bahan koleksi (collector’s item). Jadi pertimbangkan fungsinya dulu sebelum membeli.

 

Reka Bentuk

Reka bentuk kasut juga menjadi faktor pemilihan bagi para pengguna. Ada kasut yang direka dengan corak atau gaya yang mungkin tidak bersesuaian dengan si pemakai. 

Ada pengguna yang lebih selesa dengan rekabentuk yang mudah dan ada yang sukakan reka bentuk lebih artistik atau rumit. Semuanya bergantung pada citarasa jadi pilihlah reka bentuk yang sesuai dan berkenan di hati. 

Harus diingatkan juga bahawa tidak semua reka bentuk kasut yang unik atau rumit selesa dipakai kerana seperti yang disebut dalam hujah sebelumnya, fungsinya juga memainkan peranan. Jadi bijaklah memilih reka bentuk kasut anda. 

 

Harga

Rata-rata semua orang pasti mahukan harga yang berbaloi dengan barangan yang dibeli.

Pastikan anda semak harga pasaran kasut yang anda inginkan terlebih dahulu  sebelum membeli dan jika anda mahukan harga yang lebih rendah, belilah kasut pada akhir tahun atau musim perayaan kerana ketika itu potongan harga yang menarik akan ditawarkan kepada pembeli. 

Kadangkala harga di dalam talian juga ada perbezaan dengan harga runcit di kedai, jadi semaklah sebelum membeli.

 

Jenama

Apabila berbicara berkenaan jenama kasut, ia juga berkait rapat dengan kualiti serta harga yang ditawarkan. Kebiasaanya kasut yang mempunyai jenama yang popular mempunyai kualiti yang boleh dipercayai. 

Tambahan pula, terdapat beberapa individu yang hanya memakai satu jenama sahaja kerana kesesuaian, keselesaan atau hanya mempercayai kemampuan jenama tersebut.

Ada yang memilih jenama kerana nilai sentimentalnya. Setiap jenama kasut melambangkan personaliti tersendiri. Sebagai contoh ada jenama yang sinonim dengan sesuatu sukan dan ada jenama yang sinonim dengan duta atau selebriti yang mempromosikannya.

 

Ketahanan Dan Keselesaan

Gambar: Izwan Ramlan
Gambar: Izwan Ramlan

Pasti anda mahu memakai sepasang kasut untuk tempoh masa yang lama. Jadi, ketahanan dan keselesaan adalah faktor yang penting tika membeli kasut. Saat membeli kasut di kedai atau butik, pastikan anda cuba memakainya serta berjalan beberapa langkah. 

Ini bagi memastikan anda mendapat keselesaan ketika memakainya. Anda juga digalakkan untuk mencuba beberapa saiz kerana setiap kasut mempunyai potongan saiz yang sedikit berbeza. 

Bagi yang memilih untuk membeli secara dalam talian, jadikan ruangan maklum balas pelanggan yang pernah membeli kasut sebelumnya sebagai panduan.

 

Bahan 

Zaman sekarang bahan yang digunakan untuk membuat kasut juga memainkan peranan yang penting. Ada yang lebih mesra alam, ada yang diperbuat dari kulit haiwan dan sebagainya.

Jadi pastikan anda mencari tahu bahan yang digunakan untuk membuat kasut yang anda pilih. Sebagai contoh, ada kasut yang mungkin diperbuat dari kulit khinzir dan dianggap tidak sesuai buat pengguna yang beragama Islam.

Ada juga yang mungkin menggunakan bahan yang boleh menyebabkan alahan dan sebagainya jika terkena kulit seseorang. Oleh itu cubalah menyelidik sedikit berkenaan bahan yang digunakan untuk membuat kasut yang anda sukai. - Getaran, 4 Disember 2021

Gambar: Pexels dan Unsplash kecuali tertera

Isu Pada

Adli Hafidz Bawa Tinju Ke Gelanggang Dunia

04 Dec 2021

Berita Berkaitan

1

TARA 4 bulan yang lalu

10 Cara Selamatkan Kasut Kesayangan Di Musim Hujan Dan Banjir

2

Gaya 1 tahun yang lalu

CNCRD Wujudkan Platform Digital Urus Jual Beli Untuk Pencinta Kasut Sneaker

3

TARA 1 tahun yang lalu

5 Kesilapan Semasa Mencarum Insurans Perubatan

4

Refleksi 1 tahun yang lalu

Migrain Dan Sakit Kepala Kronik: Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Sorotan

1

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

2

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

3

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

4

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

5

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

6

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam