Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


CNCRD Wujudkan Platform Digital Urus Jual Beli Untuk Pencinta Kasut Sneaker

Selain platform atas talian, CNCRD juga melancarkan ruang pameran di The Five, Damansara Heights untuk pengalaman fizikal kepada komuniti kasut sneaker.

Gaya Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2022 7:00PM

CNCRD adalah cetusan idea daripada usahawan muda Ryan Ng.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ya! Malaysia sememangnya memiliki jumlah pencinta kasut sneaker yang ramai. Bahkan, ada yang menjadikan kasut sneaker sebagai simpanan koleksi mereka dan jangan terkejut apabila kasut yang terpakai juga memiliki permintaan yang cukup tinggi.

Tidak hairanlah mengapa jenama-jenama kasut sneaker yang digilai seperti Nike dan Adidas masih menjadi buruan terutama untuk rekaan-rekaan lama yang dianggap ‘rare’ atau sukar untuk didapati lagi.

Menyedari hakikat ini, CNCRD iaitu sebuah syarikat pemula berlatarbelakangkan teknologi dan e-dagang terkini Malaysia telah melancarkan sebuah platform digital yang menawarkan faedah kepada budaya jualan semula yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna, terutamanya kasut sneaker.

Platform itu direka sebagai sebuah pusat sehenti khusus untuk penjual dan pembeli kasut sneaker terpakai serta memberi peluang kepada pengguna untuk menyelami selok-belok pasaran serta mengurangkan risiko penipuan replika atau pembelian produk yang salah.

Platform ini adalah cetusan idea daripada Ryan Ng, 22, seorang usahawan teknologi dan pencinta kasut sneaker muda.

“Kami mengambil kira pelbagai perubahan terkini yang mengambil tempat dalam budaya jualan semula - baik dalam arena tempatan mahupun antarabangsa.

“Tawaran yang baik untuk sepasang kasut hari ini boleh jadi sesuatu yang kurang memuaskan pada esok hari. 

“Di sinilah terletaknya peranan CNCRD dalam menawarkan pengalaman jual beli e-dagang terbaik buat para pengguna kami.

“Untuk melonjakkan perniagaan kami ke tahap yang seterusnya, CNCRD juga menawarkan pengalaman luar talian buat para pengguna kami dan telah melancarkan ruang pameran di The Five, Damansara Heights.

“Dengan itu, CNCRD secara langsung menawarkan kombinasi pengalaman hebat dua penjuru iaitu kebolehskalaan teknologi dan intimasi ruang fizikal. Kami percaya bahawa pengalaman membeli-belah secara hybrid ini adalah cara yang terbaik buat masa ini,” katanya.

Berasal dari Muar, Ryan diperkenalkan kepada arena kasut sneaker ini semasa dia berpindah ke Kuala Lumpur untuk melanjutkan pelajaran pada tahun 2018.

“Ketika itu, saya berumur 18 tahun dan  rakan-rakan saya hangat membincangkan kasut Jordan 1 Nigel Sylvester dan ia adalah kasut pertama yang membibitkan rasa minat dalam diri saya untuk lebih mendalami arena ini.

“Pada masa itu saya sekadar mempunyai sedikit duit poket dan hanya mampu mengidamkan kasut itu dari jauh. Kasut pertama yang berjaya saya jual adalah sepasang kasut UltraBoosts dan sahabat baik saya selama 15 tahun menjadi pelanggan pertama saya.

“Ia sememangnya mengujakan dan melonjakkan semangat saya untuk menjual kira-kira 5, 10, bahkan 20 pasang kasut sneaker,” ujar Ryan dengan bersemangat.

Matlamat jangka panjang CNCRD adalah menjadi sebuah konglomerat teknologi dan berkecimpung dalam pelbagai segmen teknologi dan landskap perniagaan digital yang lain.

“Seperti kelaziman budaya sneaker yang sedia ada, penting untuk kami mewujudkan ‘komuniti CNCRD’ sebagai kumpulan sokongan.

“Kami telah merancang pelbagai aktiviti untuk berganding bahu dengan tenaga-tenaga kreatif pelbagai disiplin daripada fesyen, seni, reka bentuk sehinggalah makanan dan sukan, untuk merancakkan lagi ruang fizikal kami.

“Pelancaran ruang pameran serta pusat beli belah kami baru-baru ini adalah manifestasi objektif CNCRD dengan kehadiran pelbagai figura penting daripada pelbagai industri kreatif di sekitar Kuala Lumpur.

“Perlu juga untuk saya kongsikan bahawa kami sedang membangunkan aplikasi CNCRD (dijangka siap menjelang suku ke-2 2023) namun sementara itu, sila layari laman web kami; dan jika anda berada di sekitar Damansara Heights, sila kunjungi ruang pameran kami dan kenali CNCRD dengan lebih lanjut!,” kata Ryan menamatkan bicara. - Getaran, 11 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 4 bulan yang lalu

10 Cara Selamatkan Kasut Kesayangan Di Musim Hujan Dan Banjir

2

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Gaya Di Getaran Ep. 64: 5 Tips Membeli Kasut Bundle

3

Karier 2 tahun yang lalu

Kasut, Beg Tangan Lusuh Jadi Sumber Rezeki Ibu Muda

4

TARA 2 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Juga Berisiko Hidapi Sakit Kaki!

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Jelajah 12 jam yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran