Berita Terkini

6 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Eksplorasi Muzik Dan Tradisi Bersama 'Roads To Our Heritage'

Pandemik bukan penghalang berkarya untuk sesetengah orang. Mari kita jenguk projek terbaru kerjasama Alena Murang, Stonebay dan Estranged.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2021 9:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sesiapa yang pernah mendengar alunan muzik tradisional semestinya mengetahui daya tarikan dan keindahan iramanya. Mungkin anda tertanya-tanya apakah erti dan keistimewaan alat muzik tradisional bagi sesebuah suku kaum di Sabah dan Sarawak?

Alat muzik tradisional merupakan pelengkap tradisi dan identiti budaya bagi mereka. Justeru itu, pemuliharaan warisan kebudayaannya menjadi dorongan utama penubuhan Roads To Our Heritage (RTOH). Projek muzikal ini adalah kolaborasi antara tiga pemuzik tempatan yang berasal dari Sabah dan Sarawak iaitu Alena Murang, kumpulan Stonebay dan kumpulan Estranged.

Walaupun luar daripada skop peranan biasa ahli muzik, mereka berhasrat untuk membuka ruang bagi menceritakan kisah pembuat alat muzik tradisional serta alat muzik buatan mereka. Ini merupakan usaha mereka untuk melindungi warisan muzik masyarakat pribumi Sabah dan Sarawak.

“Projek ini adalah untuk menyampaikan cerita masyarakat asli Malaysia Timur, terutamanya pembuat alat muzik tradisional yang menjadi asas budaya dan warisan kita. Cerita mereka perlu disampaikan dan dizahirkan dalam bentuk digital, bukan sahaja untuk dihargai generasi yang akan datang, tetapi untuk membawanya kepada penonton di peringkat global.

Kami akan mengumpulkan cerita-cerita daripada penjaga warisan asli ini, menukarkannya ke dalam bentuk dokumentari bersiri dan kemudian menggabungkan lagu-lagu dari album-album kami sebagai lagu tema. Kami berharap ia akan menjadi permulaan yang baik bagi menyatukan generasi baharu dan lama,” kata Awangku Huzriuden Bin Pg Mahmuddin atau lebih dikenali sebagai Ojie, vokalis Stonebay yang juga merupakan anak kelahiran Sabah.

Projek RTOH mengandungi tiga album dan satu dokumentari bersiri enam episod yang disokong sepenuhnya oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), di bawah pembiayaan Dana Kandungan Digital (DKD) bagi industri muzik. RTOH akan mendapat tayangan perdana di Radio TV Malaysia (RTM).

Menurut Hanafi, gitaris Estranged, "Kami ingin menemukan kembali budaya dan akar tradisional tempatan melalui dokumentari dan album-album RTOH yang diwarnai dengan seni muzik Sabah dan Sarawak yang istimewa. Kami berharap ia mampu menarik minat masyarakat tempatan dan antarabangsa dari segenap lapisan umur.”

Ketiga-tiga album ini bakal mengandungi lagu-lagu baru daripada Alena Murang, Stonebay dan juga Estranged. Menurut Alena, penyanyi dan pemain sape, “Lagu baru saya yang berjudul 'Meno' membawa makna kerinduan. Bagi saya, pandemik ini telah menyedarkan kita makna kerinduan terhadap sesuatu yang berharga.”

Single terbaru Stonebay daripada album mereka berjudul 'Layang-layang' dan diilhamkan daripada pencarian inspirasi dari tempat yang tidak dikenali.

Estranged pula mengeluarkan single baru yang bertajuk 'Tujuan'.  Richael L. Gimbang, vokalis utama Estranged mengatakan, “Lagu baru ini ditulis sebagai sokongan terhadap kesedaran kesihatan mental. Kami mendapati bahawa kes kesihatan mental di Malaysia kini melonjak sejak Printah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac tahun lalu.” 

 

Eksplorasi Visual RTOH

Seperti yang kami ceritakan di atas, projek RTOH mempunyai sebuah komponen dokumentari bersiri. Rakaman dokumentari ini akan mengambil tempoh produksi selama empat belas hari dan akan meliputi perjalanan dari Kota Kinabalu, Sabah sehingga ke Kuching, Sarawak. 

Menurut Ojie, “Kami bertiga iaitu saya, Din dan Hanafi akan mengembara lebih dari 1000 km dengan menaiki motosikal tajaan Triumph. Manakala Alena, Rich bersama Dr. Nadia akan menaiki trak ke destinasi berkenaan.

Rakaman dokumentari ini bukan sahaja memaparkan perjalanan kami tetapi juga temu ramah secara lebih dekat dengan pembuat alat muzik tradisional dan keindahan suasana serta landskap di Sabah dan Sarawak.” 

Projek ini akan menampilkan keunikan alat muzik Sabah dan Sarawak seperti gambus, sompoton dan sundatang, sape, seruling dan jatung utang (xilofon orang asli Kayan dan Kenyah).

“Kami berharap dokumentari ini akan menjadi penanda aras bagi artis tempatan untuk merangkul balik budaya, muzik dan warisan kita dan membawanya ke pentas dunia," kata Din Hormatov, gitaris Estranged.

Sisi Penyelidikan RTOH

Satu ciri yang membezakan projek muzikal ini dengan yang lain adalah ia merupakan kolaborasi pertama yang membabitkan ahli akademik dan penyelidik bersama ahli muzik tempatan. Rombongan RTOH akan diiringi Dr Nadia Widyawati Madzhi, penyelidik utama Fakulti Muzik Universiti Teknologi Mara.

Kerjasama antara rakan penyelidik ini akan memastikan dokumentasi yang tepat mengenai sejarah alat muzik tradisional tempatan dan pengeluarnya, untuk rujukan pendidikan dan koleksi arkib masa depan.

“Projek ini menarik kerana ia merupakan kerjasama antara individu berlainan latar belakang yang mempunyai misi dan visi yang sama. Kami berharap untuk merealisasikan matlamat kami iaitu memelihara warisan kebudayaan etnik dan muzik tradisional Sabah dan Sarawak yang unik."

"Mudah-mudahan, ia mungkin layak untuk disenaraikan dalam UNESCO Intangible Heritage seperti Mak Yong atau pantun. Saya juga berharap ia dapat memberi sumbangan dalam bidang muzik kepada negara," kata Dr Nadia.

Projek Komuniti RTOH

Richard juga berkongsi tentang projek komuniti terbaru Estranged di Kampung Bomboi, Keningau, Sabah. “Kami ditanya oleh seorang penduduk kampung jika kami boleh membantu dengan isu internet di kampungnya.” 

“Beliau memberitahu bahawa akses internet di halaman kampungnya sangat teruk. Dengan ketiadaan internet, ia menjadi sukar bagi kedua anak saudaranya dan pelajar-pelajar lain di sini untuk menghadiri kelas dalam talian.”  

“Pak Cik ini menjelaskan bahawa mereka harus masuk ke perkebunan kelapa sawit untuk mendapatkan coverage telefon yang baik. Ini tidak selamat kerana terdapat banyak ular dan haiwan berbisa di sana.”

“Kisah ini telah memberi impak kepada kami sehingga menjadi sebab utama kami memulakan projek komuniti ini. Dengan usaha kolaboratif bersama TM, Projek Komuniti Pondok Internet Kampung Bomboi kini dikuasakan oleh unifi,” katanya. 

Pondok internet ini kini menjadi ruang komuniti bagi kanak-kanak di Kampung Bomboi untuk menimba ilmu dan menghadiri kelas dalam talian.



Projek RTOH ini telah menunjukkan bahawa pandemik COVID-19 tidak boleh dilihat sebagai penghalang bagi pemuzik tempatan untuk meneruskan semangat kreatif dalam norma baru. Melaluinya, para penonton serta peminat muzik tradisional dapat didekatkan dengan budaya dan akar umbi tradisional tempatan. - Getaran, 7 Mac 2021

Semua gambar: Ihsan Roads To Our Heritage

Isu Pada

Mizz Nina

06 Mar 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

OCPD Lahad Datu Antara Yang Disiasat Kes Kematian Anak - Polis

2

Semasa 3 hari yang lalu

Noktah Kemiskinan Tegar, Isu Kewarganegaraan Dibincang Bersama MPN PKR Sabah - Anwar

3

Semasa 6 hari yang lalu

Keluarga Pelajar Sabah Di Asia Barat Diminta Bertenang

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Sambutan Aidilfitri MADANI Peringkat Kebangsaan Di Kota Kinabalu Sabtu Ini

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut