Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Hotel Jimat Di Melaka Untuk Dijadikan Pilihan

Bagi yang sudah rindu ke Melaka dan ingin menikmati pelbagai hidangan enak di sini, bolehlah intai hotel-hotel jimat berikut agar  poket anda tidak rabak.  Paling penting, hotel ini selesa dan punya tarikan tersendiri.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2021 9:10AM

Gambar: Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Melaka merupakan destinasi percutian yang tidak pernah sunyi daripada kebanjiran pelancong. Baik dalam kalangan rakyat Malaysia mahupun luar negara. Kerana itulah, sebaik sahaja rentas negeri dibenarkan, ramai yang berpusu-pusu ke negeri Hang Tuah ini untuk bercuti. 

Mencari hotel di Melaka kadangkala agak mencabar, lebih-lebih lagi tarikh pilihan jatuh pada cuti-cuti kelepasan am. Hotel memang banyak, tetapi mungkin hotel yang diidamkan sudah habis disambar mereka yang merancang lebih awal.

Bagaimana pula dengan anda yang lebih suka bermalam di hotel yang ‘biasa-biasa’ atau jimat? Maklumlah, bercuti tidak semestinya perlu penginapan mewah. 

Bagi yang sudah rindu ke Melaka dan ingin menikmati pelbagai hidangan enak di sana, bolehlah intai hotel-hotel jimat berikut agar  poket anda tidak rabak.  Paling penting, hotel ini selesa dan punya tarikan tersendiri untuk merehatkan diri.

#1 Ibis Melaka

Gambar: All.accor.com
Gambar: All.accor.com

Hotel yang terletak di Jalan Bendahara ini sesuai untuk mereka yang mementingkan keselesaan. Terdapat beberapa jenis bilik yang boleh dijadikan pilihan mengikut keperluan.

Jika anda hanya berdua, Standard Room boleh ditempah serendah RM124 melalui laman web rasmi hotel ini. Sementara Family Suite yang dilengkapi dengan satu katil kelamin dan tiga katil bujang berharga dari RM374 sahaja.

Bilik-bilik di Ibis Melaka tampil menawan dengan rekaan moden serta dilengkapi dengan pelbagai peralatan demi keselesaan tetamu dan yang paling penting, kolam renang di sini merupakan yang terbesar di Melaka.

Gambar: All.accor.com
Gambar: All.accor.com

Sebagai bonus, Ibis Melaka juga menyediakan kemudahan sewa basikal. Jadi bolehlah berbasikal ke  Porta de Santiago serta Bukit St John yang terletak 700 meter dan 1.6 km dari hotel. 

#2 Eco Tree Melaka

Gambar: Booking.com
Gambar: Booking.com

Hotel tiga bintang dengan konsep kontemporari ini terletak betul-betul di tengah kawasan perniagaan Bandar Melaka Raya. Eco Tree Hotel mempunyai kemudahan kolam renang yang merupakan kolam renang paling tinggi pernah dibina di Melaka. Dengan kedalaman 4 kaki dan 25 panjang, kolam renang ini sememangnya menjadi tumpuan tetamu hotel. 

Bintang utama di sini sudah pastilah Sky Deck 360, di mana tetamu boleh menikmati minuman sambil menyaksikan hamparan pemandangan bandaraya Melaka pada waktu siang atau malam. 

Gambar: Booking.com
Gambar: Booking.com

Menawarkan 116 bilik yang terdiri daripada enam jenis kategori iaitu Superior, Executive Deluxe, Executive Suites, Premier Suites, Studio Suites dan juga Family Suites. 

Setiap bilik mempunyai keluasan yang cukup selesa terutamanya untuk anda yang bercuti dengan keluarga. Harga bilik pula bermula daripada RM118++ di platform tempahan hotel online, Booking.com.

#3 RC Hotel

Gambar: Agoda.com
Gambar: Agoda.com

Bukan dikategori sebagai hotel bajet, tetapi anda boleh menempah hotel ini pada harga menjimatkan jika tempahan dibuat di platform tempahan hotel online. Superior Room boleh ditempah pada harga serendah RM168++, manakala Family Suite dari RM428++.

Terletak di tebing sungai Melaka, RC Hotel ideal untuk percutian bersama teman-teman, mahupun keluarga. Menampilkan dekorasi ala Inggeris, hotel ini mempunyai banyak sudut menarik untuk merakam memori.

Gambar: Agoda.com
Gambar: Agoda.com

Menawarkan 31 bilik penginapan berkonsepkan seni Art Deco, setiap bilik tampil elegan dan mewah. Kedudukan yang menghadap ke Sungai Melaka memberi peluang kepada tetamu untuk bermalasan di kafe hotel ini sambil menikmati hidangan yang menyelerakan. 

Taman Rempah yang menempatkan jeti ‘River Cruise’ hanya terletak di belakang hotel ini. 

#4 Relish The Moment 

Gambar: Booking.com
Gambar: Booking.com

Berkonsepkan sebuah hostel, penginapan ini sesuai untuk anak muda yang suka bercuti ala backpackers. Biarpun tidak mempunyai kemudahan seperti yang ditawarkan hotel, Relish The Moment punya kelebihan yang sukar diabaikan. 

Pertama ia terletak di tepian sungai Melaka, kedua ia berhampiran Jonker Street, Menara Jam Melaka, Bukit St. Paul, dan juga juga Queen Victoria's Fountain. 

Sebaik melangkah masuk ke dalam premis ini, anda akan terpesona dengan suasana yang ditampilkan. Biarpun sederhana, ada sudut-sudut menarik untuk merakam memori. 

Terdapat sebuah kafe di tingkat bawah hotel untuk anda menjamu selera. Pilih sahaja menu yang berkenan di hati. Sambil menjamu selera boleh menikmati pemandangan sungai Melaka yang terbentang di depan mata. Boleh juga merakam memori untuk dibawa pulang nanti. 

Jadi berapa agaknya harga katil atau bilik di sini? Jika buat tempahan di Booking.com, harga untuk bilik dengan katil kelamin berharga dari RM57 semalam, manakala untuk satu katil bujang dalam bilik berkongsi bermula dari RM23 semalam. 

#5 Arenaa Deluxe Hotel

Gambar: Arenaa Deluxe
Gambar: Arenaa Deluxe

Hotel yang beralamat di Jalan Ujong Pasir ini bertaraf tiga bintang dan mendapat ulasan 7.5 daripada platform tempahan hotel online, Agoda. Kedudukannya memang strategik kerana pemanduan ke Bandar Hilir  hanya mengambil masa kira-kira 10 minit. 

Terdapat beberapa jenis bilik yang boleh ditempah mengikut keperluan. Jika ke sini berdua, boleh tempah bilik Deluxe Double atau Junior Suite. Jika sekeluarga, ada Premier Quadruple dan Family Suite. Harga bilik bermula dari RM98 sahaja. 

Gambar: Arenaa Deluxe
Gambar: Arenaa Deluxe

Setiap bilik di menampilkan rekaan moden dengan dilengkapi pelbagai kemudahan demi keselesaan tetamu. Satu kelebihan bilik-bilik di sini ialah ia mempunyai balkoni peribadi. Kekurangannya, tiada kemudahan kolam renang yang mungkin menjadi faktor penting bagi sesetengah keluarga jika ingin menempah hotel.

Jom rancang percutian yang diidamkan! - Getaran, 28 November 2021

Isu Pada

Transformasi Ara Johari

27 Nov 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Reman 6 Suspek Sindiket Dadah Disambung 7 Hari

3

Budaya 2 bulan yang lalu

Konsep Mesra Penjaja Meriahkan Sambutan Tahun Baharu Cina Melaka

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Laungan Keramat 'Merdeka' Kembali Bergema Di Banda Hilir Selepas 68 Tahun

Sorotan

1

Tanah Milik Keluarga Ammar Baharin Yang Dipindah Milik Diratifikasi Semula – Amirudin

2

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

3

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

4

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

5

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

6

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius