Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Sediakan Pasport, Ini 10 Destinasi Percutian Pilihan 2022

Biarpun perjalanan pascaCOVID memerlukan belanja yang bukan sedikit, ia tidak menjadi penghalang untuk ‘kaki travel’ merancang percutian idaman.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2021 9:36AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dengan pembukaan sempadan negara yang lebih meluas, ramai pengembara kini sudah mula merancang destinasi percutian yang ingin dituju pada 2022.

Biarpun perjalanan pascaCOVID memerlukan belanja yang bukan sedikit, ia tidak menjadi penghalang untuk ‘kaki travel’ merancang percutian idaman.

Buku Lonely Planet's Best in Travel 2022 telah pun berada di pasaran. Buku panduan yang sering ditunggu-tunggu oleh pengembara di seluruh dunia ini menyenaraikan negara, wilayah dan bandar terbaik untuk dikunjungi pada tahun hadapan.

Daripada permata tersembunyi di padang pasir Oman sehinggalah perairan membiru di Belize. 

"Selepas kawalan pergerakan dilonggarkan, tiba masanya untuk merealisasikan rancangan perjalanan yang telah lama tertangguh," ujar VP of Experience Lonely Planet, Tom Hall, dalam satu kenyataan. 

Istimewa untuk pembaca Getaran, berikut adalah 10 negara terbaik untuk dilawati pada 2022.

 

10. Mesir

Mesir adalah rumah kepada Piramid Giza, salah satu daripada tujuh keajaiban dunia. Biarpun tarikan ini sudah lama, jangan sesekali beranggapan ia membosankan.

Ini kerana biarpun sejarah mereka telah berusia lebih 4,500 tahun, keajaiban dunia ini sentiasa memberikan misteri terbaharu.

Piramid Djoser yang ditutup hampir 14 tahun kepada orang ramai akhirnya kembali dibuka.

Piramid berketinggian 200 kaki itu dipercayai merupakan pertama di Mesir dan juga bangunan tertua di dunia yang masih kekal. Ia dipercayai dibina sekitar 4,700 tahun dahulu menggunakan sepenuhnya batu-bata oleh arkitek kuno mesir.

 

9. Malawi

Dengan keluasan hanya 45,747 batu persegi, negara kecil ini sering dibayangi oleh jirannya yang lebih besar seperti Mozambique dan Tanzania.

Namun, tahukah anda terdapat khazanah alam yang sukar dilepaskan iaitu Tasik Malawi. Tasik kesembilan terbesar di dunia ini meliputi satu pertiga daripada negara yang tersenarai sebagai salah satu negara termiskin di dunia itu.

Malawi mempunyai banyak tarikan yang sama seperti negara-negara jirannya iaitu safari di mana anda boleh melihat gajah, babun, kuda belang, zirafah dan pelbagai haiwan lain di habitat asal mereka tetapi pada harga yang lebih murah.

 

8. Nepal

Apabila bercerita tentang Nepal, adalah mustahil tidak membincangkan tentang Gunung Everest. Tetapi negara Himalaya ini sebenarnya mempunyai banyak tarikan lain untuk diteroka oleh pengembara sekiranya  tidak mahu mendaki gunung tertinggi di dunia itu .

Di kawasan pedalaman ‘Mustang’, pengembara boleh meneroka padang pasir yang tinggi dan bergaul dengan penduduk tempatan di inap desa yang ada di sepanjang jalan.

Jangan lepaskan peluang menjamu selera hidangan istimewa Nepal seperti kopi bersama mentega yak dan momo yang disajikan dengan gaya ‘kothey’ - setengah goreng dan separuh kukus.

 

7. Oman

Oman yang terletak di Semenanjung Arab ini mempunyai tarikan yang tidak kurang hebat seperti negara-negara Eropah.

Di Musandam, Oman, bersempadan dengan Selat Hormuz, gunung yang mencapai ketinggian 2,000 meter mencipta pemandangan alam yang cukup menakjubkan.

Salalah di selatan Oman juga tidak kurang hebatnya. Digelar sebagai ‘Switzerland Negara Teluk’ kerana cuacanya yang sederhana ketika musim panas serta landskapnya yang subur.

Salalah kini menjadi destinasi pilihan pelancong dari negara Teluk, Eropah dan tempatan pada musim panas.

Bukan itu sahaja yang Oman tawarkan. Dalam perjalanan yang sama, anda juga boleh menikmati ‘The Empty Quarter’, sebuah hamparan padang pasir tempat Oman bertemu Yaman, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu.

Empat negara sekali gus dan anda tidak perlu pun mengemas pakaian.

 

6. Anguilla

Anguilla adalah permata Caribbean. Tarikan terbesar wilayah British di luar negara ini sudah pastilah pantainya yang mempesona.

Pengembara yang pernah menjejakkan kaki di negara ini, pasti tidak dapat melupakan keseronokan berenang di lautan yang jernih bagaikan kristal serta snorkel atau menyelam di terumbu yang penuh dengan hidupan marin berwarna-warni. 

Tarikan lain yang popular di Anguilla adalah menjamu selera di restoran-restoran eksklusif dan melawati galeri seni serta muzium.

Selain itu, anda juga boleh menaiki feri atau pesawat kecil untuk melakukan perjalanan sehari ke pulau St. Barts yang terletak berdekatan. 

 

5. Slovenia

Di antara kebanyakan destinasi popular di Eropah Timur, Slovenia kadangkala dilupakan dari peta pelancongan dunia.

Saiz negaranya yang kecil bukanlah satu kekurangan tetapi ia memberi kelebihan kepada pengembara untuk meneroka negara yang meliputi pelbagai rupa bumi dalam masa yang singkat.

Dari Tasik Bled yang mempesonakan hinggalah ke ibu kota Ljubljana yang sibuk, panoramanya cukup mengasyikkan. 

Lonely Planet bukan satu-satunya yang memberi perhatian kepada negara ini. Tahun ini, buku Michelin Guide memberikan bintang kepada tujuh restoran di Slovenia.

 

4. Belize

Belize juga tidak kalah dengan keindahan pantai dan hidupan marin yang menggoda. Boleh diakses dari beberapa bandar di Amerika Utara, Belize adalah syurga dunia yang tidak harus dilepaskan jika anda benar-benar ingin mengelilingi dunia.

Jika anda sedang menunggu Australia untuk membuka sempadannya, cubalah Belize. Ia tidak mengecewakan.

Terumbu Karang Belize tersenarai sebagai Warisan Dunia UNESCO menakjubkan. Selain itu, anda juga tidak perlu risau tentang bahasa memandangkan bahasa kebangsaan Belize adalah bahasa Inggeris.

 

3. Mauritius

Selain Maldives, Mauritius juga merupakan destinasi paling popular di carian Google. Terletak di Lautan Hindi kira-kira 700 batu di timur Madagascar, Mauritius terkenal dengan pantainya yang memutih, rangkaian resort mewah dan laut nan membiru. 

Bagi kebanyakan orang, Mauritius merupakan destinasi percutian terbaik untuk berbulan madu. Hakikatnya, Mauritius menawarkan lebih daripada itu. Ia adalah destinasi ideal buat mereka yang ingin mewarnai percutian dengan aktiviti santai dan kebudayaan. 

Mauritius menjanjikan seribu satu kelainan; kuil-kuil unik, air terjun yang menarik, taman negara yang indah dan bangunan kolonial purba yang semestinya akan mengujakan anda.

Waktu terbaik untuk melawat Mauritius ialah pada bulan November hingga April. Bagaimanapun, sebagai sebuah destinasi percutian tropika, destinasi ini bersedia untuk menerima kedatangan pengembara pada bila-bila masa. 

 

2. Norway

Negara Scandinavian ini sentiasa menjadi pilihan pengembara kerana ia menawarkan pemandangan alam yang luar biasa. Beberapa kali dinobatkan sebagai negara paling bahagia di dunia membuatkan lebih ramai tertarik untuk menjejakkan kaki ke sini. 

Tromso merupakan salah satu lokasi yang wajib dikunjungi terutamanya jika anda ingin melihat keajaiban cahaya utara (Aurora Borealis dan Northern Lights) dari bulan Oktober hingga Mac.

Di sini anda juga boleh menyaksikan banyak rumah kayu unik yang tidak mungkin boleh dilihat di tempat lain.

Trolltunga adalah salah satu destinasi yang memiliki keunikannya tersendiri dan paling banyak dikongsi di sosial media.

Sebab apa? Terdapat sebuah batu yang berbentuk seperti lidah yang menjadi lokasi wajib untuk bergambar.  Pemandangan dari puncak Trolltunga juga cukup menakjubkan.

 

1. Kepulauan Cook

Bukan mudah untuk ke sini dan ia memerlukan perbelanjaan yang besar. Kepulauan Cook terdiri daripada 15 buah pulau iaitu Rarotonga, Aitutaki, Atiu, Mangaia, Mauke, Mitiaro, Palmerston, Manuae, Takutea, Manihiki, Rakahanga, Penryhn, Pukapuka, Nassau dan Suwarrow.

Namun, hanya dua pulau sering dikunjungi pengembara iaitu iaitu Rarotonga serta Aitutaki yang mempunyai lagun tercantik di dunia. Apa yang ditawarkan? Aktiviti air seperti snorkeling, menyelam, memancing serta melihat komuniti Maori asli di Kampung Te Vara Nui.

Rakyat Malaysia tidak memerlukan visa untuk ke sini tetapi tempoh yang dibenarkan untuk berada di pulau ini hanyalah 31 hari.

Jadi, negara manakah yang menjadi pilihan hati? Tip daripada GETARAN, pilihlah negara yang sesuai dengan bajet dan minat. Apa yang orang lain suka, tidak semestinya anda juga suka. - Getaran, 21 November 2021

Gambar: Unsplash

Isu Pada

Gemilang Seni Iman Troye

20 Nov 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Na'imah Gagal Dapatkan Pasport Secara Kekal

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Permohonan Naimah Semak Perintah Mahkamah Tahan Pasport Didengar 13 Mac

3

Kisah Kita 2 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Semasa 3 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah