web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tahniah, Anda Hamil! Cepat-Cepatlah Buat 'Buku Pink'

Perhatian kepada sang suami dan isteri. Ketahui apa itu ‘buku pink’ atau buku rekod kesihatan ibu hamil.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2021 5:52PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ramai memilih untuk berkahwin pada usia muda. Bahkah mutakhir ini,  seawal usia 20-an, ramai sudah mengatur perancangan dan memasang niat untuk mendirikan rumah tangga dengan harapan dapat melayari hidup bahagia bersama pasangan masing-masing. 

Ia bukan perkara baru kerana sudah dipraktikkan sejak zaman nenek moyang kita yang mana melangsungkan perkahwinan seawal usia 15 hingga 20 tahun. 

Mengikut syariat Islam, perkahwinan adalah langkah memelihara diri daripada maksiat dan perkara terlarang.

Perkahwinan disusuli dengan kehadiran cahaya mata adalah impian setiap pasangan suami isteri. 

Perhatian kepada pasangan yang bakal menimang zuriat, tahukah anda pentingnya ‘buku pink’? 

Apa itu ‘buku pink’? Ia adalah buku rekod kesihatan yang perlu dibuat sejurus mengetahui pasangan anda hamil. Berikut adalah proses dan fungsi ‘buku pink’: 

 

Tempahan

Gambar: Laman web fh.moh.gov.my
Gambar: Laman web fh.moh.gov.my

Ia adalah proses mendapatkan ‘buku pink’ sebaik sahaja tahu anda atau pasangan hamil. Buku ini bertujuan memantau keadaan ibu sepanjang tempoh hamil. Biasanya buku ini boleh diperolehi di hospital atau klinik kesihatan. 

 

Apakah tanda hamil?

Gambar: Tima Miroshnichenko, Pexels
Gambar: Tima Miroshnichenko, Pexels

Apabila lambat datang bulan (haid), lakukan ujian kehamilan untuk memastikan anda hamil atau tidak. 

Jika keputusan urin positif, buat kiraan dari tarikh akhir anda datang bulan. Adakah cukup tempoh 11 hingga 12 minggu? Jika ya, tahniah anda hamil.

Jika cukup, anda disarankan untuk segera berjumpa doktor. Elakkan lewat bertemu doktor, terutamanya wanita berusia 35 tahun ke atas. Lapan minggu sudah mencukupi untuk anda membuat pemeriksaan bagi lingkungan usia tersebut.

 

Apa itu dating scan?

Gambar: Laman web ms.medic-life.com
Gambar: Laman web ms.medic-life.com

‘Buku pink’ akan mencatatkan maklumat dating scan atau imbasan kandungan. Ini adalah proses untuk anda mengetahui usia bayi di dalam perut dan bagi menentukan tarikh jangka bersalin. 

Imbasan ini  juga membolehkan kita merancang bilakah masa sesuai untuk membuat imbasan kandungan dengan lebih teliti dan melahirkan secara normal. 

Ini sangat penting untuk mengelakkan bayi berada dalam kandungan terlalu lama kerana ia boleh mendatangkan risiko bayi lemas kerana terlebih waktu. 

37 minggu adalah tempoh cukup bulan manakala 36 minggu adalah tempoh tidak cukup bulan. Walau bagaimanapun kebanyakan kandungan selamat dilahirkan meski kandungan berusia 36 minggu. 

Jika anda alpa membuat kiraan, boleh jadi secara tiba-tiba bayi yang dikandung hanya mengambil masa 30 minggu sahaja dan ini dikategorikan bayi pramatang.

Bakal ayah dan ibu perlu tahu dan membuat persediaan bayi pramatang yang memerlukan bantuan perubatan tambahan.

Ini kerana, bayi pramatang berisiko berdepan pelbagai komplikasi kesihatan seperti rabun, sesak nafas atau mempunyai potensi jangkitan kuman yang lebih tinggi berbanding bayi yang dilahirkan cukup bulan.

Disebabkan itulah penting untuk membuat tempahan ‘buku pink’ supaya dapat melakukan pemantauan serta rawatan susulan ibu mengandung. 

Adalah merisaukan bagi petugas kesihatan sekiranya ibu hamil lewat membuat tempahan ‘buku pink’ sedangkan kandungan sudah mencecah 15 hingga 22 minggu. 

 

Pemeriksaan Antenatal Care (ANC) 

Gambar: Melike Benli, Pexels
Gambar: Melike Benli, Pexels

Pemeriksaan ini lebih kepada memantau tahap kesihatan ibu semasa hamil serta persiapan yang perlu dilakukan pihak hospital atau klinik. 

Beberapa ujian akan dilakukan seperti ujian skrin untuk memantau perkembangan proses kehamilan, tekanan darah, jenis darah, ujian HIV serta sakit kelamin dan banyak lagi. 

Menurut jururawat kesihatan, Klinik Kesihatan Batu Arang bahagian ibu mengandung dan kesihatan kanak-kanak, Zahidah Zahid, ‘buku pink’ amat penting dan perlu dititik beratkan pasangan yang bakal menimang cahaya mata kerana ia melibatkan dua nyawa iaitu ibu dan anak. 

“Saya ingin berpesan kepada pasangan terutamanya yang berkahwin muda, tolong ambil berat dan jangan sesekali mengabaikan perkara ini. 

Jururawat Kesihatan, Klinik Kesihatan Batu Arang, Bahagian Ibu Mengandung dan Kesihatan Kanak-kanak, Zahidah Zahid
Jururawat Kesihatan, Klinik Kesihatan Batu Arang, Bahagian Ibu Mengandung dan Kesihatan Kanak-kanak, Zahidah Zahid

“Kami sebagai jururawat sentiasa mengharapkan proses yang lancar dan sempurna buat ibu yang bakal bersalin.

“Para suami dinasihatkan mengambil tahu perkara ini dan menemani isteri ketika membuat pemeriksaan kandungan. 

“Penting untuk suami turut mendengar segala nasihat doktor atau jururawat sepanjang tempoh isteri hamil sehinggalah selamat bersalin,” katanya. - Getaran, 17 Oktober 2021 

Isu Pada

Dynas Tiada Gentar

16 Oct 2021

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini