Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Anak 90-an Yang Berjiwa Retro 70-an

Faixyl mengakui tidak kisah jika ada pihak yang mahu mentertawakannya dan menganggap dia terperangkap dengan era 70-an, namun dia selesa dengan apa yang ditonjolkan serta ia menjadi suatu cara baginya untuk meluah rasa.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 16 Oct 2021 6:18PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ia bermula dengan muzik psychedelic dan akhirnya ia menarik minat Muhammad Faixyl Mohd Zulpadi, 31, untuk lebih mendalami trend muzik dan fesyen, budaya, gaya hidup serta corak pemikiran kehidupan manusia pada era 70-an.

Semakin lama dia cuba mendalami, semakin itu dia jatuh cinta dengan apa sahaja yang berkaitan dengan era 70-an. Akhirnya, dia memutuskan untuk mengembalikan semangat era 70-an pada zaman ledakan digital ini. 

Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, Faixyl benar-benar membawa kita kembali ke era 70-an apabila mengenakan kemeja disco kolar lebar yang dipadu dengan celana bell bottom dan pelbagai aksesori funky

“Saya kembali pada era 70-an kerana masyarakat pada zaman ini lebih ekspresif. Mereka lebih gembira dan bahagia walaupun teknologi ketika itu tidak secanggih mana. 

“Kehidupan mereka lebih bermakna dan mempunyai tujuan hidup yang jelas setelah melalui pasca perang dunia kedua. 

“Sebab itulah saya jatuh cinta dengan muzik, fesyen dan budaya era 70-an. Getarannya sangat luar biasa sekali. 

“Kehidupan manusia berada dalam fasa yang terbaik pada era ini dan apa saya pakai ini, ia bukan tentang pakaian tetapi tenaga yang terdapat di sebalik pakaian itu,” katanya kepada Getaran. 

Selain memiliki koleksi pakaian era 70-an, pengasas dan pengarah platform seni dan budaya, Temasya Rangkaian atau Terang yang berpusat di Johor Bahru ini juga turut mengumpul piring hitam, pita kaset, kaca mata, kasut, bagasi, radio, sofa, perabot dari era tersebut. 

Koleksi piring hitam dan kaset era 70-an yang dimiliki Faixyl merangkumi pelbagai genre iaitu dari disco, disco funk, old funk, rock dan reggae. Malah ia tidak hanya  tertumpu pada penyanyi atau band muzik antarabangsa tetapi ada juga koleksi artis tempatan. 

“Saya sendiri mendengar lagu-lagu daripada koleksi ini. Yang saya gemari adalah Pink Floyd, Deep Purple, Black Sabbath, Bob Marley dan banyak lagi,” katanya. 

Dia tidak keseorangan mengumpul segala koleksi retro ini. Minatnya itu turut dikongsi dua orang lagi rakannya, Raja Taqwa Raja Idris, 26 dan Khairul Adib Khalik, 24. 

“Usah tanya dari mana saya mendapatkan barang-barang dalam koleksi ini kerana apabila kita ditakdirkan untuk memiliki barangan ini, ia sendiri akan datang kepada kita. 

“Mungkin perkara ini sukar untuk difahami atau tidak masuk akal bagi segelintir orang, tapi itulah hakikatnya,” katanya sambil tersenyum. 

Faixyl memberitahu lagi, segala koleksi yang dikumpul itu diletakkan di kedai barber miliknya, Sixers, yang terletak di Dataran Larkin. 

“Di dalam kedai ini, saya telah mencipta suatu ruang seni dan mempamerkan segala koleksi yang saya kumpul di situ. Ia telah berjaya menarik minat ramai orang terutama penggemar koleksi era 70-an. 

“Saya juga tidak sangka bahawa daripada saya seorang, kini penggemar era 70-an semakin ramai hingga sudah menjadi satu komuniti. 

“Malah, ada juga di antara mereka yang sudah berani memakai celana atau jeans bootcut. Benar, jika anda datang ke JB, anda dapat melihat sendiri orang memakai celana bootcut. Itu adalah suatu perkara paling hebat yang berlaku bagi saya,” katanya. 

Jelas Faixyl lagi, memang ada komen-komen jelek yang diterima daripada segelintir pihak tentang imej, penampilan dan minatnya terhadap apa sahaja yang berkaitan dengan era 70-an. 

“Mereka tanya apa sudah jadi dengan saya? Kenapa saya mahu terperangkap dengan dunia 70-an sedangkan saya sendiri tidak lahir di dalam era dan zaman tersebut. 

“Selalu saya abaikan sahaja kalau ada yang ketawa melihat saya atau bertanyakan perkara-perkara tersebut. 

“Saya anggap mereka tidak faham. Era 70-an tidak menumpukan kepada  jenama tetapi rekaan. Bila orang melihat sesuatu rekaan yang bagus, mereka akan hargai. Begitu cara mereka hargai sesuatu perkara pada masa itu. 

“Ada masa-masanya saya mendapat peluang untuk  menerobos masuk ke era 70-an semula dan pengalaman ini membuatkan saya berasa sangat dekat dengan zaman itu. Tapi, bila orang dengar kenyataan saya ini pasti mereka akan kata saya ini gila atau sudah ‘rosak’.

“Memang tidak mudah membawakan karakter 70-an ini pada masa sekarang tetapi saya sangat menyukainya dan inilah cara saya meluahkan perasaan,” katanya. - Getaran, 16 Oktober 2021

Gambar: Faixyl & Sixers @sixersjb (IG)

Isu Pada

Dynas Tiada Gentar

16 Oct 2021

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA