Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan lima tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur!

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2021 12:44PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

‘Diablero’ (Netflix)

Paderi yang hilang arah, gadis didampingi syaitan dan pasangan adik-beradik pemburu hantu; gabungan luar biasa ini adalah elemen utama ‘Diablero’, siri televisyen Mexico yang kini ditayangkan di Netflix.

Tampil sebagai siri bergenre seram dan cemas, ‘Diablero’ berkisar kepada misi menjejak kehilangan anak perempuan si paderi, Mariana dan merungkai misteri di sebalik 'kematian' anak saudara kepada pemburu hantu, Mayaken.

Perjalanan mereka padat dengan episod luar biasa yang bersulam aksi ngeri dan menyeramkan.

Berjayakah Mariana ditemui dan apa pula misteri menyelubungi kematian Mayaken?

Pastikan tontonan anda tidak ditemani anak di bawah usia 18 tahun kerana siri ini hanya untuk golongan dewasa. - Sophia Ahmad

 

Diana The Musical (Netflix)

Sudah 24 tahun, Princess Diana meninggal dunia setelah terlibat dalam kemalangan kereta di jalan terowong Pont de l'Alma di Paris bersama-sama dengan Dodi Al-Fayed dan pemandu Henri Paul pada 31 Ogos 1997. 

Namun masih ramai yang tidak jemu-jemu dan ingin tahu mengenai kehidupan wanita yang menjadi Puteri Wales setelah mengahwini Prince Charles. 

Diana The Musical yang bakal ditayangkan di Netflix pada 1 Oktober ini akan mendedahkan perjalanan kisahnya dari saat bertunang dengan Prince Charles pada usia 19 tahun sehingga menjadi tokoh wanita terkenal di dunia. 

Ia turut menyingkap bagaimana Diana cuba menentang pemerintahan monarki institusi keluarga diraja British dan cuba mengalihkan tumpuan terhadap kerja-kerja kebajikan apabila menyedari dia terperangkap dengan perkahwinan tanpa cinta dan kecurangan suaminya. 

Diana The Musical adalah kisah yang diadaptasi daripada buku karya Joe DiPietro yang telah sempat menemubual puteri yang menjadi kesayangan ramai ini sewaktu hayatnya masih ada.

DiPetro telah bekerjasama dengan David Bryan untuk menghasilkan Diana The Musical buat tayangan Netflix. Ia juga akan dipersembahkan di pementasan Broadway pada November ini.

 

Channel YouTube Nubhan Ahmad (YouTube)

Pasti ramai pengikut arena seni suara tempatan yang masih ingat pada Nubhan Ahmad, bekas peserta rancangan realiti tersohor negara, ‘Akademi Fantasia’ (dari musim yang keenam). 

Sungguhpun kerjaya nyanyiannya mungkin tidaklah segah rakan-rakannya yang lain namun Nubhan berjaya kekal relevan dengan caranya tersendiri. Selain masih memenuhi undangan nyanyian, dan sibuk dengan urusan perniagaan, Nubhan sebenarnya lebih dikenali gara-gara saluran YouTubenya yang mempunyai hampir 70 ribu pengikut! 

Ini kerana Nubhan bijak memaparkan kandungan yang menarik dan dekat dengan hati penonton.

Kandungan yang dimaksudkan adalah tentang kehidupannya bersama keluarga yang tercinta. Lebih menarik, yang menjadi perhatian dan ‘bintang utama’ dalam video-videonya adalah ibunya sendiri iaitu Puan Badariah Omar. 

Seperti sebuah rancangan realiti, gelagat ibunya yang sangat lucu dan comel sering mendapat pujian para warganet. Penampilan ibunya yang begitu polos, semula jadi dan bersahaja membuat ramai tertawa menontonnya. 

Apatah lagi ibunya tidak perlu mencuba atau melakukan aksi yang dibuat-dibuat kerana seringkali Nubhan yang suka ‘mengenakan’ atau membuat kejutan pada ibunya.

Loghat Negeri Sembilan pekat yang digunakan mereka berdua (khasnya ibu Nubhan) menjadikan video-video ini lebih menarik dan menghiburkan. - Shah Shamshiri

 

‘Squid Game’ (Netflix)

Sebuah drama kelangsungan hidup dari Korea Selatan yang diarahkan oleh Hwang Dong-hyuk. Drama sembilan episod ini dibintangi oleh Lee Jung-jae, Park Hae-soo, Wi Ha-joon dan Gong Yoo.

Ia berkisahkan tentang sekumpulan manusia terdesak yang sanggup mempertaruhkan nyawa mereka bermain siri permainan misteri dengan hadiah utama sebanyak ₩45.6 bilion (sekitar RM162 juta) 

Seramai 456 peserta - ramai antara mereka bergelut dalam masalah kewangan - dijemput untuk bermain permainan-permainan tradisional ini, tetapi sekiranya gagal mereka akan dibunuh.

Drama ini mengandungi pelbagai babak mendebarkan dan tidak berperikemanusiaan serta mencabar minda. Ia drama berat yang mengkritik kejahilan dan kerakusan manusia.

‘Squid Game’ diilhamkan daripada permainan kanak-kanak Korea Selatan yang dikenali sebagai ‘Permainan Sotong’. - Zaidi Che

 

Kate (Netflix)

Kate, filem aksi thriller terbaharu di Netflix ini membariskan Mary Elizabeth Winstead and Miku Martineau sebagai bintang utama. 

Naskah ini adalah hasil garapan Cedric Nicolas-Troyan, pengarah yang sama mengarahkan The Huntsman: Winter's War

Berlatarkan kota Tokyo, filem ini berkisar tentang Kate, pembunuh upahan yang mahu meninggalkan dunia kejamnya bagi menikmati hidup. 

Namun, seperti yang kita tahu ia tidaklah semudah yang disangka. Kate dipenuhi dengan dendam, kasih sayang dan keazaman yang tinggi.

Menonton filem ini bermakna anda sudah bersedia untuk menyaksikan aksi-aksi brutal yang semestinya tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak. Sudahlah begitu, jantung juga berdebar-debar setiap kali Kate perlu bertarung dengan puluhan yakuza dalam sesuatu masa. 

Mary Elizabeth Winstead layak diberi pujian kerana lakonannya cemerlang. Bahasa tubuhnya menunjukkan dia selesa menjayakan watak-watak aksi sebegini. Ada pesona John Wick dalam dirinya. 

Bagaimana pula dengan lakonan Miku Martineau yang menggalas watak Ani, seorang gadis yang menjadi saksi ayahnya dibunuh kejam dan penyebab mengapa Kate mahu mengundurkan diri. 

Senang cerita, pelakon berdarah kacukan Jepun ini berjaya memberikan sentuhan emosional pada keseluruhan jalan cerita. Suatu hari nanti kerlipan bintang Miku Martineau pasti cerah jika dia bijak merancang perjalanan kariernya.

Selain itu, sinematografi filem ini juga memainkan peranan dalam menyuntik mood yang diperlukan. Panorama kota Tokyo tetap menyerlah biarpun sisi gelapnya menjadi fokus utama.

Usah khuatir tentang plot atau jalan cerita filem ini. Walaupun ada plot twist, anda boleh mengikutinya dengan mudah. Asalkan beri tumpuan, janganlah sibuk dengan telefon masing-masing!

Boleh tonton trailer ini dahulu sebelum lanjutkan ke filem penuhnya. - Rahayu MN - Getaran, 26 September 2021

Isu Pada

Sisi Tersembunyi Daiyan Trisha

25 Sep 2021

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini