Berita Terkini

56 minit yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pemerolehan Dan Penguasaan Bahasa Inggeris Melalui Tabiat

Demi menguasai sesuatu bahasa asing, seseorang itu perlu melalui proses mekanikal bagi membentuk tabiat belajar melalui sebuah sistem latihan dan mengulangi aktiviti di dalam bahasa yang ingin dikuasai.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2021 12:16PM

Gambar Hiasan, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia, semakin diperlukan untuk kita membangunkan diri sendiri agar terus setanding dengan peredaran masa.

Di dalam konteks ini, isu penguasaan bahasa kedua menjadi sudut pandang untuk diketengahkan. Bahasa kedua di sini merujuk kepada Bahasa Inggeris.

Namun di sebalik itu, kita acap kali tersentak oleh pelbagai permasalahan dalam tahap penguasaan bahasa kedua di kalangan para pelajar di peringkat sekolah mahupun di peringkat universiti di Malaysia.

Hal ini telah dibuktikan dengan keputusan peperiksaan para pelajar dalam subjek Bahasa Inggeris dan juga komunikasi mereka dengan menggunakan bahasa tersebut.

Kurangnya penggunaan Bahasa Inggeris di dalam komunikasi seharian di kalangan para pelajar menjadikan mereka tidak yakin berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

Mereka juga mengalami kegusaran apabila menghadapi ujian lisan Bahasa Inggeris.

 

Penguasaan Dan Pemerolehan

Demi mewarnai konteks bahasa kedua ini moleklah kita selami sedikit apakah yang dimaksudkan dengan 'penguasaan' dan 'pemerolehan'.

Melihat pada maksud 'pemerolehan' menurut sudut pandang Mazlina Baharuddin (USM, 2014), ia bermaksud hal atau cara bagi seseorang untuk memperolehi dan mendapatkan sesuatu.

Manakala, 'penguasaan' pula bermaksud menguasai sesuatu.

Selain daripada itu, menurut seorang pakar kaji bahasa, Bloomfield, di dalam bukunya yang bertajuk Language (1933), beliau berpendapat bahawa penguasaan bahasa bukanlah tertakluk kepada memperolehi atau menguasai sesuatu ilmu semata-mata tetapi seseorang itu juga perlu berlatih menggunakannya. 

Maka, jelas sekali di sini bahawa demi menguasai sesuatu bahasa asing, seseorang perlu melalui proses mekanikal untuk membentuk tabiat belajar melalui sistem latihan dan mengulangi aktiviti di dalam bahasa yang ingin dikuasai. 

Bahasa kedua adalah bahasa asing yang ingin dipelajari untuk tujuan tertentu.

Penguasaan bahasa kedua adalah sangat penting untuk mengemudi kehidupan serba maju ini. Pelajar, pekerja atau sesiapa pun perlu menjadi selangkah lebih baik pada era ini. 

Sebagai lanjutan daripada penerangan di atas, Kamarudin Hj. Husin (1998) merujuk penguasaan bahasa kepada kebolehan untuk mengusai bahasa kedua dengan melakukan aktiviti berkaitan bahasa tersebut. Ini adalah kerana demi memberi pengukuhan kefahaman terhadap bahasa tersebut.

Rangsangan-rangsangan yang dilakukan itu akan membentuk tabiat dan melalui tabiat inilah para pelajar mampu untuk menguasai dan memperolehi bahasa kedua.

Hal ini berbeza dengan bahasa pertama, kerana bahasa pertama sudah kita kuasai sejak lahir dan menjadi bahasa pertuturan kita sejak kecil dengan ahli keluarga dan persekitaran kita.  

 

Masa, Teknologi dan Latihan

Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, kehidupan kita semua menjadi tersangat kompleks dan pantas. Lanjutan daripada hal ini, para pelajar haruslah bijak menggunakan kemajuan teknologi untuk menguasai bahasa kedua.

Pembahagian masa juga menjadi sangat penting. Salah satu rahsia untuk menguasai bahasa kedua adalah dengan melakukan aktiviti pengukuhan.

Apabila para pelajar sentiasa melakukan aktiviti pengukuhan ini, akan terbentuklah tabiat penggunaan bahasa 'baharu' itu dan sekali gus meningkatkan tahap penguasaannya.

Sebagai lanjutan daripada aktiviti tersebut, para pelajar hendaklah membahagikan latihan kepada empat jenis kemahiran iaitu menjalankan aktiviti pengukuhan membaca, menulis, mendengar dan bercakap.

Keempat-empat kemahiran tersebut adalah perkara asas dalam menguasai sesuatu bahasa asing.

Pembentukan tabiat melalui aktiviti pengukuhan bahasa amat perlu dan penting supaya para pelajar semakin dapat menguasai bahasa Inggeris dengan lebih mantap dan sekali gus memaksimumkan kemudahan teknologi masa kini.

Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. - Getaran, 19 September 2021

Isu Pada

Misi Mencari Jati Diri Alyph

18 Sep 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

‘Belajar Bahasa Isyarat Ini Umpama Belajar Menari’ – Ismail Izzani Akui Seronok Apabila Dapat Belajar Ilmu Baharu 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Martabat Bahasa Melayu: Undang-Undang Malaysia Perlukan Bahasa Inggeris, Tapi Boleh Diterjemah

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Jawatan Pengarah Dalam LLSB Untuk Lindungi Kepentingan Selangor – Amirudin

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Fasha Sandha Masih Berguru Dengan Fauziah Nawi Biarpun Sudah 20 Tahun Bergelar Pelakon

Sorotan

1

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

2

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

3

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

4

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

5

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

6

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi