web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lapar? Jom Cuba Aneka Juadah Menarik Ini Di Sabah

Makanan apa yang lazat dan harus dicuba di Sabah? Di sini kami senaraikan beberapa hidangan yang menarik.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 Sep 2021 1:14PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak ramai penduduk Semenanjung Malaysia yang mengenali jenis-jenis makanan yang ada di Malaysia Timur, khasnya di negeri Sabah. Dengan pelbagai kaum dan etnik yang ada di Negeri di Bawah Bayu ini, sudah tentu terdapat aneka pilihan juadah yang boleh dicuba.

Di sini kami kongsikan lima jenis hidangan lazat yang boleh dan harus anda cuba kalau bertualang ke Sabah, terutama sekali Tawau.

 

Nasi Kuning

Ibarat nasi lemak, penduduk di Tawau cukup sebati dengan nasi kuning. Boleh dikatakan ia menu berat sarapan pagi, malah turut dijual di kantin sekolah dengan kadar berpatutan.

Tarikan utama sudah tentu pada nasi berlemak yang digaul rata dengan kunyit, serta sambalnya yang menggunakan lada kering sebagai bahan utama. Dengan berlaukan ikan atau ayam, nasi kuning juga adakalanya dijadikan antara sajian majlis-majlis rasmi pejabat kerajaan di sini.

 

Mi Tauhu

Kewujudan puluhan kedai makan atau restoran mi tauhu di Tawau menunjukkan popularitinya setara nasi kuning.

Ramuan intinya ikan tenggiri yang diadun dengan bawang putih, garam, serbuk lada putih dan tepung kanji. Manakala kuahnya gabungan bawang putih, taucu manis, tumis serbuk lada putih, air, serbuk perasa, sos tiram, kicap pekat, garam dan bancuhan tepung gandum.

Pelbagai tambahan lauk boleh dijadikan pilihan antara tauhu terbalik, cili sumbat, tauhu sumbat dan banyak lagi menjadikan ia antara menu sarapan pagi pilihan ramai.

 

Nasi Bambong

Nasi jenis ini amat popular dalam kalangan penduduk tempatan kerana harganya yang murah, sesuai dengan namanya 'bambong', satu dialek tempatan yang bermaksud penganggur.

Dengan harganya serendah RM2.50, Nasi Bambong tetap lengkap dengan nutrisi iaitu pilihan lauk telur atau ikan bersama sayur serta tempe. Ia memang sentiasa menjadi pilihan ramai sejak lebih 20 tahun lalu lebih-lebih lagi ketika 'bulan tua'.

 

Ikan Boulu Tanpa Tulang

Sesuai dengan kedudukannya berhampiran pantai, Tawau juga sinonim dengan makanan laut. Antaranya hidangan ikan Boulu tanpa tulang.

Dengan harga RM10, anda boleh menikmati ikan Boulu segar dan bebas tulang yang dibakar, dihidang bersama sambal cili dan nasi panas.

Percaya atau tidak, ikan Boulu di Tawau turut dieksport ke beberapa negara luar seperti Dubai, Qatar dan Taiwan.

 

Nasi Ganjerr

Kegilaan orang ramai menikmati Nasi Ganja Ipoh, kini mula menular di Tawau. Sebut saja Nasi Ganjerr, pastinya terbayangkan hidangan lazat nasi dengan lima jenis kuah seolah-olah makan di kedai mamak.

Dilengkapi dengan pilihan lauk ayam dan daging payau, pelanggan turut boleh menambah telur masin dan telur dadar.

Sudah tentu sambal cili menjadi 'final touch' sebelum ia mula masuk dimulut kita. - Getaran, 11 September 2021

Semua gambar: Ardyhansah Amat

Isu Pada

Tony Eusoff Dan Zizi Kirana Terus Mara Ke Hadapan

11 Sep 2021

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini