Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Pelancongan Maya: Masa Hadapan Kita?

Mahu tak mahu, 'virtual tourism' atau pelancongan maya sudah pun menjadi sebahagian daripada norma baharu rakyat Malaysia.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2021 10:12AM

Gambar: Barbara Zando, Unsplash

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Akibat ketidaktentuan jumlah kes COVID-19 dari hari ke hari, di Malaysia Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri baru sahaja mengumumkan pelanjutan Perintah Kawalan Keselamatan (PKP 2.0) yang berkuatkuasa sehingga 4 Mac 2021 nanti (boleh jadi dilanjutkan lagi). 

Bagi beberapa negeri, harapan untuk anda bercuti dan melancong buat masa terdekat ini mungkin terpaksa ditunda. Tempahan awal pusat penginapan atau penerbangan perlu dibatalkan atau ditangguhkan ke satu tarikh yang lain. 

Namun, usah khuatir. Ada cara untuk anda melancong tanpa perlu melanggar syarat PKP 2.0. Ya, mungkin kedengaran agak janggal, tetapi anda boleh mengambil kesempatan ini untuk melancong secara virtual dan menikmati keindahan destinasi menerusi alam maya!

Pelancongan maya? Inilah norma baharu dunia pelancongan!

Membawa anda pengalaman kembara di berlainan bandar-bandar utama dunia, berikut kami senaraikan sembilan laman sesawang yang menawarkan cara untuk melancong secara maya:

Tangkapan layar laman web Drive & Listen
Tangkapan layar laman web Drive & Listen

Drive & Listen 

Pandu kereta di London pada waktu pagi dan New York di sebelah petang. Laman web ini membawa anda menelusuri bandar-bandar besar dunia di dalam kereta secara maya. Paling mengagumkan, anda boleh mendengar radio tempatan dan bunyi-bunyian suasana jalan raya di bandar-bandar pilihan anda itu tadi. Seperti perasaan memandu yang sebenar!

Drive & Listen adalah aplikasi yang dibangunkan oleh Erkam Şeker dari Turki. Ia membenarkan sesiapa sahaja menikmati sesi panduan secara maya di 38 bandar terpilih seperti Istanbul, Rome, Rio de Janeiro, Hawaii, Singapura dan banyak lagi. Sayangnya, buat masa ini Kuala Lumpur masih belum berada dalam senarai bandar yang boleh dijelajahi secara maya ini. 

Klik Pautan Maya: Drive & Listen

The Hidden Worlds of the National Parks 

Buat mereka yang cintakan alam semula jadi dan yang suka menyatu dengan alam. Sayangnya semasa musim wabak ini, kita seakan terputus hubungan dengan elemen kehijauan. Usah risau, kini anda boleh menjejaki hutan secara maya! 

The National Parks Service, USA berkerjasama dengan Google untuk sesi eksplorasi secara maya di beberapa taman negara di Amerika Syarikat yang memiliki pemandangan mengagumkan dan rupa bumi unik, dari Alaska hinggalah ke Utah. 

Bukan sekadar mengembara, pengalaman secara maya ini juga sangat mendidik dengan pelbagai informasi. Kamu juga boleh ‘terbang’ di Carlsbad Caverns, New Mexico, menjelajahi gua purba ini dari sudut pandang sang kelawar. 

Klik Pautan Maya: The Hidden World of The National Parks 

Virtual Dives 

Bagi anda yang gemarkan pengalaman menyelam ke dasar laut, laman sesawang ini harus anda kunjungi. Terima kasih kepada National Marine Sanctuaries, USA, kini anda boleh meneroka taman laut tanpa perlu bernafas menerusi tangki oksigen! 

Dengan inisiatif ini, Virtual Dives dapat membawa anda menjelajahi laut dalam, merangkumi beberapa taman laut yang terdapat di Amerika Syarikat seperti Monterey Bay, Florida Keys, American Samoa dan banyak lagi. 

Oh, jika anda mahu merasai pengalaman melihat hidupan laut secara langsung, boleh juga membeli tiket atas talian di New England Aquarium.

Klik Pautan Maya: 

Virtual Dives

New England Aquarium


Google Art & Culture 

'The Birth of Venus' - karya Sandro Botticelli. Gambar: Alberto Pizzoli, AFP
'The Birth of Venus' - karya Sandro Botticelli. Gambar: Alberto Pizzoli, AFP

Kala era wabak yang membadai ini, Google Art & Culture menjadi salah satu sumber berguna buat peminat seni di seluruh dunia. Seni dan muzium tidak lagi mati, berkat kehadiran teknologi maya ini. 

Buat peminat seni, sedia terpesona dengan lukisan, arca dan mahakarya agung. Luangkan masa bersama yang tercinta dengan lawatan maya ke muzium-muzim yang boleh anda 'kunjungi' seperti Uffizi Gallery, Florence atau Tate Modern, London.

Klik Pautan Maya:

Uffizi Gallery

Tate Modern

'Self-Portrait with Thorn Necklace and Hummingbird', karya Frida Kahlo. Gambar: Deiter Nagal, AFP
'Self-Portrait with Thorn Necklace and Hummingbird', karya Frida Kahlo. Gambar: Deiter Nagal, AFP

Jika anda mencari muzium yang lebih khusus, mungkin boleh bermula dengan Frida Kahlo Museum atau Van Gogh Museum. Jika anda cintakan fesyen, The Metropolitan Museum of Art, New York (lokasi Met Gala), wajib menjadi destinasi maya pilihan.

Klik Pautan Maya:

Frida Kahlo Museum

Van Gogh Museum

The Metropolitan Museum of Art

Cour Marly, Musee du Louvre, Paris. Gambar: Thomas Samson, AFP
Cour Marly, Musee du Louvre, Paris. Gambar: Thomas Samson, AFP

LOUVRE & EIFFEL TOWER

Masih lagi di segmen muzium, kali ini kita menjelajahi muzium seni terbesar di dunia -  Louvre Museum yang terletak di tengah-tengah jantung ibu kota Perancis ini. 

Tidak perlu lagi bersesak-sesak dan berselisih bahu dengan pengunjung dan pelancong lain untuk melihat senyuman Mona Lisa (mahakarya Leonardo da Vinci), selami arkib dan ruang-ruang eksklusif dengan santai dan gemalai, hanya dari layar komputer anda. 

Oh, alang-alang anda sudah berada secara maya di Paris, kunjungi juga Menara Eiffel!

Klik Pautan Maya:

Louvre

Eiffel Tower 

TEMBOK BESAR CHINA

Buat mereka yang meminati seni bina purba dan sejarah, Tembok Besar China wajib anda lawati secara maya. Bayangkan mendaki struktur buatan manusia terpanjang di dunia ini tanpa mengeluarkan setitis pun peluh. Itulah magis kembara secara maya! 

Klik Pautan Maya: Tembok Besar China

THE HERITAGE ON THE EDGE

Lawati lokasi ini sebelum musnah! Anda berpeluang melawati secara maya beberapa lokasi Tapak Warisan Dunia UNESCO yang semakin terancam punah dimamah waktu seperti Rapa Nui (Easter Island), Edinburgh Castle (Scotland), Bagerhat (Bangladesh), Kilwa Kisiwani (Tanzania) dan Chan Chan (Peru) di Heritage on the Edge.

Klik Pautan Maya: Heritage on the Edge

ACCESS MARS 

Kali ini kita menjelajah ke luar dunia. Ya, secara harfiahnya benar-benar di luar Bumi yakni kembara ke Marikh. NASA berkerjasama dengan Google untuk misi eksplorasi robot bernama Curiosity ke planet Marikh.

Walaupun kembara ke planet merah ini masih belum lagi menjadi realiti buat penduduk Bumi, tetapi kini anda boleh melawatnya secara maya. NASA dan Google menawarkan kembara menjelajahi planet Marikh dan permukaannya secara tiga dimensi (3D) di Access Mars.

Klik Pautan Maya: Access Mars

Gambar: Joshua Sudock, Laman Web Disneyland Resort
Gambar: Joshua Sudock, Laman Web Disneyland Resort

DISNEYLAND

Gara-gara COVID-19, Disneyland juga terpaksa menutup pintu pagar istananya. Namun, kini anda boleh menjelajahi Disneyland secara maya! Disney bekerjasama dengan Google Maps untuk projek 360 darjah, memetakan seluruh panorama Disneyland Resort dan Walt Disney World Resort.

Dengan telefon bimbit atau komputer riba, semua peminat Disney (tanpa mengira usia) tetap sahaja boleh ‘berjalan-jalan’ atau ‘bersiar-siar’ secara maya. Dengan harapan, mengurangkan rasa rindu dan boleh merancang percutian apabila wabak ini berakhir kelak. - Getaran, 21 Februari 2021

Klik Pautan Maya: Disneyland

Isu Pada

Nabila Razali

20 Feb 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Tate Modern Anjur Iftar Untuk Warga London

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Tidak Sebelahi Mana-Mana Negara, Sambut Baik Pelaburan Beri Manfaat - PM

3

Semasa 2 minggu yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

Sarimah Ibrahim Kini Mengorak Langkah Bersama Agensi Berpengkalan Di London

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok