web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Atlet Para Berpotensi Besar Menyinar Di Tokyo

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2021 3:49PM

S Suresh adalah juara Kejohanan Memanah Para Dunia 2019. - Gambar dari World Archery

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai lima atlet diramal mampu melakar kejayaan yang cemerlang buat negara di Sukan Paralimpik Tokyo, dijadual berlangsung dari 24 Ogos-5 September ini.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata mereka adalah dua pemenang pingat emas di Rio 2016 iaitu Muhammad Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly dari olahraga, diikuti Cheah Liek Hou (badminton), S Suresh (memanah) dan Bonnie Bunyau Gustin (powerlifting).

“Mereka ini berada dalam kedudukan terbaik untuk bersaing dan saya berharap agar atlet ini dapat membuat pencapaian cemerlang untuk negara kita,” katanya pada sidang media secara maya di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Pengukuhan Semangat Tim Para Malaysia ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dan upacara penghargaan penaja yang juga dijalankan secara maya.

Muhammad Ziyad (lontar peluru F20); Abdul Latif (lompat jauh T20); dan Bonnie (powerlifting kategori atas 72 kilogram) merupakan pemegang rekod dunia bagi acara masing-masing manakala Cheah adalah juara dunia enam kali dan S Suresh, juara Kejohanan Memanah Para Dunia 2019 di Hertogenbosch, Belanda.

Wan Ahmad Fayhsal pada masa sama juga percaya kontinjen paralimpik negara mampu mencapai sasaran tiga emas seperti dicapai di Rio 2016 seperti diumumkan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bulan lepas, untuk temasya kali ini di Jepun.

Sementara itu, Megat D Shahriman berkata kesemua atlet mampu menyerap tekanan untuk beraksi di temasya berkenaan walaupun ada dalam kalangan mereka tidak dapat beraksi lebih dua tahun bagi saingan kompetitif antarabangsa gara-gara pandemik COVID-19.

Ketua Kontinjen negara ke Sukan Paralimpik Tokyo itu juga berkata beliau tidak melihat kekurangan aksi kompetitif di peringkat antarabangsa sebagai satu masalah kerana atlet dari negara lain juga berdepan kekangan serupa ketika ini.

Sukan Paralimpik Tokyo 2020 menyaksikan seramai 22 atlet  kontinjen negara akan menggalas cabaran dalam pertandingan sembilan jenis sukan dan 32 acara secara keseluruhan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Kemalangan Maut Akibat Pemandu Mabuk Perlu Hukuman Mati - Wan Fayhsal

3

Politik 4 bulan yang lalu

Radzi Jidin, Peja Dilantik Timbalan Presiden BERSATU

4

Politik 8 bulan yang lalu

BERSATU Pecat Wan Saiful, Gantung Wan Ahmad Fayhsa

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 16 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar