web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Liga Super: JDT Kukuhkan Cengkaman

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2021 8:18AM

JDT kukuhkan cengkaman selepas menewaskan Sabah FC 2-0 dalam aksi di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi. - Gambar dari JOHOR Southern Tigers

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Johor Darul Ta’zim (JDT) kian menghampiri kejuaraan Liga Super selepas menewaskan Sabah FC 2-0 dalam aksi di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam tadi.

Dua jaringan Bergson Da Silva cukup meletakkan JDT mengukuhkan lagi cengkamannya dengan 45 mata kekal di atas Terengganu FC di tangga kedua carta liga yang mengumpul 37 mata.

Skuad kendalian Benjamin Mora bermula garang dengan meledak gawang lawan menerusi hantaran Muhammad Safawi Rasid yang disudahi dengan sepakan Bergson Da Silva seawal minit ke-18.

Bergson membuat kejutan selepas sekali lagi menjaringkan gol dua minit kemudian dengan menyempurnakan hantaran jauh Leandro Velazquez sekali gus meletakkan pemain import itu sebagai pendahulu penjaring terbanyak Liga Super dengan 19 jaringan.

Sementara itu dalam aksi  Liga Premier, PDRM FC menang 2-1 ke atas Terengganu FC II (TFC II) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras di sini.

Biarpun turun tanpa kelibat penjaring gol terbanyak Liga Premier Jordan Mintah, skuad TFC II  terdahulu menyumbat gol seawal minit ke-11 menerusi jaringan Muhammad Syafiq Ismail bagi meletakkan pasukan itu di depan.

Bersambung babak kedua giliran skuad The Cops menyamakan kedudukan menerusi jaringan minit ke-49 oleh Nabil Ahmad Latpi.

PDRM FC kemudian menafikan penguasaan TFC II selepas Bruno Suzuki menjaringkan gol pada minit ke-79.

Keputusan itu menyaksikan TFC II kekal berada di tangga kedua Liga Premier mengumpul 28 mata dipisahkan satu mata dengan Negeri Sembilan FC sebagai pasukan pendahulu dengan 29 mata. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 13 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar