web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Olimpik: Aaron-Wooi Yik Hadiahkan Pingat Pertama Malaysia

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2021 8:58PM

Soh Wooi dan Aaron Chia meraikan kemenangan memperolehi pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas menewaskan pasangan Indonesia, Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan di Musashino Forest Sports Plaza, Tokyo. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Berakhirnya satu penantian.

Beregu lelaki utama negara,  Aaron Chia-Soh Wooi Yik memperoleh pingat gangsa, pingat pertama Malaysia dalam Olimpik Tokyo selepas lebih dari seminggu temasya sukan terbesar di dunia itu dibuka secara rasmi  pada 23 Julai lepas.

Aaron-Wooi Yik  mengambil masa 52 minit untuk menundukkan beregu Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 17-21, 21-17, 21-14 dalam perlawanan penentuan pingat gangsa di Musashino Forest Sport Plaza, di sini hari ini.

Ia sememangnya perlawanan sengit dalam set pertama dengan kedua-dua beregu bersungguh-sungguh mendapatkan mata sebelum Aaron-Wooi Yik mendahului 11-9 sebelum perlawanan direhatkan sebentar.

Selepas perlawanan disambung semula wakil Indonesia itu kemudian beraksi dengan agresif dan mendahului 12-9 serta mengekalkan penguasaan mereka sehingga menamatkan set pertama dengan 21-17.

Pada set kedua, Aaron-Wooi Yik bermula dengan baik dan mendahului 5-3 tetapi kesilapan demi kesilapan dilakukan mereka membolehkan lawan mendahului 11-7 sebelum permainan direhatkan dalam set itu.

Bagaimanapun, Aaron-Wooi Yik tidak mudah menyerah kalah dan cuba mengejar serta berjaya menyamakan kedudukan pada mata 12-12.

Sejak itu, mereka tidak mengekori lawan dan terus beraksi dengan baik untuk mengheret perlawanan ke set penentuan selepas memenangi set kedua 21-17.

Dalam set penentuan, dengan keyakinan yang meningkat beregu Malaysia itu sentiasa mendahului lawan sejak mereka mendahului 1-0 dan seterusnya.

Setelah mendahului 11-7 sebelum waktu rehat, mereka hanya membenarkan wakil Indonesia itu memperoleh tujuh mata sebelum menamatkan set penentuan itu dengan 21-14 menerusi smesy kemenangan Aaron. 

Aaron dan Wooi Yik menjerit kegembiraan selepas memenangi perlawanan itu sebelum berbaring di atas gelanggang bagaikan tidak percaya dengan kejayaan dicapai.

Kedua-dua mereka juga kelihatan menitiskan air mata kegembiraan semasa meninggalkan gelanggang.

Sudah pasti bukan mereka berdua merasai kegembiraan itu tetapi semua rakyat Malaysia juga semestinya teruja meraikan pingat pertama negara dan berharap ia merupakan satu titik permulaan untuk kemunculan  pingat seterusnya daripada kontinjen negara.

Bagi Aaron-Wooi Yok yang merupakan pemenang pingat emas Sukan SEA 2019, kemenangan ini juga sebagai membalas dendam kekalahan 16-21 dan 19-21 di tangan beregu Indonesia itu semasa pertemuan mereka dalam perlawanan kedua Kumpulan D, Isnin lepas (26 Julai).

Kemenangan ini merupakan kemenangan kedua Aaron-Wooi Yik ke atas beregu Indonesia itu dalam sembilan perlawanan sejak perlawanan pertama mereka dalam Kejohanan Cabaran Antarabangsa Malaysia 2018. 

Aaron-Wooi Yik yang mengejutkan beregu pilihan utama, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo juga dari Indonesia, 21-14, 21-17 dalam aksi suku akhir Khamis lepas (29 Julai) gagal mara ke final selepas tewas 22-24, 13-21 kepada beregu pilihan ketiga dari China,  Li Jun Hui-Liu Yu Chen dalam perlawanan separuh akhir, pada Jumaat (30 Julai).

Juara Dunia 2019 Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan kecundang 11-21, 10-21 kepada beregu nombor tiga dunia, Lee Yang-Wang Chi-Lin dari Taiwan dalam satu lagi perlawanan separuh akhir. - Bernama

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 7 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad