web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Welson Sim Gagal Layakkan Diri Ke Final 400M Gaya Bebas

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2021 9:55PM

Welson, yang merupakan perenang dari Sarawak menduduki tempat ke-33 daripada 36 perenang dalam ranking keseluruhan acara pada hari pembukaan acara renang di Pusat Akuatik Tokyo. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Perenang negara Welson Sim Wee Sheng gagal melayakkan diri ke final 400 meter (m) gaya bebas lelaki di Sukan Olimpik Tokyo, di sini hari ini.

Perenang dari Sarawak berusia 24 tahun itu menduduki tempat ke-33 daripada 36 perenang dalam ranking keseluruhan acara itu pada hari pembukaan acara renang di Pusat Akuatik Tokyo.  

Hanya lapan atlet terbaik mara ke final yang akan berlangsung pagi Ahad. 

Terdahulu, Welson berada di kedudukan keenam pada saringan kedua mencatatkan masa 3:58.25s sementara perenang Venezuela, Alfonso Mestre di tempat pertama dengan masa 3:47.14s diikuti perenang Slovenia, Martin Bau di tempat kedua  (3:52.56s) dan wakil Peru, Joaquin Vargas di tempat ketiga (3:52.94s).

Perenang Jerman,  Henning Bennet Muhlleitner mengungguli carta keseluruhan dengan masa  3:43.67s, Felix Auboeck dari Austria muncul kedua terbaik dengan  3:43.91 dan Gabriele Detti dari Itali di kedudukan ketiga terpantas dengan masa 3:44.67s.

Ini adalah percubaan kedua Welson dalam acara sama, pada Sukan Olimpik Rio 2016 beliau mencatatkan masa 3:51.57s untuk menduduki tangga ke-34 keseluruhan.

Bagaimanapun, Welson mempunyai peluang kedua untuk membuktikan kemampuannya dalam acara 200m gaya bebas lelaki esok, juga seorang lagi perenang negara Phee Jinq En dalam 100m kuak dada wanita. - Bernama

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad