web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mampukah Jun Hoong Sekali Lagi Atasi Penerjun China?

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2021 5:57PM

Jun Hoong pernah mengalahkan penerjun China untuk merangkul kejuaraan dunia pada 2017. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - China sebagai kuasa besar sukan terjun, telah pun mula mendominasi acara itu di Sukan Olimpik edisi Los Angeles 1984 dan sehingga kini mengungguli 69 pingat dengan 40 daripadanya pingat emas.

Malaysia pula buat kali pertama menyertai acara terjun pada sukan terbesar itu pada edisi Sydney 2000, dengan dua penerjun lelaki Yeoh Ken Nee dan Mohamed Azreen Bahari dan seorang penerjun wanita Leong Mun Yee, yang kesemuanya tamat cabaran masing-masing pada pusingan awal.

Hanya 12 tahun kemudian, Pandelela Rinong memenangi pingat Olimpik pertama negara dalam acara terjun di London 2012, dalam acara 10 meter (m) platform dengan merangkul pingat gangsa, sebelum menambah pingat perak dalam terjun 10m platform seirama, bersama pasangannya Cheong Jun Hoong di Rio 2016.

Untuk rekod, tiada penerjun Malaysia yang pernah mengalahkan penerjun China untuk menang pingat emas pada acara peringkat dunia, kecuali Jun Hoong pada Kejohanan Dunia 2017 dalam acara 10m platform wanita di Budapest, Hungary.

Penerjun berusia 31 tahun dari Perak itu yang bergelut dengan kecederaan sejak itu, berjaya melayakkan diri ke Tokyo pada Kejohanan Terjun Dunia awal tahun ini.

Harapan tinggi diletakkan pada pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2018 itu, bagi mengulangi kejayaan di kejohanan dunia, namun bagi Jun Hoong, keutamaannya pada masa ini ialah untuk mencapai prestasi terbaik pada kejohanan besar itu, dan melakukan terjunannya tanpa sebarang kesilapan.

“Anda boleh berharap untuk itu (kalahkan penerjun China untuk emas). Tetapi saya cuma mahu lakukan yang terbaik,” katanya.

Jun Hoong yang hampir gagal melayakkan diri ke Olimpik Tokyo, namun keputusan pada saat-saat akhir Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) yang membenarkan 18 penerjun terbaik dan bukan hanya 15 penerjun layak ke Olimpik itu berkata, beliau belum bersedia sepenuhnya.

“Masih cuba mendapatkan rentak saya dan fokus pada latihan, dan berharap semuanya baik pada masa itu. Masih belum sebenarnya (dapatkan prestasi terbaik) … Masih pada prestasi lama, saya rasa saya perlu langkah ke hadapan dan buat masa ini fokus kepada teknik dan keupayaan saya.

“Keutamaannya pada masa ini ialah untuk bebas dari kecederaan atau sekurang-kurangnya di dalam kawalan, dan paling penting keselamatan sebelum berlepas, ketika perjalanan, di Tokyo dan pulang semua,” katanya kepada Bernama.

Selain Jun Hoong, di Tokyo Malaysia akan diwakili Pandelela bagi acara 10m platform individu dan 10m platform seirama bersama Leong Mun Yee, Dhabitah Sabri (3m papan anjal) and Wendy Ng Yan Yee (3m papan anjal), manakala tiada seorang pun penerjun lelaki layak ke Olimpik edisi kali ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 4 minggu yang lalu

Tragedi Lombong Arang Batu: Letupan Gas Ragut 90 Nyawa, Lebih Ramai Dijangka Terkorban

2

Luar Negara 1 bulan yang lalu

3 Hilang Selepas Gempa Bumi Bermagnitud 5.2 Landa Guangxi, Selatan China

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Lawatan Ke China Perkukuh Kedudukan Malaysia Di Pentas Dunia - PM

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Keamanan Sejati Hanya Boleh Dicapai Dengan Keberanian - PM

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 11 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad