Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mitos ‘Football’s Coming Home’

‘Coming home’, katanya. Pulang ke rumah atau ke pangkal jalan? Bak kata Kasper Schmeichel, “Has it ever been home? Have you ever won it?” Yalah, kalau tak pernah hadir, masakan boleh pulang?

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2021 11:00AM

Harry Kane sewaktu perlawanan kelmarin. Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Gegak gempita suasana di Wembley sekitar jam 10.30 malam Rabu, 7 Julai 2021, setelah wisel penamat ditiup pada separuh masa kedua masa tambahan perlawanan England menentang Denmark.

Pasukan tuan rumah berjaya meloloskan diri ke perlawanan akhir setelah menumpaskan Denmark 2-1.

Jaringan kemenangan pada minit ke 104 hasil bola muntah sepakan penalti yang ditolak keluar oleh penjaga gol Kasper Schmeichel cukup untuk menyekat kemaraan Denmark - walaupun ‘foul’ yang membawa kepada penalti itu sendiri pun sebenarnya... agak suspek.

Dan dengan itu laungan ‘Football’s Coming Home’ bergema di pub dan sports bar, di atas talian dan di dalam rumah, dari pub dan bar sukan dari Northhumbria ke Brighton, dari Felixstowe ke Whitehaven.

Kali pertama pasukan England berjaya ke perlawanan akhir kejohanan antarabangsa sejak 1966! (Pasukan lelakilah. Pasukan bola sepak wanita England masih baru lagi layak ke final kejohanan Eropah pada tahun 2009 dan 1984 sebelumnya).

Coming home’, katanya. Pulang ke rumah atau ke pangkal jalan? Tapi, bak kata Kasper Schmeichel dalam temu bual sebelum Denmark menentang England, “Has it ever been home? Have you ever won it?” (Pernah ke pun ia ke sini? Kamu pernah menang?”) Yalah, kalau tak pernah hadir, masakan boleh pulang?

Sebenarnya istilah ‘Football’s Coming Homedatang dari lirik sebuah lagu yang dipopularkan oleh kumpulan The Lightning Seeds bersama dua orang penulis dan pelawak, David Baddiel dan Frank Skinner, pada tahun 1996. Ia merupakan lagu tema kejohanan Euro ‘96, di mana England menjadi tuan rumah pada tahun itu.

Konotasinya ialah dengan pesta bola sepak itu datang bertapak di England, maka sukan itu telah ‘pulang’.

Selepas kejohanan itu - di mana England mara ke separuh akhir sebelum ditewaskan oleh Jerman - istilah itu membawa makna yang sedikit berbeza-- iaitu satu mantra kejayaan England membawa pulang kejuaraan utama bola sepak dunia.

Tapi apa yang ‘coming home’nya? Kalau kita lihat dari segi istilah, ‘coming home’ bermakna pulang ke rumah. Adakah England ‘rumah’ kepada sukan bola sepak? Dan dari segi apa kita boleh anugerahkan status ‘rumah’ kepada England?

Kalau kita lihat dari segi sejarah, apakah bola sepak ‘dicipta’ di England? Walaupun ada sumber yang mengatakan ia berasal dari permainan yang melibatkan menyepak sesuatu yang bulat seumpama bola pada abad ke-12 di England. Tapi ada juga yang berkata bukan England tetapi Scotland tempat asal usul bola sepak

David Goldblatt, penulis The Ball is Round: A Global History of Soccer pula berkata, permainan terawal yang mirip kepada cara kita bermain bola sepak hari ini berasal dari China, pada abad ke-2 sebelum Masihi. Malah, ada juga bukti yang ia juga dimainkan oleh orang Aztec 3,000 tahun dahulu di kawasan Mesoamerica.

Unjuran yang lebih kuat lagi ialah di Englandlah undang-undang dan persatuan bola sepak pertama memang dihasilkan oleh the Football Association pada tahun 1863. Ia merupakan titik tolak bermulanya susunan kejohanan dan perlawanan yang teratur dengan peraturan yang seragam.

FIFA kemudian ditubuhkan pada 1904 untuk menyelaraskan kejohanan antarabangsa, tetapi ini berlaku di Paris. Kalau kejohanan bola sepak antarabangsa diasaskan di Paris, tidakkah lebih sesuai Perancis dianggap ‘home’?

Ada yang berpendapat sebenarnya Brazil adalah ‘home of footballdengan kecemerlangannya di pentas dunia serta cara bermain yang penuh seni. Brazil setakat ini sudah menjadi juara Piala Dunia sebanyak 5 kali dan naib juara 2 kali - paling banyak dalam sejarah bola sepak.

Raheem Sterling. Gambar Fail
Raheem Sterling. Gambar Fail

Sebenarnya, England bukanlah kuasa besar dalam bola sepak dari segi pencapaian.

Kalau kita soroti kejayaan pasukan kebangsaannya, baru sekali sahaja England menjuarai Piala Dunia, pada tahun 1966, dengan dua kali layak ke separuh akhir dan tidak pernah menjadi naib juara. Kejohanan Eropah pula, sekadar tempat ketiga pada tahun 1968. 

Nak dibanding dengan pasukan Eropah lain seperti Itali (juara Piala Dunia empat kali, juara Eropah sekali dan naib juara dua kali) Jerman (juara Piala Dunia 3 kali, naib juara 4 kali, juara Eropah 3 kali dan naib juara tiga kali) atau Sepanyol (juara Piala Dunia sekali, juara Eropah 3 kali) memang tidak sekufu.

Malah Perancis dan Uruguay pun sudah menang Piala Dunia dua kali dan Portugal, Belanda, Denmark dan Greece pun pernah menjadi juara Eropah.

Cuma bola sepak Inggeris ini, senantiasa ada dan luas pengaruhnya. Liga Perdana Inggeris memang yang paling banyak ditonton dari Addis Ababa ke Zoetermeer, dengan hampir 4 bilion penonton setiap tahun.

Bintang-bintangnya sering menjadi pujaan ramai kerana mereka dikenali - masakan tidak kalau tiap-tiap minggu hadir di kaca televisyen masing-masing.

Hegemoni bahasa Inggeris sebagai ‘linguistic currency’ yang paling cair juga membantu populariti pasukan England, walaupun kadang-kadang persembahan pasukan kebangsaan tak semenggah mana.

Malah, di Liga Perdana Inggeris pun, yang terkenal bukan semestinya pemain berbangsa Inggeris atau bermain untuk pasukan England.

Pemain Liverpool, Sadio Mane berasal dari Senegal
Pemain Liverpool, Sadio Mane berasal dari Senegal

Nama bintang yang menitip bibir-bibir peminat selama ini lebih berat kepada nama bintang antarabangsa seperti Thierry Henry, Cristiano Ronaldo atau Mo Salah. (Diakui, David Beckham adalah contoh pemain Inggeris yang terkenal, tetapi mungkin lebih kepada aksi luar padangnya juga).

Jadi sebenarnya, apa yang dikatakan ‘coming home’nya? Agak hambar kalau ianya sekadar ‘home’ disebabkan disini bermulanya undang-undang rasmi permainan ini.

Untuk suatu sukan yang dekat di hati jutaan peminat, yang dimainkan di padang dan di pantai dan di dalam dewan dan di mana sahaja asalkan ada sedikit ruang, apakah adil pun untuk kita kata ada ‘home’ untuk bola sepak ini?

Mungkin lebih sesuai ‘home’ itu diletakkan di hati kita - iaitu  para peminat semua - kerana di situlah lahirnya pride dan passion untuk sukan ini yang begitu tebal tak kira hebat atau tidak aksinya, menang atau kalah keputusannya. Dalam situasi ini, football tak perlu come home, sebab bila dekat di hati, it never left.

Full disclosure: Penulis adalah penyokong England sejak kecewa Maradona menjaringkan gol dengan tangan pada tahun 1986 dan berharap sekiranya England menang Ahad ini, cuti sehari akan diberikan oleh kerajaan England. - Getaran, 10 Julai 2021

Isu Pada

Inkarnasi Joe Flizzow

10 Jul 2021

Sorotan

1

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

2

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

3

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

4

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

5

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

6

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

7

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunggakan Gaji Bekas Kakitangan Kedah Agro Diselesaikan Secara Berperingkat

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Tembakan Di KLIA: Hafizul Hawari Tak Mengaku Salah Cuba Bunuh Isteri

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

oleh Wartawan Getaran