web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Olimpik: Peluang Cerah Untuk Lee Zii Jia

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2021 8:19AM

Lee Zii Jia diundi dalam kumpulan M bersama-sama 2 pemain Eropah dari Perancis dan Ukraine untuk peringkat kumpulan Olimpik Tokyo, yang diadakan semalam. Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mempunyai peluang cerah untuk mara ke pusingan seterusnya apabila undian peringkat kumpulan Olimpik Tokyo yang diadakan semalam, memihak kepadanya.

Zii Jia, pemain pilihan kesembilan dan juara All England 2021 itu diundi dalam Kumpulan M bersama-sama dua pemain Eropah, iaitu Brice Leverdez dari Perancis dan Artem Pochtarov dari Ukraine.

Dalam kategori beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik diundi dalam Kumpulan D dengan pilihan nombor dua dari Indonesia Hendra Setiawan-Mohammad Ahsan, Choi Solgyu-Seo Seungjae dari Korea, dan pasangan Kanada Jason Anthony Ho-Shue/Nyl Yakura.

Pemenang pingat perak Rio 2016 beregu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu Ying diundi dalam Kumpulan D bersama pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia 2019 dan pilihan kedua dari China Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping, Mark Lamfuss-Isabel Hettrich dari Jerman dan Tang Chun Man-Tse Ying Suet dari Hong Kong.

Sementara, pemain perseorangan wanita Soniia Cheah diundi dalam Kumpulan N dengan pilihan kelima dari Thailand, Ratchanok Intanon dan Laura Sarosi dari Hungary.

Bagaimanapun, laluan sukar bakal menanti pasangan beregu wanita negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean apabila mereka diundi dalam Kumpulan A bersama pilihan pertama, Sayaka Hirota-Yuki Fukushima dari Jepun, Apriyani Rahayu-Greysia Polii dari Indonesia dan Chloe Birch-Lauren Smith dari Great Britain.

Pertandingan badminton akan bermula pada 24 Julai-2 Ogos di Musashino Forest Sport Plaza.

Olimpik Tokyo akan diadakan bermula dari 23 Julai-8 Ogos. - Bernama

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar