web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perjuangan JDT Berakhir, Tewas Pada Nagoya Grampus

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2021 7:45AM

JDT tewas 1-2 kepada Nagoya Grampus, sekali gus gagal melangkah ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Asia AFC dalam perlawanan yang berlangsung malam tadi. - Gambar dari Facebook JOHOR Southern Tigers

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Juara tujuh kali Liga Super Malaysia Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal melangkah ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selepas tewas 1-2 kepada Nagoya Grampus, malam ini.

Berikutan kekalahan keempat dalam kempen ini di Stadium Rajamangala di Bangkok, JDT gagal memperoleh kedudukan dua teratas di dalam Kumpulan G pada kejohanan premier peringkat kelab di benua ini.

Pada perlawanan malam ini, Nagoya Grampus tidak menunggu lama untuk mendahului, apabila Mateus Castro menyempurnakan sepakan penalti seawal minit keempat, selepas memperdayakan penjaga gawang Muhammad Haziq Nadzli utuk bergerak ke arah yang salah.

Kelab dari Jepun itu dihadiahkan penalti selepas penyerangnya dari Brazil, Mateus dijatuhkan pemain pertahanan JDT, Adam Nor Azlin di dalam kotak penalti.

Nagoya Grampus terus mendahului menerusi sepakan lencong Hiroyuki Abe pada minit ke-29.

Pasukan Harimau Selatan itu berjaya mengurangkan jurang gol pada minit ke-42 menerusi sepakan susulan Muhammad Ramadhan Saifullah selepas  rembatan jarak jauh La'Vere Corbin-Ong ditepis penjaga gol Mitch Langerak dan ini mengakhiri rekod tanpa bolos kelab dari Jepun itu dalam kempen kali ini.

Terdahulu, wakil tuan rumah Ratchaburi FC terikat tanpa jaringan dengan Pohang Steelers di stadium yang sama.

Dalam pertemuan terakhir kumpulan pada Rabu, JDT akan berhadapan dengan Ratchaburi FC sementara Nagoya Grampus akan cuba mempertahankan rekod tanpa kalahnya di peringkat kumpulan apabila bertemu Pohang Steelers.

JDT memulakan kempen dengan kekalahan 0-1 kepada Nagoya Grampus, sebelum bangkit dengan kemenangan 1-0 ke atas Ratchaburi FC dari Thailand tetapi tewas berturut-turut kepada Pohang Steelers  dari Korea Selatan 1-4 dan 0-2 dalam perlawanan sebelum ini.

Selepas lima perlawanan, JDT kini di tempat ketiga dengan tiga mata, di bawah Nagoya Grampus yang mendahului dengan 15 mata dan Pohang Steelers mengutip 10 mata sementara Ratchaburi kekal di tangga terbawah dengan satu mata.

Hanya 10 johan kumpulan dan tiga naib johan dari setiap wilayah (timur dan barat) akan mara ke peringkat kalah mati. - Bernama

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad