web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Murray, Djokovic Layak Ke Pusingan Ketiga Wimbledon

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2021 8:37AM

Murray meraikan kemenangannya di Center Court. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Andy Murray memberi persembahan bertenaga menentang lawan dan juara bertahan Novak Djokovic bermain dengan hampir sempurna untuk layak ke pusingan ketiga Wimbledon buat kali ke-15.

Murray, juara 2013 dan 2016, bangkit daripada ketinggalan untuk mengalahkan pemain dari Jerman Oscar Otte 6-3, 4-6 4-6, 6-4, 6-2 di Centre Court.

Bintang Britain itu, beraksi dalam kategori perseorangan buat kali pertama sejak 2017, mengelak daripada tersingkir awal daripada kejohanan tahun ini.

Murray berkata sokongan yang diberikan peminat dalam stadium banyak membantunya.

Pemain yang dilahirkan di Scotland itu akan bertemu Denis Shapovalov di pusingan seterusnya.

Pemain No 1 dunia Djokovic menang dengan mudah ke atas Kevin Anderson dari Afrika Selatan 6-3, 6-3, 6-3.

Djokovic tidak berdepan dengan break point dan melakukan hanya enam unforced errors dalam perlawanan itu.

Pemain dari Australia Nick Kyrgios mengalahkan Ugo Humbert 6-4, 4-6, 3-6, 6-1, 9-7.

“Ugo seorang pemain yang hebat, saya sedar saya pemain bukan pilihan berdepan dengan dia,” kata Kyrgios selepas tamat perlawanan.

Sofia Kenin tersingkir di pusingan kedua selepas dikalahkan rakan senegara dari Amerika Syarikat Madison Brengle 6-2, 6-4.

Kenin melakukan 41 unforced errors manakala Brengle mengalahkan pemain ranking 10 teratas buat kali pertama dalam 10 tahun. - AFP

Keputusan lain:

Alize Cornet mengalahkan Bianca Andreescu 6-2, 6-1

Matteo Berrettini mengalahkan Guido Pella 6-4, 3-6, 6-4, 6-0

Kei Nishikori mengalahkan Alexei Popyrin 6-4, 6-4, 6-4

Carlos Alcaraz mengalahkan Yasutaka Uchiyama 6-3, 6-7 (4-7), 6-2, 3-6, 6-3

Aryna Sabalenka mengalahkan Katie Boulter, 4-6, 6-3, 6-3

Ons Jabuer mengalahkan Venus Williams 7-5, 6-0

Elina Svitolina mengalahkan Alison Van Uytvanck 6-3, 2-6, 6-3

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Djokovic Mungkin Terlepas Peluang Sertai Kejohanan Indian Wells Dan Miami Open Masters

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Becker Jadi Pengulas Untuk Eurosport Jerman Di Terbuka Australia

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Bintang Tenis Sensasi Roger Federer Umum Bersara

4

Sukan 4 tahun yang lalu

Bintang Tenis Australia Ash Barty Umum Persaraan Mengejut

Sorotan

1

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

3

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

4

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

5

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

6

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad