web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rekod Jaringan ‘Supermokh’ Dapat Pengiktirafan FIFA

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2021 12:33PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Di sebalik kejayaan dua bintang bola sepak terkemuka dunia buat masa ini, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi, legenda bola sepak Malaysia Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari turut mendapat pengiktirafan antarabangsa dari Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Allahyarham Mokhtar, yang menggegar dunia bola sepak Asia era 70-an dan 80-an sebelum bersara akibat penyakit saraf diiktiraf badan sukan dunia itu sebagai penjaring ketiga terbanyak sepanjang zaman menerusi entri Twitternya, semalam.

Dikenali sebagai ‘Supermokh,’ beliau telah meledak sebanyak 89 gol dalam 131 penampilan bersama skuad Harimau Malaya.

Catatan itu hanya diatasi oleh legenda Iran, Ali Daei dan bintang Portugal, Ronaldo yang berkongsi rekod sebagai penjaring terbanyak selepas masing-masing menjaringkan 109 gol.

Rekod jaringan Allahyarham Mokhtar juga, mengatasi pencapaian legenda Hungary, Ferenc Puskas yang menjaringkan 84 gol dalam 85 penampilan, dan bintang Brazil, Pele yang meledak 77 gol.

Bintang Barcelona, Messi berjaya memasuki senarai sembilan pemain paling banyak mencipta jaringan di peringkat antarabangsa selepas meledak dua gol untuk membantu Argentina membenam Bolivia 4-1 dalam aksi Copa America yang masih berlangsung.

Messi kini terikat di kedudukan kesembilan dengan 75 jaringan bersama pemain Hungary Sandor Kocsis, Kunishige Kamamoto (Jepun) dan Bashar Abdullah (Kuwait).

Mokhtar, penyerang paling digeruni dalam sejarah pasukan kebangsaan, pernah membantu Malaysia muncul juara Pestabola Merdeka sebanyak empat kali, Sukan SEA dua kali, serta meraih pingat gangsa Piala Asia 1974.

Pada saingan domestik, pemain kelahiran Ampang itu pernah membantu Selangor merangkul gelaran Piala Malaysia sebanyak 10 kali bermula 1972 hingga 1986, serta kejuaraan liga pada 1984.

Beliau meninggal dunia ketika berumur 37 tahun pada 11 Julai 1991, akibat penyakit distrofi otot di Subang Jaya Medical Centre. - Bernama

Senarai penjaring terbanyak FIFA:

109 - Ali Daei (Iran), Cristiano Ronaldo (Portugal)

89 - Mokhtar Dahari (Malaysia)

84 - Ferenc Puskas (Hungary)

79 - Godfrey Chitalu (Zambia)

78 - Hussein Saeed (Iran)

77 - Pele (Brazil)

76 - Ali Mabkhout (UAE)

75 - Sandor Kocsis (Hungary), Kunishige Kamamoto (Jepun), Bashar Abdullah (Kuwait) dan Lionel Messi (Argentina) 

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Cristiano Ronaldo Nyaris Terkena 'Flying Kick'

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Cristiano Ronaldo Disiasat Susulan Isyarat Kurang Sopan

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Messi Lelong Jersi Argentina Ketika Aksi Piala Dunia 2022 Di Qatar

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Messi Terima Ballon d’OR Buat Kali Kelapan

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad