web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kelayakan Piala Asia: Malaysia Dalam Kumpulan H, Bersama Thailand, Palestin

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2021 8:35AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Skuad bola sepak wanita negara diundi dalam Kumpulan H bersama Thailand dan Palestin, pada pusingan kelayakan Piala Asia Wanita 2022 yang akan berlangsung bermula 13 hingga 25 Sept ini.

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dalam satu kenyataan berkata sebanyak 28 pasukan telah diundi dalam empat kumpulan melibatkan empat pasukan dan empat kumpulan terdiri daripada tiga pasukan pada majlis undian yang diadakan di ibu pejabatnya, AFC House di Bukit Jalil, semalam.

Juara bagi setiap kumpulan akan layak ke Kejohanan Premier antara 12 pasukan kebangsaan wanita di benua ini. Tuan rumah India, serta tiga pasukan terbaik edisi 2018 - Jepun, Australia dan China, telah melayakkan diri ke kejohanan tersebut yang akan diadakan dari 20 Jan hingga 6 Feb 2022.

Sementara itu, undian bagi aksi playoff pusingan ketiga kelayakan Piala Asia China (lelaki) 2023 menyaksikan Indonesia bakal berdepan Taiwan, sementara Guam akan menentang Kemboja.

Pemenang bagi dua perlawanan timbal balik pada 7 Sept dan 12 Okt ini akan mara ke pusingan akhir kelayakan Piala Asia.

Skuad Harimau Malaya mengesahkan tempat mereka di pusingan ketiga kelayakan Piala Asia setelah menduduki tangga ketiga Kumpulan G pusingan kedua, baru-baru ini. - Bernama

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad