Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sukan Bina Badan: Mike Mahen Umum Bersara Dalam Masa Terdekat

Sukan Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2024 10:08PM

Jaguh bina badan negara Datuk Syarul Azman Mahen Abdullah. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas lebih dua dekad menabur bakti dalam sukan bina badan, jaguh bina badan negara Datuk Syarul Azman Mahen Abdullah bakal mengumumkan persaraannya dalam masa terdekat.

Perkhabaran mengenai persaraan atlet berusia 50 tahun itu, dimaklumkan menerusi satu  hantaran kepada pengamal media sukan tempatan, mengenai sidang media yang akan dibuat pada Jumaat ini.

Pada Disember tahun lepas, beliau yang lebih mesra dipanggil Mike Mahen, pernah menyatakan hasrat untuk bersara bagi memberi ruang kepada pelapis baharu.

Sepanjang penglibatannya dalam sukan bina badan sejak berusia 24 tahun, beliau sudah memenangi hampir semua gelaran termasuk membolot gelaran juara dunia buat kali keenam di Kejohanan Dunia Bina Badan dan Fizik 2023 di Wonju, Korea Selatan pada November 2023. 

Sebelum itu, beliau juga berjaya meraih gelaran juara Asia keenam di Nepal pada September dan mendapat pengiktirafan sebagai Atlet Terbaik Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2022, pada Ogos 2023. - BERNAMA

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Gajah Liar Ganggu Penduduk Ditangkap

Semasa 1 hari yang lalu

Kerjasama Awam-Swasta Bakal Bantu Selesaikan Isu Kekurangan Jururawat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 jam yang lalu

Individu Main Isu 3R Wajar Dikenakan Tindakan Tegas - Ahli Akademik

Semasa 5 jam yang lalu

Kenaikan Gaji Untuk Hargai Penjawat Awam Termasuk Bomba - PM