web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wujudkan Kembali Divisyen Satu, Liga 2 Pusingan-Nor Saiful

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2024 9:12AM

Ketua jurulatih Tenaga Nasional Berhad (TNB) Nor Saiful Zaini Nasiruddin. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua jurulatih Tenaga Nasional Berhad (TNB) Nor Saiful Zaini Nasiruddin mencadangkan Liga Hoki Malaysia (LHM) musim depan dijalankan secara liga dua pusingan selain mewujudkan semula saingan divisyen satu.

Beliau berkata, selain menyaksikan setiap pasukan boleh bermain dengan aksi timbal balik iaitu bermain di tempat lawan dan sendiri, penyertaan pasukan juga boleh dibahagikan mengikut standard ditetapkan.

"Sesetengah pasukan ada yang kami menang dengan lebih 20 gol mungkin boleh beralih ke divisyen satu dan untuk premier kita perlu letak (pasukan) yang sama standard, agak rendah boleh tapi tidak terlalu banyak jurang (standard).

"Apabila bermain kami perlu beri yang terbaik sebab itu (menang) sampai 15, 17 dan 20 gol. Sudah tentu kami seronok sebab jaring banyak gol tapi untuk (kebaikan) liga mungkin kena pisahkan. Itu pandangan saya," katanya ketika ditemui selepas final Piala TNB 2024 di sini. 

Pada aksi final yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil kelmarin, skuad bimbingan Nor Saiful menewaskan juara bertahan Terengganu Hockey Team (THT)4-2 sekali gus mengesahkan kejuaraan trebeI musim ini.

Kejayaan itu menambah koleksi kejuaraan TNB selepas turut muncul juara Piala Sumbangsih dan mengungguli saingan LHM 2024.

Sebanyak 11 pasukan bertanding dalam saingan kategori lelaki LHM 2024.

Kali terakhir saingan LHM dijalankan secara dua divisyen iaitu premier dan divisyen satu adalah pada 2018 manakala kali terakhir berlangsung secara liga dua pusingan adalah pada tahun lepas, menyaksikan lapan pasukan bertanding. 

Sebagai rekod, TNB menewaskan JM Antsbees 22-1 yang menjadi kemenangan terbesar liga musim ini, selain turut merakam kemenangan 15-1 mengatasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan menjinakkan Kuala Lumpur City 13-0.

TNB juga membelasah Kuala Lumpur City 17-1 pada aksi suku akhir kedua Piala TNB.

Sementara itu, Nor Saiful, berkata pasukan sedia mempertimbangkan untuk terus menggunakan khidmat pemain kebangsaan Korea Selatan Jang Jong Hyun yang sudah berusia 40 tahun.

"Mungkin terlalu awal untuk bercakap mengenainya (kekal atau tidak) sebab dia (Jang) juga sudah berusia 40 tahun. Kalau dia mahu terus bersama kami dan tahap kecergasannya baik, kami akan mempertimbangkannya," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 14 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar