web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Kelibat Zii Jia Di Pentas Final BATC 2024

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2024 3:25PM

Lee Zii Jia. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Peminat badminton tanah air terlepas peluang menyaksikan jaguh perseorangan utama negara Lee Zii Jia untuk beraksi pada pentas final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) hari ini, selepas juara Seluruh England 2021 itu tidak berada dalam keadaan sihat selepas perlawanan menentang Jepun, semalam.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerusi hantaran di Instagram rasmi memaklumkan Zii Jia terpaksa direhatkan, apabila mengalami kesukaran bernafas akibat resdung.

"Selepas perlawanan semalam, Lee Zii Jia menghadapi masalah pernafasan akibat sinus beliau dan tidak pulih sepenuhnya untuk perlawanan hari ini. Semoga cepat sembuh Zii Jia... berikan sokongan anda," menurut kenyataan itu. 

Pasukan lelaki negara hanya selangkah lagi untuk mempertahankan gelaran apabila mara ke final BATC hari ini selepas menewaskan Jepun 3-1 pada perlawanan separuh akhir di Pusat Konvesyen Setia City semalam.

Zii Jia berjaya menyumbang satu mata berharga pada perlawanan itu, apabila dengan mudah menewaskan Kenta Nishimoto, 21-18 dan 21-15.

Zii Jia sebelum ini turut direhatkan pada perlawanan suku akhir menentang Singapura pada Jumaat (16 Februari), selepas dilaporkan turut mengalami masalah sama selepas perlawanan akhir peringkat kumpulan menentang Taiwan pada Khamis (15 Februari).

Dalam masa sama, perseorangan negara Ng Tze Yong turut terpaksa menarik diri pada aksi suku akhir menentang Singapura pada Jumaat (16 Februari), selepas dipercayai mengalami kecederaan belakang sekali lagi seperti dilaluinya ketika Terbuka Malaysia bulan lepas.

Tze Yong hanya bertahan kira-kira tiga minit untuk merekodkan 1-3 ke atas Jason Teh.

Berdasarkan jadual perlawanan terkini dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk perlawanan final bertemu China, Leong Jun Hao yang kini berada di ranking ke-38 dunia diturunkan sebagai perseorangan pertama negara, untuk menentang pemain ke-16 dunia Weng Hong Yang. 

Manakala pasangan juara dunia 2022, Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan berhadapan Xie Hao Nan-Zeng Wei Han, diikuti perseorangan negara Eogene Ewe (ranking ke-298 dunia) akan bertemu pemenang Cabaran Hangzhou China 2023 Lei Lan Xi.

Beregu negara Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rumsani pula akan berhadapan Liu Yi-Ren Xiang Yu, manakala pemain beregu negara Muhammad Haikal Nazri diturunkan sebagai perseorangan ketiga negara untuk berlawan bersama Wang Zheng Xing.

Muhammad Haikal merupakan pasangan kepada Choong Hon Jian dan pernah memenangi gelaran Kejohanan Badminton Antarabangsa Syed Modi India 2023. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar