web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penghijrahan Ke TFC Keputusan Sendiri – Akhyar Rashid

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2024 6:10PM

Akhyar Rashid (tengah) pada sesi latihan di di Kompleks Sukan Gong Badak. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA NERUS - Bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) Akhyar Rashid mengakui penghijrahannya ke skuad Penyu musim ini, atas pilihannya sendiri.

Pemain berusia 25 tahun itu berkata, beliau perlu membuat keputusan meninggalkan kelab gergasi negara, bagi mendapatkan lebih minit permainan sekali gus meningkatkan prestasinya dari semasa ke semasa.

Bagaimanapun, Akhyar mengakui keputusan tersebut agak berat, memandangkan JDT pasukan terbaik dan memiliki fasiliti yang lengkap daripada semua aspek.

"Memang agak berat untuk tinggalkan JDT kerana sudah selesa di sana. Semua rakan, jurulatih dan fasiliti di sana, berkelas dunia serta terbaik.

"Tetapi umur saya sudah masuk 25 tahun, saya perlu dapatkan lebih minit permainan untuk tingkatkan prestasi dan kekal relevan dalam Liga Malaysia (Liga M),” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Kompleks Sukan Gong Badak di sini.

Jelas Akhyar, beliau memilih Terengganu sebagai destinasi perpindahan, kerana reputasi kelab itu yang baik dan tidak kurang hebatnya berbanding JDT.

Malah keputusannya itu turut mendapat sokongan daripada keluarga, yang mahukan beliau terus melangkah maju dalam bidang bola sepak.

"Saya sendiri yang menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu FC (TFC) (Mohd Sabri Abas) untuk menyatakan hasrat ke Skuad Penyu, selepas dilepaskan secara pinjaman oleh JDT.

"TFC antara pasukan terbaik di Malaysia dan agak lengkap daripada semua posisi serta aspek. Lagi pun Pawi (Safawi Rasid), rakan sepasukan di JDT juga dipinjamkan ke TFC musim ini," katanya yang berasal dari Kedah. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad