web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Qatar Selangkah Pertahan Kejuaraan Piala Asia 2023 Selepas Rentap Ego Iran

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2024 9:05AM

Pemain Qatar, Akram Afif menyempurnakan hantaran Ahmed Fathy Abdoulla, melepasi gawang Iran. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DOHA - Gol lewat permainan Almoez Ali memastikan Qatar hanya selangkah lagi bagi mempertahankan gelaran apabila mara ke final Piala Asia 2023 selepas menewaskan juara tiga kali Iran 3-2 pada perlawanan separuh akhir yang sengit di Stadium Al Thumama di sini, malam tadi.

Penyerang sensasi Akram Afif memastikan Qatar bangkit daripada ketinggalan apabila meledak gol kedua pasukan di hujung separuh masa pertama selepas Jassem Gaber Abdulsallam menafikan jaringan pembukaan Iran menerusi Sardar Azmoundi awal permainan.

Team Melli bimbingan Ardeshir Ghalehnoy yang menyingkirkan pilihan utama Jepun 2-1 di suku akhir kemudian mengikat kedudukan 2-2 di awal babak kedua menerusi penalti Alireza Jahanbakhsh, namun Ali, penjaring terbanyak edisi 2019 memastikan Qatar ke final dengan jaringan kemenangannya.

Keputusan itu menyaksikan The Maroons meraih kemenangan pertama ke atas lran sejak 2009, manakala kekalahan itu menyaksikan lran terus kempunan menjejakkan kaki ke pentas final selepas kali terakhir melakukannya ketika memenangi gelaran ketiga pada edisi 1976 di Tehran.

Pada final di Stadium Lusail, Sabtu ini, Qatar bimbingan Marquez Lopez akan membuat perhitungan dengan Jordan yang melakar sejarah mara ke final buat kali pertama selepas menyingkirkan juara dua kali Korea Selatan 2-0, semalam.

Pada aksi malam tadi, Iran mendahului pada minit keempat menerusi sepakan gunting Azmoun selepas pemain Qatar, Pedro Corereia gagal mengeluarkan bola tandukan Saeid Ezatolahi berpunca hantaran jauh dari sebelah kanan Jahanbakhsh.

Mehdi Taremi yang kembali daripada penggantungan satu perlawanan terlepas peluang menggandakan kedudukan buat Iran apabila sedikit lewat untuk menyambar hantaran lintang dari sebelah kanan Jahanbakhsh pada minit ke-11.

Abdulsallam menyamakan kedudukan buat Qatar pada minit ke-17 selepas beliau yang menerima hantaran Afif dari sebelah kanan, melepaskan rembatan yang terkena kaki Ezatolahi, menyaksikan bola melambung dan menjunam menewaskan Alireza Safar Beiranvand di gawang.

Afif memiliki peluang terbaik untuk meletakkan The Maroons di depan pada minit ke-32, namun rembatannya dari jarak dekat diselamatkan Beiranvand sebelum percubaan susulan beliau melepasi palang gol.

Namun, kekecewaan pemain Al Sadd berusia 27 tahun itu terubat selepas beliau meledak jaringan cantik menerusi rembatan kencang dari dalam kotak penalti pada minit ke-43, berpunca hantaran Ahmed Fathy Abdoulla yang terdahulu merampas bola dari pihak lawan dengan bergaya.

la jaringan kelima Afif pada kempen kali ini sekali gus hanya dibezakan satu gol dengan pendahulu Aymen Hussein dari Iraq yang mengumpul keseluruhan enam gol.

Gawang Qatar nyaris dibolosi di penghujung separuh masa pertama, menyaksikan Lucas Mendes menyelamatkan dua percubaan berturut-turut Hossein Kanani berdekatan garisan gol pada tambahan masa sekali untuk menyamakan kedudukan menerusi penalti Jahanbakhsh pada minit ke-51 apabila pengadil mengesahkan bola rembatan Ezatolahi terkena tangan Abdoulla selepas meneliti rakaman Video Bantuan Pengadil (VAR) di tepi padang.

Kedudukan 2-2 kekal sehingga memasuki 10 minit terakhir perlawanan sebelum Ali meledak gol kemenangan pada minit ke-82 selepas mengawal bola hantaran Abdulaziz Hatem dengan baik sebelum melepaskan rembatan dari jarak dekat menewaskan Beiranvand untuk kali ketiga.

Memasuki tambahan masa yang berlanjutan selama 17 minit, drama perlawanan memuncak dengan Shoja Khalilzadeh dilayangkan kad merah pada minit ke-90+3 kerana kekasaran ke atas Afif sebelum percubaan Jahanbakhsh dari sebelah kanan hanya menggegar tiang pada minit ke-90+14. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar